Klik jika berminat

Khamis, 17 Februari 2011

Perasaan unik yang tak pernah dirasai

Perasaan yang tak pernah dirasai

Alhamdulillah. Akhirnya, Jam 11.10 pagi, bertarikh 11022011, Jumaat, anak sulung aku dilahirkan. Terasa macam cantik je tarikh tu, kan? Pandai juga isteri aku timing hari baik, tarikh cantik macam tu. Dah lama aku tak update blog ni, di kalangan rakan blogger ada tertanya. Maaf hilang sekejap sebab terkejar-kejar sepanjang minggu kelahiran anak pertama aku. Terima kasih pada Khairul Hisyam kerana tercari-cari saya sepanjang senyap blog ini (yeke? takut perasan je). Hehe. Bukan dalam mood untuk menulis lagi, sedikit lambat untuk momentum. Bagi rakan blogger yang kenal aku bukan sebagai blogger sebelum ini, memang tahu sikit perjalanan hidup aku dan kisah kahwin awal aku, sehinggalah aku dapat anak sekarang ni. Aduh macam tak percaya pulak dah ada anak. Perasaan yang tak pernah aku rasa. Memang best dapat baby. Lain sangat 
perasaan tu untuk manusia macam aku ni. Bila tengok budak tu cam tak caya yang baby tu anak aku. Gambar bawah ni adik aku edit, serius ni, takkan aku pulak yang wat bling-bling dengan tulisan ala budak tingkatan empat. Oh 'The First'. Sesuai sangatlah. Anak sulung aku dan isteri aku. Cucu pertama mak ayah dan mertua aku. Cicit pertama untuk empat-empat datuk dan nenek isteri aku.


Noah Syakirin b. Nama Aku

Terasa diri ini budak lagi

Terasa diri ini cam orang tak kahwin lagi pun ada. Serius weh, aku rasa macam muda lagi. Aku malas sangat nak cerita ni, tapi aku sendiri baby born hujung 1980-an. Aku rasa ramai antara korang pun umur range lebih kurang aku jugak kan, tak kahwin lagi, tua lagi pun ada. Walaupun memang ramai juga dah kahwin umur macam aku ni, tapi lagi ramai yang tak kahwin lagi nak-nak jenis baru habis belajar macam aku ni. Nikah seminggu sebelum exam tuh, time study week, tak boleh blah. Haha. Katalah aku apa pun, memang aku tak kisah, janji impian aku sedari diploma tercapai. Lagipun benda halal ni, nak belajar pun berkat. Hajat balik Kota Bharu untuk bersalin. Yela orang perempuan ni lebih senang kalau berpantang mak sendiri yang jaga. Tapi rezeki anak aku untuk jadi orang Pahang juga, masih di hospital yang sama tempat yang aku dilahirkan. Really anak ayah la aku rasa.


Terima saja rezeki yang nak datang

Ada member aku cakap, cepatnya dapat anak, bukan baru kahwin ke? Biasalah rezeki, bunting pelamin katakan. Jenis aku pula terima saja rezeki yang datang, tak terfikir merancang-rancang ni, takut time nak, tak dapat pula. Susah la sikit mula-mula ni, fasa pertama dalam perkahwinan, baru habis belajar semua, kerja pun biasa-biasa saja. Tapi takpe, rezeki hidup ni cepat atau lambat je hadir. Aku tak pernah rasa cemas melampau, tenang-tenang saja, berbelanja sekadar patut. Rezeki jual kereta pun agak lumayan dekat-dekat anak nak lahir sebelum ni. Bolehlah bekal untuk anak yang lahir ni sementara peroleh kerja yang lebih menjamin. Eh jap, nak enter frame, siapa-siapa nak beli kereta bolehlah kontek aku, p1, p2, toyota, of course la new car, second hand kalau available.


Pengalaman menyambut baby pertama

Aku seriusnya sekarang bukan mood untuk menulis panjang lagi, tapi sedar-sedar panjang juga aku tulis untuk entri ni. Maksud aku, untuk berkongsi pengalaman Jumaat hari tu, tak kot, atau tak lagi kot. Kalau nak tau cerita, boleh vote kat komen.  Kalau ramai nak, mungkin aku buka satu entri khas untuk cerita pengalaman. Biasa-biasa saja, tapi agak mengujakan jugalah sebab aku ada sekali dalam labor room sebagai suami mithali yang memberi motivasi. Takut wo. Rasa nak keluar je. Rasa saja. 


Ada kata tak enjoylah kahwin awal

Ramai kata kat aku camni. Aku dengan orang lain belum tentu sama. Takrifan enjoy orang lain pun mungkin tak sama dengan aku. Bagi aku enjoynya aku selepas kahwin. Sebab bila tak kahwin, aku rasa nak ke mana-mana mesti kena bawa bekas awek aku (sebab sekarang dah jadi bini aku), macam tak best je jalan-jalan takde dia. Aku rasa nak buat apa-apa, mesti kena ada dia. Jadinya, baik kahwin dari ke hulu-hilir takde pasal. Pahala isteri letaknya kat suami, pahalanya suami membahagiakan anak bini. Aku rasa hidup aku ni baru bermula selepas nikah. Mengapa? Mungkin mahu lari dari dosa, juga mengumpul pahala. Ada satu sajak dari seorang sahabat lama, dengan blog Irama Kebenaran. Aku sangat inspired dengan sajak ni. Isi halusnya ternyata selari dengan pemikiran aku tentang kahwin awal. Tahniah juga kepada beliau yang bakal ber'pahala' Jun nanti.




Aku dambakan pernikahan itu
Biar dikata muda , lewat mahupun cepat
Biar seribu lelah , susah mahupun penat

Jika ditanya bilakah hidup baru bermula ?
Kan ku jawab , selepas berumah tangga
Mengapa ? mahu lari dosa ?
Ya , juga kerana mengumpul pahala

Pahala suami kerana isterinya
Pahala isteri kerana suaminya
Pahala kasih pada penjaga 
Pahala kasih kepada mertua
Pahala isteriku yang menjadi ibu
Pahala kasihnya pada anak-anakku
Pahala bermesra dan manja berteman
Pahala mengembang bait turunan

Pernikahan yang ku damba
Ikatan termateri bukan hanya di dunia
Namun sah hingga ke akhirat sana

Janjiku kini kepadanya , kan bersatu bina bahtera
Bukan istana namun bahagia 
Walau tak kaya tetap bahagia

Sentuhan yang kininya dosa kan jadi pahala
Kucupan yang kini tak bisa kan jadi biasa
Lena yang kini sendiri kan berteman jua
Sedarku dari mimpi terhias wajahnya 

Jengah usiaku dah dua puluh tiga
Dah lama bercinta , sebenarnya tua
Hakikatnya nikah itu sudah tiba masa
Demi ke detik itu , demi ke syurga itu
Segalanya kan ku usaha

Bila sudah terikat pasti nanti
Tak mungkin akan aku persia
Tutur dan tingkah kan terpelihara
Mencari rezeki tak kira masa

Kerana janjiku bukan hanya pada dia
Bukan hanya pada ibu bapaku
Bukan hanya pada ibu bapanya
Menjadi lelaki yang diamanahkan cinta
Sebenar janjiku pada “ Yang Esa “

Nukilan oleh Irama Kebenaran

31 ulasan:

khairul hisyam berkata...

tahniah diucapkan nama ngan lu memang sedap. nasib lu tak terpengaruh dengan gua letak nama-nama pelik. haha. noah~ macam nama artis juga walaupun itu nama nabi kita. hehe

AkuMuzikFilem berkata...

wa minat sama oasis, wa cinta sama itu hujan. tapi bukan sebab itu wa letak noh, tapi memang wa betul2 inspired dengan kisah nabi noh=)

Khairul Antasha berkata...

tahniah!!.. nama sungguh indah.. :). patut pun hari tu buat entry psl nama anak.. :) :)

AkuMuzikFilem berkata...

Terima kasih semua atas ucapan. Dua2 nama anak saya tu merujuk pada tokoh yang sama=). Yup, sebab tu ada entri pasal nama anak.hehe

maya berkata...

tahniah...bapak muda...hehehe...maya tak sangka blog ni dri seorang bapa mua yang berceloteh...biasanye mak2 jer...jarang nak ada laki muda yg bercerita...tapi kalau lah semua orang baca blog ni...pasti ramai nak kawen awl..hehehe...tapi sbb duit or rasa masih takut nak terima tanggungjwb..kadang2 membantutkan niat kawen....hurm...tapikan satu maya pelik...kawan baik maya tinggalkan kawan bila dah jumpa pakwe...nape????????????? bini bro camtu gak ker????????

APAN berkata...

wah...x sangke lak ko da kawen bro...
kawen awal lak tu...
respek sma kamu...aku kalo ade jodoh dan kemampuan pun nak kawen awl gak...
name anak ko pun da urban dah...
nak bagi nme pe kat anak aku nanti...
papepun baik la tu kawen awl..
tahniah dapat anak...
:)

AkuMuzikFilem berkata...

maya. segan pula kata camtu, berceloteh? hehe. memang asalnya blog ni bukan untuk cite perasaan peribadi, tapi sedikit lari dari tema blog pula sekarang. takpe, pangkal 'aku' dalam 'akumuzikfilem' menghalalkan penceritaan peribadi sikit2. hehe. bukan apa, aku memang tak suka wat blog peribadi dan publish apa yang kita buat hari2 cam banyak blogger tulis skrg. tapi sebab benda ni besar bagi aku, perasaan yang rare bagi kau, pertama kali kot, so aku rasa nak share. lepas ni blog ni kembali pada asal slow2, silih ganti dengan jurnal hidup dan akhirnya hilang, hingga sampai peristiwa besar/bermakna jadi balik, maka ada la balik tulisan blog peribadi.

AkuMuzikFilem berkata...

maya. tentang bff yang dapat pkwe baru tu. setakat ni, isteri saya kontek je lagi denga bff laki dia, tapi dengan frekuensi yang super jarang la, bukan sebab saya marah atau melarang, tapi dia jadi camtu sendiri. agaknya bila dah kawin, semua tu dah kurang. suami la pertama d hati. tapi yang saya nampak, bagi perempuan, suami takleh jadi kawan terbaik, apa2 masalah berkenaan laki, lebih sesuai cite kat bff laki. nanti nasihat dari bff tu la yang akan diguna kat suami. harap faham la saya tulis ni

AkuMuzikFilem berkata...

apan. urban ye, hehe. tak fikir pasal nak urban pun. tapi nama ni dah lama dalam kepala 2 3 tahun sebelum kahwin lagi, jadi geram nak guna juga, kalau tak guna kang takut ralat kemudian hari sebab dah lama simpan.

Tanpa Nama berkata...

vote mahu entry khas perihal noah dan mama noah! :)
tahniah Saat, i'm happy for u n Anis...=)

Kumbang Jingga berkata...

tahniah..semoga anak ini menjadi anak yg soleh..aminnnn

Hamka berkata...

wah, bertambah calon menantu, woha!

AkuMuzikFilem berkata...

wah, saudara hamka ni memang nampak benda yang jauh la, kalau camtu tunggu la rombongan pihak saya 20 tahun nanti. haha. tercari-cari di antara ratusan arkib, di mana entri 'apa itu tasuf' dan 'tanya sama tuhan'.

AkuMuzikFilem berkata...

terima kasih atas ucapan kumbang jingga.

AkuMuzikFilem berkata...

*tasauf

Cik SHiNJU berkata...

As salam...

Tahniah dah jadi ayoh weh.. :D
Muda lagi dah ade anok,untung mase dh tua nt...kita sebaya kan? means koi pun kena kawen cepat kala nak berbesan ngn aok..:P

AkuMuzikFilem berkata...

sebaya rasanya berdasar pemerhatian kat blog aok. hehe.. umur koi plus minus lebih kurang 8760 hari, actually tak plus, minus lagi.

Amira Naddia berkata...

aku nk buat anak gak aa

AkuMuzikFilem berkata...

buatla, sedap

kucarkacir berkata...

alhamdullilah.
moga dapat didik anak dengan baik :)

Renee Keefe berkata...

congratulation for your first baby born.. :D

AkuMuzikFilem berkata...

mekasih renee, jauhnya ucapan dari indonesia lagi itu.

Pistachio berkata...

i don't know why.. but i can't follow your blog.. huhuhu~ something problem with the google gadget..

AkuMuzikFilem berkata...

kucar kacir

terima kasih atas ucapan=)


pistachio

yeah i know. experienced same prob like you. want to hit back another blogger that follow me, until now it cant be done. takut mereka fikir aku bajet best saja. huhu

Hanna Adzhar berkata...

ohh. kawen awal tak menjadi masalah. lagi sweet drpad couple kan. hehe. boleh baca kat sini web saya dan rakan2 kat sini :

http://www.anticouple.com/2011/03/contoh-surat-minta-izin-kahwin-awal/

p/s : comel anak tuu :)

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali berkata...

tahniah yah..ak pula tumpang terharu tegok baby..knp sih bila tegok baby baru lahir, rasa nak nagis..wowowo..

pesanku buat kamu selaku abg a.k.a kawan maya, moga bayi itu mendapat kasih sayang n kperluan y baik..n bimbing keluarga mu sebaik2 nya..

kem salam buat isteri kamu..=) n ciuman buat si kecil itu..

anak itu rezeki, n ajari dia mengenal Allah, rasul dan alquran..moga kamu n isteri mdapat manfaat dunia n akhirat atas kesolehan anakmu kelak..

=) noah wooo..comey nama .. comey nya anak kamu..

AkuMuzikFilem berkata...

terima kasih untuk ucapan di atas=)

vampire's lovex berkata...

tahniahhhhh....putih nya hero kau..

nak pinjam nanti...emm xpon berbesan ke cmne?? hehehe..

catherine- berkata...

aku dtg tgk noah jR. :)

skng ni mst dh besar,kan?

happy for u.

catherine- berkata...

japp.... ko ke yg azankan anak ko?
buat la entry pasal Pengalaman menyambut baby pertama. or mungkin juga sudah masuk yg ke-2

;) kikiki

AkuMuzikFilem berkata...

3 bulan lagi masuk yang ke-2. semalam aku berjalan kat blog kau jadi anon