Klik jika berminat

Isnin, 2 Mei 2011

Wujudkah ayah yang lebih muda dari anak kerana anak itu lahir dahulu dari ayah?

Google saja


Hubungan antara Kyle Reese (ayah) dan John Connor (anak) dalam Terminator. Hubungan anak-beranak ini paradoks sekali, terjadi kerana wujudnya time paradox dalam filem tersebut.

Cuti hari buruh ini dihabiskan dengan menonton Terminator Quadrilogy secara marathon. Cukup untuk memahamkan aku susunan garis masa dan kronologi Judgement Day. Menonton dari sumber berdefinisi tinggi 720p dan Dolby 5.1 surround (4 filem dalam 1 torrent) menjanjikan kepuasan berganda. Aku tahu tiga dari siri Terminator sudah masuk TV. Anggap saja ini acara membalas dendam aku yang terlepas menonton filem ini di TV secara proper, kalau tengok, mesti dapat tengok tengah jalan saja. Dua installment terakhir aku tonton secara proper, cuma mahu melengkapkan marathon, aku layan saja. Cerita dengan tema time travel memerlukan pemahaman jitu bagaimana timeline itu bergerak. 

Biasanya, aku suka menulis filem lebih kepada konsep yang diguna pakai, bukan plot atau sinopsis. Konsep dalam filem ini sendiri berkaitan dengan plot ceritanya, jadi kali ini memang perlu untuk aku mengulas plot/kronologinya.

Secara general, John Connor pada masa hadapan ialah pemimpin pejuang pemberontak (Resistance), melawan mesin dan robot di bawah Skynet, satu sistem robot pintar yang berevolusi sendiri hampir menyerupai otak manusia, dan menganggap manusia sebagai musuh. Judgement Day ialah tarikh di mana Skynet menganggap manusia sebagai musuh, serentak itu, melancarkan bom nuklear besar-besaran yang menyapu 3 billion umat bumi. Ironinya, bom nuklear tersebut masing-masing kepunyaan negara-negara pencipta bom nuklear. Skynet awalnya ialah jaringan sistem pertahanan Amerika. Cuma ia menjadi terlalu bijak. Signifikannya tajuk The Terminator ialah, Skynet di masa hadapan menghantar Terminator berupa cyborg (cybernetic organism). Kononnya untuk menghapuskan (terminate) John Connor supaya Resistance tidak wujud atau sekurang-kurang tiada pemimpin. Hakikatnya, yang akan terjadi, tetap terjadi, dan sebenarnya sudah terjadi bagi mereka di masa depan.    


The Terminator

Cool Pakistan poster - sini
Kyle Reese, Pejuang Resistance dari tahun 2029 dihantar ke tahun 1984 untuk melindungi Sarah Connor (ibu John Connor) dari Terminator T-800. Macam biasalah, siapa nak percaya ada orang naik mesin masa datang nak selamatkan kau, dicop saja si Reese itu gila. Akhirnya, bukti yang nyata tak mampu ditolak. Tak sangka pula, dirinya terasa dina, kerja pelayan restoran saja, rupanya memegang satu tanggungjawab besar dunia. Polis pula kata Sarah gila. Last-last, lawan kat kilang komputer, Reese korbankan diri selamatkan Sarah dengan sumbat bom buatan sendiri kat T-800. Cet, hidup lagi Terminator itu. Last-last Sarah penyek dengan mesin hidraulik. 

Yang pertama ini kunci kepada semua siri terminator. 2 paradoks akan dijumpai bagi siapa yang memahami. John Connor lahir, kerana Kyle Reese itu sendiri dihantar John Connor, dan buat seks dengan ibu Connor, lalu melahirkan John Connor. Kedua, asas teknologi Skynet berasal dari serpihan T-800 (cip dan tangan endoskeleton, atau dulu-dulu aku panggil tangan besi urat dawai) dalam kilang komputer milik Cyberdyne, iaitu syarikat yang mencipta Skynet. Dengan serpihan ini mereka belajar dan mengkaji satu teknologi yang sangat advanced bagi mereka zaman itu, yang hakikatnya teknologi mereka asalnya. 

Di akhir cerita, monolog Sarah yang dirakam untuk anaknya besar nanti, bergolak sama ada ingin beritahu bahawa ayahnya yang lebih muda datang dari masa depan dihantar sendiri oleh John Connor, takut itu akan memberi kesan kepada keputusan John nanti. Tapi bagi aku, apa yang akan terjadi, tetap terjadi, dan dah terjadi pun, sebab dah hantar dah pun. 

#Dalam ni, Arnold Schwarzenegger jadi Terminator jahat.


57 ulasan:

sailaaf berkata...

tak pasti tajuk cerita,tapi lakonan
Arnold Schwarzenegger,dia army. yang dia di tidurkan untuk suatu masa,lepas tu bila dia dibuka dari tempat yg dia tidur tu,tahun da berubah..tau x cite tu tajuk pe?

Abang Zam berkata...

afifa : tu bukan idiocracy ke? tp bukan arnold yg berlakon

aku tak tengok terminator 1 & aku rasa aku sgt tak faham ape yg diorang buat tu semua

intan.maisarah berkata...

hai abang senior

tak baca pun lagi entry ni
esok malam baru baca entry abng senior :)


off dulu~

Raihana Izzati berkata...

Pernah tengok 1. Terminator 3 Rise Of the Machines. Tengok pun tak berapa nak paham sangat actually. Yelah still sekolah rendah kot masa tu.

Tapi suka watak robot jahat dari future yang girl tu.Kristianna Loken kot nama dia. tak sure. Style.Tinggal rangka je still blh fight.

Arnold hot.okbai.haha

FreESiA berkata...

ooo. cerita terminator rupanya. ingatkan apa tadi. ingatkan bapa tiri yang ada anak tiri lebih tua dari usianya. haha.

cerita ni memang best. tapi tak ada kesempatan lagi tuk tengok keempat-empat.

ewanthology berkata...

terminator, seperti juga the matrix.

sampai hari ini tak paham paham jalan ceritanya.

tak berkesempatan menonton dengan penuh konsentrasi.

Tylba Madowl berkata...

I watch the last film.. which is the forth one I think.. And I just don't get it.. It was toooooooooooooooooo complicated for my own complicated mind.. hahahahaha.. I see now you are into the action movies. You should watch 'the Battle of LA'.. It was intenseeeeeeeee... the kind of movie which make me forget to breath.. LOL..

. berkata...

cerita fav aku. kerana sangat menarik nilai-nilai yang diterapkan. kehkehkeh.

APAN berkata...

tajuk pun da bikin aku pening ma...
pasal filem ni, mmg bes nak dilayan sebab ade aura pelakon die ngan aksi dlm tu...
aku pun x bpe paham citer ni sebab aku rase kalo nak paham kene wat cam ko gak...tengok dari awal sampai habis dari yg 1st sampai latestnye...
janji citer sedap kawan layan je...
huhu...

ghost berkata...

aku cuma layan terminator 1-3 sajer..kalau sampai yang terminator punya siri mungkin aku dah banyak ketinggalan atau aku langsung tak menontonnya...

citer cyborg nih memang betul-betul menunjukkan pada kita bahwa manusia suatu masa nanti akan dikawal oleh mesin sepenuhnya.

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha movie rupanya . ingat apa tadi =)
nice !

AkuMuzikFilem berkata...

miss afifa..
erk, tak tahulah, tapi kalau yang cam tolol2 sikit dengan jalan cerita camtu, positif memang idiocracy, cam abng zam kata. cuma bukan arnold la.


abang zam..
aah, citer tu cam bangang2 sikit, tak sikit, banyak juga, tapi suka dengan mesej dia, suka filem tu.


intan.maisarah..
=)

AkuMuzikFilem berkata...

Raihana Izzati..
kalau tengok dari awal, mesti faham, tak twist pun, just macam sejarah, kena susun plot dia betul2.

oh, noty budak ni. haha



FreESiA..
aah, memang best. nanti adala kesempatan untuk tengok, mungkin dengan bf atau hubby gerber=)



delarocha..
haha, betul tu. cuma terminator takla susah sangat nak faham bila dah tengok no.1 . mula2 tengok terminator, dah skip no.2, 3 dan 4, sebab tak tengok no.1, blur habis, sekadar menikmati babak aksi yang cool antara cyborg2 jela.

AkuMuzikFilem berkata...

Renee Keefe..
haha. no, no, its not complicated as u thought. just watch it in right order, it can be easily to understand. as i said, the mother of this franchise, is 1984 movie, 1st movie of Terminator. straight jump to last film, is like, watching single movies at last minutes. hukhuk


KHRLHSYM..
rasa macam tahu apakah nilai2 tersebut. hehe. bagus kamu menonton filem dari segi moral=)


APAN berkata...
memang itulah yang kau kena buat. haha. dan, takla susah sangat nak faham kalau dah tengok yang pertama, dan seterusnya. permainan masa saja ma. mula2 tengok dulu2, sekadar terhibur dengan aksi kool robot cair tu. hehe. kenap, kenapa, kenapa, aku tak tahu sikit habuk pun

feyza berkata...

waahh suka tngok citer lawan lawan gak..~

AkuMuzikFilem berkata...

ghost writer..
kalau kau dah layan 1-3, okay dah bro, cukup untuk faham siapa ayah hero semua. siri dalam tv, dengan watak tambahan dan plot tambahan. tapi tergantung bro, status cancel, apa punya produksi la.

yup, itulah antara nilai dalam francais terminator ni.



Alin Liyana..
haha iyalah, tertipu ya?=p

AkuMuzikFilem berkata...

Pijahh' de-Arr..
nak2 robot yang berlawan kan? hehe

Wafiy Suzly berkata...

aku minat gak terminator ni, salute too arnold susah nak eje

I N S P I R A T I O N A L E F E K S berkata...

bca ni mcm nak tengok terminator secara marathon juga... hehe dlu aku pernah tengok star wars secara merathon . bru ak faham .. hehe lord of the ring pun ak tengok secara marathon .h oho

axuerha berkata...

sume siri Terminator sy da tgk..even ada kekeliruan sikit disitu...Terminator siries pun da tgk kat saluran AXN tapi asyik miss aje akibat kekangan masa..syabas anda ada masa buat review balik...tp pepepom lakonan arnold susah nak eja i loike...pasni buat review Predator plak ek..

ong ong kedek kedek berkata...

gua dah khatam bab2 terminator ni, slalu layan bab2 aweks je hahhaha

sahromnasrudin berkata...

gua mmg minat si arnold tue beb..dia mmg ganas la...

sape awek sebelah lu nie....boleh tahan heheheee

Cik SHiNJU berkata...

i'll be back..!!!

shizuka berkata...

hurm.doremon lagi pandai buat mesin2 adripada terminator neh.

eh.;p

sailaaf berkata...

AMF & Abang Zam: idiocracy eh? bukan arnold?ku salah orang la..tp aku rasa mcm nama dia yg keluar..dia ditidurkan dalam 1 kapsul..pastu dia di bangunkan..nanti bila dia pegi kat tempat lama dia,semua org gelakkan sebab dia sebut id masa tahun 1940an mcmtu..padahal masa tu da 1990an..nanti makin lama kulit dia makin kedut..~hahaha,panjang lebar jalan cite aku ni..

Sang Gabriel berkata...

aku pernah tengok cerita berkaitan masa jugak, tapi bukan time travel, tapi masa depan dan dahulu yang bersambung secara paralel melalui peti surat

aku lupe tajuknya

tapi ceritanya lebih kurang begini, awek dari masa dua tahun ke hadapan berhubung dengan mamat dari masa dua tahun sebelumnya dengan berutus surat cinta dengan peti surat masa tu

ko pernah tengok?

ingat tak tajuknye?

AkuMuzikFilem berkata...

gabanMorka..
donnie darko? bukan. frequency? juga bukan. apa ye. cam sedap je kau cite ni.

AkuMuzikFilem berkata...

pergh, nasib baik jumpa, aku rasa ni la kot, "Il Mare", filem korea kan? download terus

catherine- berkata...

terminator tu hensem kan?

:)

Sang Gabriel berkata...

eh bukan!

bukan korea, aku dah ingat, tajuknya The Lake House, sbb peti surat tu ada kat lakehouse tu

keanu reeves n sandra bullock berlakon

intan.maisarah berkata...

menonton secara marathon?
wow
ada berenti untuk makan minum tak?

:)

cerita ini
selalu tak habis menonton
kalau tengok pun
dah separuh jalan

haha

AkuMuzikFilem berkata...

haha patutla, 'lake house' tu remake 'il mare'. hollywood memang kaki remake pun.

AkuMuzikFilem berkata...

Wafiy Suzly..
tapi tu la, arnold asyik jadi robot lemah je, lawan2 je mesti kena sutdown, versi terminator usang, connor pun hantarla robot advanced lagi. gerama aku, lawan2 mesti kalah.


Inspirationalefeks..
nikmat kan tengok straight camtu?star wars hexalogy, back to the future trilogy pun aku tengok marathon, masa zaman belajar dulu. hehe. amik kesempatan cuti buruh bini takde, dah lama aku 'membujang' kembali.


axuerha..
hehe axu pun tengok gak yang series tu ek, punyalah minat yang siri tu pun saya folo, tapi siri tu tergantung, geram.

AkuMuzikFilem berkata...

republik n9..
ala awek dia xla banyak sangat kan? dalam t3 je ada terminator awek. tapi t4 ada gak sorang awek resistance cun


sahromnasrudin..
arnold memnag ganas, kadang2 melankolik je tengok hubunbgan dia dengan hero. ganas, selalu kalah dengan terminator jahat.

tu la, gua tertanya juga siapa amoi dalam gambar


Cik SHiNJU..
back from where??

AkuMuzikFilem berkata...

shizuka..
hehe saya lagi suka unsur time travel dalam doraemon sebenarnya. ada sekali cerita tentang alternate universe dalam doraemon, buat saya terfikir jauh je..


miss afifa berkata...
aish citer apa ek? cam best je..cer cari sampai dapat tajuk dia, nak dl. hehe


gabanMorka..
aku dah tengok il mare tu, writer dia sama je dengan lake house. layan juga citer tu.

AkuMuzikFilem berkata...

actually aku tak habis lagi ulas terminator ni, sampai terminator 1, tak larat nak tulis dah. ada 4 kan.

Sang Gabriel berkata...

owh itu remake ke?

aku xtaw plak

baru dua bulan lepas rasanye aku tgk kat tv

AkuMuzikFilem berkata...

*shutdown
*geram
*memang

intan.maisarah..
aik, terlepas pula komen budak maisarah ni.

tentu saja berhenti. tertidur pun ada. hikhik. bernti sambung, berenti sambung. biasala tu.

si para para berkata...

kalau macam tu, boleh la kita pergi kendiri mak ayah kita kawin kan..hehe

AkuMuzikFilem berkata...

agak la. hehe. cam supernatural

zaty luvlianncez berkata...

cerita boley la reka macam²,plot yg mistery.menarik hape

Mari menghayati di cni
mentua vs menantu

catherine- berkata...

=.="""

x jawab sy pun..

shameel Iskandar berkata...

minat juga dgn terminator ni sbb minat dgn lakoan Arnold Schwarzenegger. sayang sekali, sejak jadi gabenor California, tiada lagi filem2nya yg hebat2 dan dinanti2.

AkuMuzikFilem berkata...

catherine..
eh camne eh terlepas pulak ni, serius, memnag dah ada jawapan untuk kamu dalam hati bila tengok komen kamu=)

hensem, tak sangat kot, berketul-ketul absolutely yes=). tapi dulu2 la. hehe

Mutiara Bernilai berkata...

dan cerita ini menyajikan perihal paradox, yang tak faham mungkin akan penin,tp ada juga yang tak perasan langsung unsur paradox ni..

^__^

sudah ingat2 lupa akan kisah ini sebenarnya.

Amoi berkata...

derrr

rebiu lah fairy tales story!!!

haha

Encik Psychopath berkata...

tak minat. tapi penulisan kau buat aku berminat. bak link torrent.

hans berkata...

hohoho
betul2
itu lah pasla
gangguan masa yang dicanang tu buat perkara nih jadi aneh
hehehehe

AkuMuzikFilem berkata...

Encik Psychopath

ni link dia http://btjunkie.org/torrent/Terminator-Quadrilogy-Collection-Bluray-H264-720p-AAC-6ch-JBR/43589c0d3719e44d7604ce677ef61bba2dfcd721a88e

Madd berkata...

cite ni best la....
hehhehe

Tanpa Nama berkata...

I told them to type in "Mac - Book Air broken hinge" on Google
for proof of the widespread issue, but they just shrugged it off.
The world of telephone communication have improved
a lot in so many years that it has become difficult to choose the right kind of system.
Go with the Pro if you need any kind of external connectivity options.


My web-site - macbook air

Tanpa Nama berkata...

However, all of the digital products including samsung galaxy tab as well, which use memory card to store your data or files, such as
videos, images or audio files, so human operation would make data lost on Galaxy Tab
accidently. 1 tablet supports 1080p HD video playback with 1280x800 capacitive
display, which will bring you an exciting movie enjoyment.
Like the Apple i - Pad Keyboard Dock listed above, the
Logitech Android Keyboard has many tablet-friendly features.

Tanpa Nama berkata...

It can help you in your business life, school, or personal life.
He attributed the success of the thermostat to
its functionality and effective usage. Look for bargains,
when buying expensive things that you need.

Feel free to visit my blog :: nest thermostat

Tanpa Nama berkata...

They (Sony) purchased Crackle for a reputed $65 million in 2006, just prior to
Google's $1. Click the "Start" button to convert 3GP to apple tv on Mac. In this day and age it is impossible to stay on top of all the latest pieces of technology.

Tanpa Nama berkata...

3 inches screen of Zopo ZAP900h is really a cool thing
about Zopo ZP910 and as it is having a Quad Core processor you should really check out its features.

Altogether, one will find it easy to edit files,
upload them and share them with others, as well as take either single
images and look at them for instant review on the 480 by 360 screen.
If you don't like to cook or feel like you don't have time, there are
apps for restaurants also.

Also visit my web blog ... samsung galaxy s4

Tanpa Nama berkata...

6 IS USM Lens for Canon EOS SLR Cameras is a high priced lens,
however this is for good reasons. All in all this is a great digital camera to have if you're looking to take high speed quality pictures or movies. The SX40 is the type of camera that can fill any photographer's needs because of the features built into it.



Also visit my blog post - canon 6d review

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulannya.. Seluruh pristiwa dlm smua installment adlh sgt pointless, sebab dlm trminator, konsep masanya tak seperti dlm back to the future dimana wujud dunia alternatif.. Jadi, disebabkanjohn dh wujud pd masa depan, sejarah pd nature francais ni memang xdpt diubah.