Klik jika berminat

Ahad, 10 Julai 2011

This little Tuna is trying to get some fame abusing Nirvana words


Tuna cap Nirvana


"THIS IS PATHETC WAY TO GET WORLDS ATTENTION!>>>>THIS little TUNA IS TRYING TO GET SOME FAME ABUSING NIRVANA WORDS!just like pathetic m cyrus !"

Jumaat, 8 Julai 2011

Bank aku kena rompak


Petang tadi. Bank tempat aku kerja kena rompak. Masa tu aku tengah sibuk end day balancing jam 4. Terkejut aku laki bertopeng masuk sambil pegang pistol menjerit ada rompakan. Spontan je aku tertiarap atas lantai. Damn, dalam hati aku kata matilah aku. Mana guard ni, tak tutup pintu ke? Aku cuma ingat apa yang aku belajar sebulan kat kL lumpur, jangan berlagak hero. Bagi saja apa dipinta. Baring atau tunduk. Wang atau nyawa. Of course nyawa. Wang ada insurans, setiap bank pasti ada. Nyawa ada insurans pun, bukan pulang nyawa.

Perompak datang dekat aku minta wang. Suara macam aku kenal. Aku ingat abang man cuba tenangkan keadaan dan suruh kami bagi saja wang.

Damn, latihan rupanya. Dua perompak itu guard kami dan abang man. Benda ini macam fire drill, wajib buat. Oh abang man. kenapa tak khabar awal-awal? Kalau tak aku berlakon lebih serius. Ada yang tahu, ada yang tak tahu. Ada yang tahu, memang steady. Yang tak tahu, ada terketar, ada pucat muka, ada lari ke tandas. Yang paling ekstrem, ada yang baring. Kak Su pesan, kalau jadi macam tu, jangan lari ke tandas. Nanti kena rogol kat belakang. Wang dapat, sedap pun dapat

Aku tertipu sebab tak sempat tengok perompak kedua (abang man) masuk terkedek-kedek pakai helmet, sambil pegang gulungan kertas. Sekali perompak kedua itu masuk, itu spoil. Yang dah nak pucat tak jadi nak pucat tengok gaya perompak kedua, dengan baju ofis dan kertas. Sedang aku masih berbaring. Tapi serius shit, lakonan perompak pertama betul-betul real.

Itu cuma tindakan spontan aku berdasar apa yang aku selalu tengok dalam filem.

Dorang boleh gelak tengok ulang tayang CCTV.

Balik rumah aku cerita kena gelak.

Dalam ni aku cerita rasa kena gelak nanti. Rasa macam bodoh je hari ini.

Tapi actually, aku bangga, aku tahu aku buat benda betul. Itu yang aku belajar dan akan buat kalau jadi betul. Gelak sebab hanya dummy robbery. Kalau betul jadi, itu tindakan paling benar.