Klik jika berminat

Jumaat, 8 Julai 2011

Bank aku kena rompak


Petang tadi. Bank tempat aku kerja kena rompak. Masa tu aku tengah sibuk end day balancing jam 4. Terkejut aku laki bertopeng masuk sambil pegang pistol menjerit ada rompakan. Spontan je aku tertiarap atas lantai. Damn, dalam hati aku kata matilah aku. Mana guard ni, tak tutup pintu ke? Aku cuma ingat apa yang aku belajar sebulan kat kL lumpur, jangan berlagak hero. Bagi saja apa dipinta. Baring atau tunduk. Wang atau nyawa. Of course nyawa. Wang ada insurans, setiap bank pasti ada. Nyawa ada insurans pun, bukan pulang nyawa.

Perompak datang dekat aku minta wang. Suara macam aku kenal. Aku ingat abang man cuba tenangkan keadaan dan suruh kami bagi saja wang.

Damn, latihan rupanya. Dua perompak itu guard kami dan abang man. Benda ini macam fire drill, wajib buat. Oh abang man. kenapa tak khabar awal-awal? Kalau tak aku berlakon lebih serius. Ada yang tahu, ada yang tak tahu. Ada yang tahu, memang steady. Yang tak tahu, ada terketar, ada pucat muka, ada lari ke tandas. Yang paling ekstrem, ada yang baring. Kak Su pesan, kalau jadi macam tu, jangan lari ke tandas. Nanti kena rogol kat belakang. Wang dapat, sedap pun dapat

Aku tertipu sebab tak sempat tengok perompak kedua (abang man) masuk terkedek-kedek pakai helmet, sambil pegang gulungan kertas. Sekali perompak kedua itu masuk, itu spoil. Yang dah nak pucat tak jadi nak pucat tengok gaya perompak kedua, dengan baju ofis dan kertas. Sedang aku masih berbaring. Tapi serius shit, lakonan perompak pertama betul-betul real.

Itu cuma tindakan spontan aku berdasar apa yang aku selalu tengok dalam filem.

Dorang boleh gelak tengok ulang tayang CCTV.

Balik rumah aku cerita kena gelak.

Dalam ni aku cerita rasa kena gelak nanti. Rasa macam bodoh je hari ini.

Tapi actually, aku bangga, aku tahu aku buat benda betul. Itu yang aku belajar dan akan buat kalau jadi betul. Gelak sebab hanya dummy robbery. Kalau betul jadi, itu tindakan paling benar.

25 ulasan:

Lucifer berkata...

hehe. nyawa. baguslah cuma dummy.

ghost writer berkata...

kau kerja bank rupanya...

pssst..bila aku plak boleh rompak bank ko..?

pemuzik jalanan berkata...

Aku ingatkan betul dah tadi.
Yes nyawa lagi penting lah.

delarocha berkata...

hahaha, nasib baik latihan je..

APAN berkata...

ada gak latihan gini ye.kat office aku, fire drill pun lom penah wat lagi selama aku keje kat situ ma.huhu...
masuk la video bro.mau tengok gak.haha...

ko keje kat bank rupenya...bnyak duit la gini... :)

Raihana Izzati berkata...

*kenyit2 mata.mengorat.

kerja bank ow~~



well unless u know some of Jackie Chan's tricks, its ok then.

sukasuki berkata...

cuak jugak kalo betol. nyawa lg penting la. hahaha..tp aku cam terbayang muka ko mcmana. heehe

gabanMorka berkata...

bolehlah aku rompak kau nanti. kau dah bersedia. btw, bank mana ya?haha

intan.maisarah berkata...

kamu ke yang baring tu?

Khairul Antasha berkata...

hahaha...

pling x suka kalo tgok ulang tayang kan..suma pakat gelak..

Miscellaneous Smiles berkata...

ouhh keje bank..~~


bak duit..

hehee

Mutalib Attholib berkata...

Hehehe.. Baguslah hanya drill.. Moga janganlah berhadapan dgn yang betul2.. Moga dijauhkan.. hehe

AkuMuzikFilem berkata...

Lucifer..
kalau betul, nak tahu juga scene seterusnya


ghost writer..
ramai pulak nak rompak tempat aku. aku taknak berlagak hero.


pemuzik jalanan..
kalau betul, aku nak tahu dan tengok apa terjadi. tapi mujur tak betul

AkuMuzikFilem berkata...

delarocha berkata...
tempat bro mesti ada kan? itulah, mujur, dan aku tertipu. tindakan aku dianggap annoying sebab tak jadui betul2, tapi kalau jadi betul, itulah paling benar



APAN..
mesti ada. tengok nature of business apan

"duit banyak, tapi duit orang dol". qoute delarocha



Raihana Izzati
funny younger girl. haha. kenyit mata i menumpaskan ramai gadis. hati-hati dengan siapa kamu kenyit mata=p

AkuMuzikFilem berkata...

sukasuki..
tak payahla kau ngada nak bayang. dorang replay banyak kali hanya untuk gelak.



gabanMorka berkata..
haha. aku takkan berlagak hero.



intan.maisarah..
sayalah itu. shame of me

AkuMuzikFilem berkata...

Khairul Antasha berkata..
biasa dah ke antasha?


Miscellaneous Smiles..
haha. ni lagi satu noty minta duit



Mutalib Attholib..
kalau yang betukl nak rasa situasi panik tu. tapi janganlah.

taknak mengorbankan diri melindungi benda yang dah dilindungi.

Dark Half berkata...

memang cuak kot kalau latihan jenis x bgtau awal2. baru rasa real ye dak? tumpang gelak skali

Jari Berbicara berkata...

Saat..!!! ahahahahahaha..!!!!! sgt kelakar ye...gelak beria ni hah... Btw, kirim salam peluk cium kat Noah.

~SaL IjOu~ berkata...

oh, menarik..tp dulu kije kat salah sebuah bank kat kl.. x penah pun nak buat mcm ni..fire drill pun x penah nak buat..sob*

AkuMuzikFilem berkata...

jari berbicara..

hahaha.
cek ptptn aku bilanya



~SaL IjOu~

pj city takkan nak wat robbery drill juga. hehe

muhamadsufian89 berkata...

alhamdulillah la ko selamat bro. jangan cuba berlagak hero tu memang betol. duit boleh cari kan. kalau nyawa tu hilang memang takleh nak cari balik la.


p/s: tq bro sudi komen kat blog aku. aku memang lelaki entri sekadar entri tak lebih daripada tu ye. #okbai.

catherine- berkata...

ghost writer berkata...
kau kerja bank rupanya...

pssst..bila aku plak boleh rompak bank ko..?

bisk, nk merompak ajak saya sekali okk!!!

>>.<<

PK berkata...

lu kerja bank lah ni?

tak pernah terasa pula latihan merompak rompak ni. kalau dapat rasa sekali, okay juga ni.

EZAN IDMA berkata...

hhhahahahahahah nak gelak kan lu gak

Nurul Afifah berkata...

wah. bank buat eh. wahh. serius terkejut. cetek gila ilmu hidup.