Klik jika berminat

Sabtu, 5 Februari 2011

Oh Elia Elisa'


Elia Elisa’ ?

Oh Elia Elisa’..

Seindah nama, pasti secantik wajah. Nama yang dah lama bermain di fikiran, terpahat di hati sekian lama. Kehadiranmu aku tunggu dengan sabar dan setia. Aku merinduimu biarpun tidak pernah ketemu. Ah, manis sekali perasaan ini walaupun perit.

Awak janji jangan nakal-nakal macam lagu Alif Satar pesan taw. Jangan lukakan hati saya kerana saya akan menumpahkan sepenuh kasih sayang saya buat awak. Saya janji walau macam mana pun, biar seribu bala yang menimpa, biar apa-apa yang terjadi, kasih sayang saya terhadap awak tetap takkan berubah.

Biar susah macam mana pun, biar miskin bagaimanapun, saya tetap akan menjaga awak, tetap  cuba membahagiakan awak. Satu yang saya pinta, jadilah yang terbaik demi saya.

Saya menanti awak,

Elia Elisa’ binti Mohd Sa’atarinur


P/s : Terilham dari blog haziq atau bagak

11 ulasan:

. berkata...

anda pun berhati kaca juga. haha.

AkuMuzikFilem berkata...

Hati ini bukan sebarang kaca, berkaca kena dengan keadaan.hehe

cik bunga berkata...

cweetnye... sy doakan perjalanan sentiasa dirahmati Allah..

Cik SHiNJU berkata...

Ngehehehe...gedik aok yak.. ;p
Yang nyanyi lagu nakal2 te bukan alif satar ke?

AkuMuzikFilem berkata...

cik bunga,
Doa2lah.amin=)

Cik SHiNJU,
Biasalah gedik, kita kan sama umur, sama umur ke? tahun arnab kan? hehe. Taklah, alif aziz pun ada juga nyanyi balik (cover malu sebab memang salah, aah2, nanti tukar.huhu.camne leh salah ni, biasalah koi pop2 malysia ni kureng sket)

Jari Berbicara berkata...

Wohooooooo....
Tak sabarnya nak dapat baby...
baby girl ke weh?? sedap namanya.

AkuMuzikFilem berkata...

Tak tahu lagilah cik k,huhu. tak scan 3d pun. terima apa yang tuhan kurnia. apa2 pun doa untuk kami ye

Tanpa Nama berkata...

Elia Elisa' ni memg sama mksd dengan Ilyas Ilyasa' ke?

AkuMuzikFilem berkata...

Siapalah anon kat atas ni ek? Ok la, untuk menjawab persoalan anda, saya tak dapat bagi jawapan mutlak. Dimudahkan cerita, saya ni suka baca kisah2 nabi, sebab dulu saya buta timeline atau kronologi kisah setiap nabi, berapa sela masa antara nabi2. Jadinya, saya banyak baca sejarah nabi2 dari pelbagai sumber. Maka, saya terjumpa buku kisah2 nabi yang sangat menarik, saya jumpa nama Elia Elisa' kat situ la. Itu mungkin sebutan umat nabi Ilyas dan Ilyasa' untuk mereka. Sebab, ingat, most of the prophet bukan berbangsa arab, bani Israel. Ilyas dan Ilyasa' diutus untuk bani Israel. Actually, Ilyas disebut Elijah biasanya. Cuma dalam buku tebal tu, tulis Elia. Dan aku suka, kedengaran melayu, Orang kita ada nama Lia, ada nama Lisa. Elia Elisa', nice kan? Ok, buku tu bertajuk 'Kisah 25 Nabi-nabi' (rasanya, tak ingat, lama dah) terbitan Jahabersa, tebal jugak. Nabi Ilyasa' ini anak angkat Nabi Ilyas, ada versi kata anak kandung, banyak sangat versi, sebab tu kena baca dari pelbagai sumber. Kalau salah, tolong tegur=_)

eza zularyeza berkata...

mmg ssh nk dpt jwpn sejarah yg sahih..makin bnyk kita baca mkin pening dibuatnya..tp hati2 sbb ada anasir2 jht yg gunakn cara tu utk pesongkn pegangan individu..*elijah=j disebut y =eliyah..tp lbh sng eja elia je..

AkuMuzikFilem berkata...

eza,

aah, biasa 'j' mereka disebut dengan bunyi 'y'.