Klik jika berminat

Ahad, 10 Julai 2011

This little Tuna is trying to get some fame abusing Nirvana words


Tuna cap Nirvana


"THIS IS PATHETC WAY TO GET WORLDS ATTENTION!>>>>THIS little TUNA IS TRYING TO GET SOME FAME ABUSING NIRVANA WORDS!just like pathetic m cyrus !"

Jumaat, 8 Julai 2011

Bank aku kena rompak


Petang tadi. Bank tempat aku kerja kena rompak. Masa tu aku tengah sibuk end day balancing jam 4. Terkejut aku laki bertopeng masuk sambil pegang pistol menjerit ada rompakan. Spontan je aku tertiarap atas lantai. Damn, dalam hati aku kata matilah aku. Mana guard ni, tak tutup pintu ke? Aku cuma ingat apa yang aku belajar sebulan kat kL lumpur, jangan berlagak hero. Bagi saja apa dipinta. Baring atau tunduk. Wang atau nyawa. Of course nyawa. Wang ada insurans, setiap bank pasti ada. Nyawa ada insurans pun, bukan pulang nyawa.

Perompak datang dekat aku minta wang. Suara macam aku kenal. Aku ingat abang man cuba tenangkan keadaan dan suruh kami bagi saja wang.

Damn, latihan rupanya. Dua perompak itu guard kami dan abang man. Benda ini macam fire drill, wajib buat. Oh abang man. kenapa tak khabar awal-awal? Kalau tak aku berlakon lebih serius. Ada yang tahu, ada yang tak tahu. Ada yang tahu, memang steady. Yang tak tahu, ada terketar, ada pucat muka, ada lari ke tandas. Yang paling ekstrem, ada yang baring. Kak Su pesan, kalau jadi macam tu, jangan lari ke tandas. Nanti kena rogol kat belakang. Wang dapat, sedap pun dapat

Aku tertipu sebab tak sempat tengok perompak kedua (abang man) masuk terkedek-kedek pakai helmet, sambil pegang gulungan kertas. Sekali perompak kedua itu masuk, itu spoil. Yang dah nak pucat tak jadi nak pucat tengok gaya perompak kedua, dengan baju ofis dan kertas. Sedang aku masih berbaring. Tapi serius shit, lakonan perompak pertama betul-betul real.

Itu cuma tindakan spontan aku berdasar apa yang aku selalu tengok dalam filem.

Dorang boleh gelak tengok ulang tayang CCTV.

Balik rumah aku cerita kena gelak.

Dalam ni aku cerita rasa kena gelak nanti. Rasa macam bodoh je hari ini.

Tapi actually, aku bangga, aku tahu aku buat benda betul. Itu yang aku belajar dan akan buat kalau jadi betul. Gelak sebab hanya dummy robbery. Kalau betul jadi, itu tindakan paling benar.

Ahad, 19 Jun 2011

The Returner


Akhirnya aku kembali. Bukan kali pertama aku cuba kembali. Ada satu hari minggu lepas aku cuba, tapi tak tertulis. Mungkin belum dalam mood untuk menulis. Aku pun tak fikir akan ada yang ternanti tulisan aku, maka aku tenang saja. Tapi, tulisan di shoutbox oleh beberapa rakan blogger sedikit menyentuh aku untuk menulis, di samping cuba memenuhi deskripsi blog ini "update dengan frekuensi yang kecil, tapi konsisten". Dengan kadar frekuensi 1 entri/bulan juga dikira konsisten dari segi bulanan. 

Sabtu, 7 Mei 2011

Ahad, 24 April 2011

The Professional

Mathilda
Mathilda, seorang gadis polos berusia 12 tahun. Tinggalnya Mathilda dalam keluarga berantakan. Survival keluarga dari penglibatan ayahnya dalam urusniaga dadah, cukup untuk menggambarkan kekalutan dalam keluarga. 

Isnin, 18 April 2011

Ada apa dengan Justin Bibir?

Noah Syakirin

Seorang lelaki harus pernah menyimpan rambutnya panjang sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya. Supaya nanti anak-anak di zaman iPad 5 nanti akan melihat ayahnya seorang yang versatile dan bergaya walaupun hidupnya tidak berapa berjaya, tapi pasti saja aku ingin menjadi seorang ayah berjaya, tidak sekadar bergaya memegang gitar dalam gambar nostalgia ~ dan jangan menjadi ayah yang menggalakkan anaknya meminati Justin Bieber. Olahan gaya Irama Kebenaran


Isnin, 4 April 2011

Paradox

Angles - The Strokes

#Ini bukan review album. Tapi suka untuk aku nyatakan, latest album The Strokes ini mengingatkan aku kepada suara vokalis Black Kids dan Hot Hot Heat. 

#Tangga Penrose

#Ascending and descending

Ahad, 3 April 2011

Entri ralat

Ambil sini 


Hafidz berkata..

Salam sejahtera kepada AkuMuzikFilem.

Nampaknya permohonan saya meminta jasa baik pihak AkuMuzikFilem “remove” entri “Aku anti blog plagiat ! ” dalam tempoh 24jam tidak dilayan WALAUPUN SAYA TELAH MEMBERIKAN PENJELASAN SEPERTI pihak AkuMuzikFilem inginkan KERANA MENGESYAKi saya telah mengambil kord gitar “Tiada Kata Secantik Bahasa” yang “DIAKUI” BAHAWA kord gitar tersebut dicari @ dibuat & telah di publish dahulu oleh pihak AkumuzikFilem.

Ahad, 20 Mac 2011

Perlukan majalah ROTTW Vol. 165 sesegera mungkin !

ROTTW Vol. 165, JAN 2011
Ambil sini

Sahabat-sahabat blogger yang baik hati, kalian ada tak di pegangan sekarang seperti majalah di atas? ROTTW Vol. 165, edisi JANUARI 2011. Inilah akibatnya meninggalkan majalah kesukaan dek kekangan kewangan. Majalah ini mahal setimpal dengan isinya. Dalam kelas majalah hiburan, daripada beli Mangga atau URTV yang lebih murah, hakikatnya, alah membeli, menang memakai.

Kenapa? Refer sini.

Sabtu, 19 Mac 2011

Aku anti blog plagiat !



Diperoleh dari sini melalui Google Images

Aku ada jumpa satu blog yang disyaki plagiat dari usaha aku. Entri carian chord aku. Chord Gitar Tiada Kata Secantik Bahasa dari monoloque. Aku gunakan perkataan ‘disyaki’ dahulu kerana taknak membabi buta menuduh. Walau begitu, aku ada sebab kenapa aku SYAK carian chord aku itu dicopy tanpa beri kredit kepada aku.

Khamis, 17 Mac 2011

1+1=3


1+1=3 by AkuMuzikFilem
# 1+1=3. 

Dalam ekonomi dipanggil sinergi. Antara lelaki dan perempuan menghasilkan manusia seperti mereka, sama ada perempuan atau lelaki. Antara aku dan Anis menghasilkan Noah.  Kebanyakan perempuan memang takkan terima formula 1+(1+1), apatah lagi 1+(1+1+1+1). Minoriti saja yang mampu menerima secara rasional dan  berfikiran terbuka. Dan Anis aku, seperti kebanyakan, memang takkan terima langsung 1+(1+1), apatah lagi 1+(1+1+1+1).  

1+(1+1) = (1+1=3)+(1)-2 by AkuMuzikFilem

Cantik tak aku lukis?

Sabtu, 12 Mac 2011

Aku bakal kaya kerana pusaka


Gambar dari http://article.wn.com


-- 
Attention:

I am Siew Kiong, an attorney at law. I discovered your email and
information through internet search so I decided to contact you. I know
you may think this is a scam because of the internet scams that is going
on round the world today. But I must tell you that this is real.

A deceased client of mine, who hereinafter shall be referred to as my
client, died as the result of a heart-related condition in March 12th
2007. His heart condition was due to the death of all the members of his
family in the tsunami disaster on the 26th December 2004 in Sumatra
Indonesia . http://en.wikipedia.org/wiki/2004_Indian_Ocean_earthquake

I have contacted you to assist in distributing the money left behind by
my client before it is confiscated or declared unserviceable by the bank
where this deposit valued at Ninteen million dollars (USD 19million
dollars). Is lodged. This bank has issued me a notice to contact the next
of kin, or the account will be confiscated.

My proposition to you is to seek your consent to present you as the
next-of-kin and beneficiary of my named client, so that the proceeds of
this account can be paid to you. Then we can share the amount on a
mutually agreed-upon percentage. All legal documents to back up your
claim as my client's next-of-kin will be provided. All I require is your
honest cooperation to enable us see this transaction through. This will
be executed under a legitimate arrangement that will protect you from any
breach of the law.

If this business proposition offends your moral values, do accept my
apology. I must use this opportunity to implore you to exercise the utmost
indulgence to keep this matter extraordinary confidential, whatever your
decision, while I await your prompt response. Please contact me at once
via my EMAIL ADDRESS to indicate your interest.


Email:  barriste_kiong@live.com

Best regards,
Barrister Siew Kiong.
(Attorney at Law).






Copy paste dari emel empunya blog

Ahad, 6 Mac 2011

Jalan Kelam (2007)

Eli ?
Sudah lama review telefilem ini dalam draf aku. Tahun lepas lagi. Bukan mudah bagi aku untuk tertarik dengan drama Melayu. Tapi telefilem Jalan Kelam berjaya buatkan aku melekat di sofa rumah aku yang padahal sebelum itu aku pergi ke dapur untuk minum air. Sutradara oleh Along Kamaruddin. Aku ingat pengarah ni, berlakon drama thriller seram, ‘Radio’ waktu aku kecik-kecik dulu. Serius cerita radio tu memang aku suka, takut je rasa, kira paling best la masa tu. Benchmark aku sebagai budak masa tu kot, sekarang tengok mungkin rasa tah pape.

Jumaat, 4 Mac 2011

Gila Status Facebook

Google Images

Entri yang tersangat pendek. Teringat dulu kata-kata lecturer aku, berkenaan gila, dalam dunia ni ada macam-macam jenis gila. Ada gila bayang, gila talak, ada gila babi, gila  seks, gila pada; apa-apa yang merujuk pada obsesi atau kecanduan individu terhadap sesuatu. Ada satu jenis gila baru zaman sekarang; gila status kat facebook. Hatta sekecil perkara pun mahu shout. Kelakarlah. Ya aku akui, di kalangan sahabat pemikir aku pun suka shout status kat wall masing-masing, tapi aku suka, status masing-masing ada isi. Bukan kecil punya isu. Ya aku suka, sekurang-kurangnya dengan status member-member la aku tahu kugiran kegilaan The Strokes keluar album baru, yang dah 5 tahun rasanya tak keluar album baru. Bukan semua gila tak berguna. Paling tak boleh blah status orang perempuan. Korang faham-faham sendirilah. Status yang terus terang seperti takde kat rumah juga boleh mengundang bahaya. 

Khamis, 17 Februari 2011

Perasaan unik yang tak pernah dirasai

Perasaan yang tak pernah dirasai

Alhamdulillah. Akhirnya, Jam 11.10 pagi, bertarikh 11022011, Jumaat, anak sulung aku dilahirkan. Terasa macam cantik je tarikh tu, kan? Pandai juga isteri aku timing hari baik, tarikh cantik macam tu. Dah lama aku tak update blog ni, di kalangan rakan blogger ada tertanya. Maaf hilang sekejap sebab terkejar-kejar sepanjang minggu kelahiran anak pertama aku. Terima kasih pada Khairul Hisyam kerana tercari-cari saya sepanjang senyap blog ini (yeke? takut perasan je). Hehe. Bukan dalam mood untuk menulis lagi, sedikit lambat untuk momentum. Bagi rakan blogger yang kenal aku bukan sebagai blogger sebelum ini, memang tahu sikit perjalanan hidup aku dan kisah kahwin awal aku, sehinggalah aku dapat anak sekarang ni. Aduh macam tak percaya pulak dah ada anak. Perasaan yang tak pernah aku rasa. Memang best dapat baby. Lain sangat 
perasaan tu untuk manusia macam aku ni. Bila tengok budak tu cam tak caya yang baby tu anak aku. Gambar bawah ni adik aku edit, serius ni, takkan aku pulak yang wat bling-bling dengan tulisan ala budak tingkatan empat. Oh 'The First'. Sesuai sangatlah. Anak sulung aku dan isteri aku. Cucu pertama mak ayah dan mertua aku. Cicit pertama untuk empat-empat datuk dan nenek isteri aku.

Isnin, 7 Februari 2011

Dilema meletakkan nama anak - Bolehkah menggunakan nama Aaron berbanding Harun?


Google Images

Entri ini agak berkait rapat dengan aku, bulan ini saja. Dah lama aku simpan tulisan ini, sedari aku belum ber’blogging’ lagi. Tunggu masa untuk publish. Aku tulis masa aku bagi komen kat blog carlsamsudin.  Aku kira kena dengan masanya, di samping sebagai menyahut kempen menulis artikel Islamik oleh Anak Pahang Blogger. Sambil menyelam minum air.

Sabtu, 5 Februari 2011

TV berhantu...


Ihsan Google

TV berhantu...

Kisah ini benar-benar berlaku pada malam tahun baru cina baru ni. Malam itu, sekitar jam 9.00, aku keluar jumpa customer, dan lepak dengan kawan sekolah dahulu. Sebelum itu, aku dah khabarkan kepada isteriku (Oh dah kahwin rupanya aku ni), yang aku nak jumpa customer. Malam itu juga, aku menanti kawan seijazah aku dari Kota Bharu mahu balik ke Kuala Lumpur. Malam itu aku lepak restoran TMK yang kononnya kedai mamak tersedap di Bentong. Sudah jam 11.30 malam, kawan aku dari Kelantan sampai bersama Honda City yang baru dibeli 4 hari (Cet, kenapa tak ambil Inspira dengan aku), bersama juga dengan gadisnya. Lepak jap, dorang pun kata nak tengok isteri aku camne sekarang, nak tengok perut orang 8 bulan camne (Oh bakal ayah dah aku rupanya). Serentak itu, aku dapat mesej dari isteriku kata ada sesuatu tak kena dalam rumah. Minta aku balik cepat, dia tengah takut. Aku tanya kenapa, dia juz tulis, “takut, balik cepat, plez”. 

Oh Elia Elisa'


Elia Elisa’ ?

Oh Elia Elisa’..

Seindah nama, pasti secantik wajah. Nama yang dah lama bermain di fikiran, terpahat di hati sekian lama. Kehadiranmu aku tunggu dengan sabar dan setia. Aku merinduimu biarpun tidak pernah ketemu. Ah, manis sekali perasaan ini walaupun perit.

Ahad, 30 Januari 2011

Chord gitar Curiga - Statik


Kugiran Statik - Ihsan blog haziq atau bagak melalui Google Images

Betul sangkaan aku, ini lagunya dari kugiran Statik. Acap main di radio X-fm, tapi lama juga baru tahu lagu siapa. Sebab stail X-fm tak beritahu pun siapa artis, tahu-tahu lagu dah main. Masa lagu baru keluar, announce la juga siapa penyanyinya (selalunya terlepas). Mula-mula tak endah sangat, tapi sebab lagu ni catchy dan kedengaran familiar, aku amati, suara persis vokalis Statik, Haziq@Bagak Statik. Buka Youtube, yeah right! Inilah lagu pertama dari Statik yang sekali dengar terus menangkap telinga aku. Maaf, jujur aku cakap sebelum ni aku pernah fuck Statik sekejap masa single 'Nikmat Sementara' keluar, wtf, terang-terang ciplakan lagu 'Can't Smile Without You' dari Barry Manilow. Yang mana sebelum tu L'Arc-en-Ciel melalui lagu 'I Wish'. Cuma L'Arc-en-Ciel kadar ciplakan yang kurang sedikit banding Statik. Aku boleh terima teknik ‘chord recycle’ dari lagu-lagu hits atau dari band-band perintis sebelumnya, seperti yang biasa The Times buat lagu, janji ada originaliti dan kedengaran baru. Takpelah, itu cerita dulu. Aku terus berubah terhadap Statik lepas tengok ada seorang mamat buat video cover lagu Nikmat Sementara Statik, yang aku ingat cover, rupanya Haziq sendiri, terus aku terpesona dengan Haziq. Sangat berbakat. Cuma tambahkan originaliti lagi. Dan semestinya lagu ‘Curiga’ ini tak lari dari lagu yang seakan-akan pernah dengar sebelum ini, ya, tidaklah sama, tapi chord flow dia seakan-akan dari ‘Creep’ Radiohead. Tapi kali ini dengan originaliti Statik, takkan perasan ‘Creep’ bagi yang kurang perasan. Lagu yang fast dan menangkap telinga aku. Yeah.

p/s : bagi siapa-siapa yang tak tahu, Haziq ni adik kepada salah seorang line-up band The Official, Magoo. Sumber : komen-komen di Youtube

Khamis, 13 Januari 2011

Ana Raffali menang, saya okay!

Dipetik dari laman Facebook cik Ana

Aku kira ini entri yang pendek. Lewat dari kehangatannya, biarlah, bagi aku, menyatakan kebenaran tiada tarikh luput. Tak banyak nak dikatakan kali ini, tak terfikir pun untuk menulis tentang ini. Cuma terasa ‘bertanggungjawab’ untuk menulis, nak-nak terbaca Utusan hari ini, ada tajuk “Ana Raffali terkilan kemenangannya di AJL25 dipertikai”.  Ana Raffali menang. ok ape? M. Nasir kot juri, ingat dia buta seni ke. Takkan nak bagi budak AF plak, lagi haru.haha. Faizal Tahir? Its not Faizal Tahir, its his song composer. Ini juara LAGU. So komposer la menang, dan dia deserve untuk persembahan terbaik kan. Lagi satu, sesuatu lagu bukan diukur atas populariti, tapi kualitinya, ini bukan anugerah lagu popular kan? Tapi aku lagi prefer lagu Pelita dari A.P.I (Angkatan Pemuzik Indie kot?) untuk AJL kali ni. Takpelah, mana-mana sama je, ini tanda kebangkitan pemuzik bebas yang buat lagu sendiri, takde komposer pun boleh hidup, better dari bagi budak AF menang kan, buat lagu pun tak pandai (kecuali Aizat), takde orang buat lagu, hidup segan, mati pun tak mahu. Akhir sekali, aku tulis ni bukan sebab dia kakak member aku (satu batch dulu), si Ana pun tak kenal aku siapa. Hehe. Tapi memang fakta kenapa kemenangan dia tak wajar dipertikai.

Ahad, 9 Januari 2011

Chord gitar Tiada Kata Secantik Bahasa – monoloQue (Indiepretasi P. Ramlee)

Allahyarham P. Ramlee

Loque Butterfingers a.k.a monoloque


Jujur cakap, payah gila cari chord lagu ni. Sangat mencabar. Stail muzik P. Ramlee. Semua chord kemungkinan berbunyi seakan-akan. Ditambah pula dengan perasa monoloQue. Memang masterpiece la lagu ni. Cabaran yang lebih kurang dengan lagu Getaran Jiwa, running chord berganti-ganti, terpaksa abaikan. Peh. Cuma Getaran Jiwa familiar dengar, banding yang ni, baru dengar dengan beria sebab monoloQue buat cover tribute untuk Projek P. Ramlee… Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi. Tidak menafikan kehebatan versi kugiran lain untuk projek ini, tapi bagi aku versi monoloque adalah cover terbaik. Keaslian dia macam tak terjejas sangat, jiwa lagu itu masih lekat lagi. Masih beralun Melayu dan asli. Malah jujur kata, tanpa menafikan kehebatan yang asli, aku lagi suka versi monoloque ini. Lebih berperisa dan berirama dengan bunyi gitar 'kotor'. Yeah!

Chord gitar Kekanda Adinda - monoloQue ft. Atilia


Entri pertama untuk tahun 2011, ialah lirik dan chord lagu 2010. Ketinggalan juga aku ni. Takpelah, aku saja cari chord gitar dalam internet (bosan lama tak main gitar, asyik ngadap movie je, dan buat sales), takde satu pun kena dengan telinga aku, maka aku pun bercadang cari sendiri. Kurang-kurang dapat satu entri untuk blog aku ni. Dan sememangnya antara objektif utama ‘penubuhan’ blog ni. Kekanda Adinda, monoloQue ft. Atilia. Lagu ni memang menangkap betul lirik dia, ada jalan cerita dan sinis bunyinya. Seperti biasa dari Loque. Gadis-gadis yang tak pernah kenal siapa Loque (genius muzik dari kugiran Butterfingers) ini pun kalut meletakkan video dalam Facebook masing-masing. Haha inilah penangan monoloQue.