Klik jika berminat

Jumaat, 17 Disember 2010

Pelajar UiTM, terbaik di dunia

MARA Retro

Hebat bukan tajuk ini. Takdelah aku terbaca akhbar Inggeris NST bertajuk "Best in The World!-UiTM student posts highest score in accounting score", bertarikh 29 Nov 2010, edisi Isnin. Artikel Tentang Khalid bin Kamaruzaman yang dianugerahkan ‘World’s Best CAT Graduate’ dalam Certified Accounting Technician (CAT). Aku tak tahu sangat apa CAT ini, yang aku tahu benda ni macam satu sijil profesional untuk orang akaun lah kan, macam CFP untuk finance, cuma yang ni mungkin lebih bersifat international dan berprestij yang ditawarkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) berpusat di UK. Genius dari UiTM Shah Alam Fakulti Perakaunan ini skor markah tertinggi 474 (daripada 500), atau hampir 95%.

Dari satu dunia ini, untuk exam profesional yang dianggap sangat berprestij ini, calon terbaiknya datang dari Malaysia, dari universiti yang aku rasa dipandang dengan pandangan stereotaip sebagai Universiti kelas kedua (tak tahulah pandangan ini dah berubah ke sekarang), iaitu UiTM. Takdelah, kadang-kadang aku kasihan dengan pandangan stereotaip orang ni yang masih tak terbuka mata, tak tahulah senario sekarang macam mana. Tapi aku rasa UiTM ni makin hari makin gah namanya, dah 5 tahun aku belajar di sini, makin bangga aku rasa.

Kini dengan rasminya tamat sudah pengajian aku di sini, cuma menunggu hari konvo saja.  Tak dapat lupa dulu2, diakui memang ada rasa rendah, dan memandang rendah UiTM ni, tapi, makin lama, dari perasaan dina itu, bertukar menjadi sedikit kebanggaan, dan dari sedikit akhirnya sebesar-besar kebanggaan. Aku terpesona dengan sistem pengajiannya, silibusnya, pensyarah-pensyarahnya, visi membangunkan Melayunya, bahasa pengantarnya, kecuali politik pengurusan cawangan2 tempat aku belajar, aku sangat benci dan kadang2 rasa tertindas. Betul2 dibuatnya pendidikan itu sebagai produk, dan kita sebagai pelanggan. Haha itu cerita lama. Tak tahulah senario di Jengka dah berubah belum. Kalau di kalangan kalian ada kuasa untuk mengubahnya, ubahlah, kasihan kat junior2 kita.

Bagi yang belum terbuka minda terhadap UiTM ini, mereka ni mungkin tak pernah dengar macam yang aku selalu dengar kot. Sangatlah terpalit kebanggaan terdengar pujian untuk budak2 UiTM yang dikatakan laku di pasaran. Mereka pelajar2 UiTM ini dikatakan sangat bagus communication skill, pembawaan diri mereka. Betul ke? Hehe. Mungkin bawaan dari sistem belajar UiTM  yang penuh dengan present, present, present, and of course in English. Dan tiap2 presentation hadir dengan argument, dan kita bidas, dan dibidas balik, biasalah itu. Mahu tak pandai? Haha. Gila, kalaulah aku tak masuk UiTM atau mana2 universiti guna English, aku rasa English aku total worst la. (taklah power mana juga sekarang, tapi better than worst la)

Dan seperti biasa, pujian hadir dengan pertikaian. Memanglah nampak ramai grad UiTM dapat kerja dan laku di pasaran sebab semulajadinya pun budak2 UiTM ni bersepah-sepah, ada di mana2, dia punya kampus taknak pulak ada di semua negeri di Malaysia. Haha. Tapi, yang aku tahu, jumlah itu bukan based on actual amount, tapi based on percentage kan berapa ramai dapat kerja dan percentage tu dibanding dengan uni lain. Apa-apalah. Bila final sem pula, tekanan sebenar datang, tesis+praktikal. Untunglah sesetengah budak u lain, sebab boleh pilih salah satu. Gila betul budak2 UiTM boleh buat dua-dua dalam 1 sem sedang orang lain diberi pilihan. Takpe2, di situ ada nilai tambah.

Lagi satu aku perasan, UiTM ni boleh dikatakan pusat longgokan/buangan dari IPTA/tempat pengajian berprestij yang lain di Malaysia ni. Asal tak berjaya je, UiTM lah dengan baik hatinya ambil mereka ini. Yang kelakarnya, mereka ni hebat2 belaka, memiliki portfolio pendidikan yang boleh dibanggakan sejak zaman sekolah lagi. Of course la lepas SPM dorang dapat IPTA/tempat yang power2, apalah sangat UiTM masa itu bagi mereka. Malangnya, terkandas di universiti2 tersohor tersebut. Tapi, sekali dorang bangkit (di UiTM lah), tak ingat punya excellent. Dan kerana itu, tak salah rasanya menganggap UiTM ini tempat berkumpul genius2 Melayu kita. Tak lupa juga, ramai juga nama-nama besar dan selebriti (sebab UiTM pun memang ada fakulti seni, artistik, mass-comm semua kan)  di Malaysia ialah bekas graduan UiTM. Haha. Akhir kata, berbanggalah dan hargailah UiTM anda.

p/s : Semua ini berdasar point of view aku dari tempat aku menimba ilmu, dan dari apa yang aku tahu, dengar, tiada cubaan dalam entri ini untuk memperendah, menempelak pelajar universiti lain atau apa2 cubaan terlalu mengagungkan UiTM. Sekadar pembangkit semangat menghargai dan mengenang tempat aku menimba ilmu.   

25 ulasan:

Cik Tengok Hadapan berkata...

Oh my beloved u-mate! hahaha. suka, suka, suka! UiTM di Hatiku!

sopiah berkata...

memang bangga kan belajar kat uitm! uitm di hatiku. pedulilah apa orang nak kata :)

AkuMuzikFilem berkata...

Jaida Najihah..
kan? komuniti yang besar, tak kenal pun u-mate juga.

Yong Sofea..
kena peduli apa yang orang kata sebab dorang salah. erm

. berkata...

eh sejak bila kau buat entri ni? kehkehkeh.

bagi aku bukan universiti yang bagus, yang bagusnya pelajar. haha

AkuMuzikFilem berkata...

Haha camne kau leh jumpa entri ni. ni masa takde orang nak layan aku dalam blogosphere waktu rookie dulu2. eh, macamlah tak rookie lagi sekarang. haha

Sang Gabriel berkata...

aku dulu apply nak masuk UiTM 4kali, tp masih gagal

tp aku berjaya masuk kolej lain

n mcm ko gak,skrg tgu konvo je

AkuMuzikFilem berkata...

yeke? takpe, janji kau dah berjaya n nak grad dah pun. hehe. its not about uni i think, its about ourself=)

alexayussida berkata...

depends on student kut..tp environment mainkan peranan jugak kan^^

grr ade musuh kat uitm weh:p hehe tetibe

ghost berkata...

apa taknya uitm nih amik semula pelajar2 yg failed kat U yg lain sebab uitm sendiri macam yg ko cakap menjadikan pendidikan sebagai produk dan pelajar sebagai pelanggan...itu lebih dowang utamakan...terpulang pada pelajar tuh sendiri untuk fixkan diri..

suka bila Karl kata,bukan U yg bagus tapi pelajarnya yg bagus.

I N S P I R A T I O N A L E F E K S berkata...

boleh jadi bisnesman ni ... aku sekrang tengah mengkaji bisnes :) . hahhaa

ong ong kedek kedek berkata...

UITM = MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA

intan.maisarah berkata...

CFP .. saya tak mampu ke tahap itu..

AkuMuzikFilem berkata...

intan maisarah..
tak, jangan kalah dengan perasaan sendiri. mana tahu, cuba dulu sebelum kata tak


republik n9..
budak uitm juga? =)


inspirational efeks..
aik, tak pandaila wat biz, mungkin, tapi sedikit masa lagi, prefer mengajar=). aku bukan akauntan

AkuMuzikFilem berkata...

ghost writer..
hehe samalah macam aku cakap, its not about uni, its about ourself. tapi, environment, prestij tempat belajar pun sedikit menyumbang.

bagi aku, tentang kutip pelajar buangan itu lebih kepada macam yang republik n9 sebut, 'mengubah destini anak bangsa', cubaan untuk sedaya upaya membantu anak bangsa mendapat peluang pendidikan, sedaya upaya taknak mensia-siakan bakat melayu yang terbuang, dan sedaya upaya fully utilize mereka sebagai modal negara masa depan. bab buat education itu umpama biz, aku macam geram cara sesetngah pengurusan uitm cawangan layan student dorang.

AkuMuzikFilem berkata...

alexa yussida..
yup, environment juga menyumbang, tapi, diri sendiri itu utamanya=)

intan.maisarah berkata...

kadang kadang
cemburu dengan mereka yang terpilih dalam destinasi anak bangsa

mereka sudah diberi macm macm kemudahan
tapi ada juga yang lalai
leka
mereka berungtung.


sudah konvo untuk diploma tahun lepas
sesi nov 2010
menunggu konvo ijazah ..
sesi 2012.


kadang kadang
Finance bukan dihati
tetapi
redah aje
teruskan diri untuk berjuang
kumpul pointer untuk persediaan untuk praktikal.


IFM subjek yang senang
tapi agar liat hati ini untuk menghafal teori

AkuMuzikFilem berkata...

redah aje, pasti ada sesuatu di sebalik yang tak tersangka. bagi saya ini bidang paling luas untuk ke mana2. sama saja dengan saya, terdidik dengan otak teknikal, sudah tepilih ke pengajian teknikal, nah ambil, ketidakmatangan masa itu melompatkan aku ke uitm yang tak pernah saya pandang, menjadi buangan yang dikutip. bersyukur jumpa bidang yang tak perlu sakitkan otak, tapi luas untuk diterokai, walau jauh dari cita2 dan jiwa asal.

AkuMuzikFilem berkata...

tersisihnya saya dari kehendak jiwa dan melompat ke uitm, menemukan saya dengan sesuatu yang saya akan bersama hingga tua. boleh la IFM tu, a-. apa2 pun doa untuk kamu ya, jangan lupa bawa kalkulator ya. hehe

AkuMuzikFilem berkata...

persetankan dengan mereka yang tak tahu menghargai itu. jumpa ramai sebegitu, ada yang diberi peluang walau kali ke2, malah ke3, mungkin juga ke4 untuk tempat yang sama. saya, juga, hampir saja seperti mereka di awal2 tahun pengajian, entah semangat apa yang meresap hingga bangkit. cukup untuk yang seterusnya sudah, jangan memaksa diri menjadi yang terbaik kalau terpaksa korbankan masa gembira dan berjoli. melainkan super gifted, itu exception.

syafiqa berkata...

hahha rasanya seperti
univer yg baik di tentukan
oleh pelajarnya.tp kdg pasal
nila setitik rosak susu sebelangga.
haha.

Tanpa Nama berkata...

UiTM terbaik !!! love uitm :)

Tanpa Nama berkata...

eiii..besh nye entry nie.. xsangke Bro pon ex uitm dhati..hehe
memang la, mne x hebat uat thesis+prktikal in 1time..huhu
uitm jengka kee..coz ape tu erk..
da grad kan kan..

APAN berkata...

aku pun penah masuk uitm gak...tpi just hanto abg aku je la...time tu dia blajo situ.aku x penah lagi menuntuk kat u.huhu...

aisyahnadiah berkata...

yeah...beul tu...=)

http://segalanyasyurgaku.blogspot.com/2011/05/uitm-di-hati-ku.html

nufarsa berkata...

he is my ex schoolmate! but die senior setahun je. die memang pandai accounts! XD