Klik jika berminat

Khamis, 17 Februari 2011

Perasaan unik yang tak pernah dirasai

Perasaan yang tak pernah dirasai

Alhamdulillah. Akhirnya, Jam 11.10 pagi, bertarikh 11022011, Jumaat, anak sulung aku dilahirkan. Terasa macam cantik je tarikh tu, kan? Pandai juga isteri aku timing hari baik, tarikh cantik macam tu. Dah lama aku tak update blog ni, di kalangan rakan blogger ada tertanya. Maaf hilang sekejap sebab terkejar-kejar sepanjang minggu kelahiran anak pertama aku. Terima kasih pada Khairul Hisyam kerana tercari-cari saya sepanjang senyap blog ini (yeke? takut perasan je). Hehe. Bukan dalam mood untuk menulis lagi, sedikit lambat untuk momentum. Bagi rakan blogger yang kenal aku bukan sebagai blogger sebelum ini, memang tahu sikit perjalanan hidup aku dan kisah kahwin awal aku, sehinggalah aku dapat anak sekarang ni. Aduh macam tak percaya pulak dah ada anak. Perasaan yang tak pernah aku rasa. Memang best dapat baby. Lain sangat 
perasaan tu untuk manusia macam aku ni. Bila tengok budak tu cam tak caya yang baby tu anak aku. Gambar bawah ni adik aku edit, serius ni, takkan aku pulak yang wat bling-bling dengan tulisan ala budak tingkatan empat. Oh 'The First'. Sesuai sangatlah. Anak sulung aku dan isteri aku. Cucu pertama mak ayah dan mertua aku. Cicit pertama untuk empat-empat datuk dan nenek isteri aku.

Isnin, 7 Februari 2011

Dilema meletakkan nama anak - Bolehkah menggunakan nama Aaron berbanding Harun?


Google Images

Entri ini agak berkait rapat dengan aku, bulan ini saja. Dah lama aku simpan tulisan ini, sedari aku belum ber’blogging’ lagi. Tunggu masa untuk publish. Aku tulis masa aku bagi komen kat blog carlsamsudin.  Aku kira kena dengan masanya, di samping sebagai menyahut kempen menulis artikel Islamik oleh Anak Pahang Blogger. Sambil menyelam minum air.

Sabtu, 5 Februari 2011

TV berhantu...


Ihsan Google

TV berhantu...

Kisah ini benar-benar berlaku pada malam tahun baru cina baru ni. Malam itu, sekitar jam 9.00, aku keluar jumpa customer, dan lepak dengan kawan sekolah dahulu. Sebelum itu, aku dah khabarkan kepada isteriku (Oh dah kahwin rupanya aku ni), yang aku nak jumpa customer. Malam itu juga, aku menanti kawan seijazah aku dari Kota Bharu mahu balik ke Kuala Lumpur. Malam itu aku lepak restoran TMK yang kononnya kedai mamak tersedap di Bentong. Sudah jam 11.30 malam, kawan aku dari Kelantan sampai bersama Honda City yang baru dibeli 4 hari (Cet, kenapa tak ambil Inspira dengan aku), bersama juga dengan gadisnya. Lepak jap, dorang pun kata nak tengok isteri aku camne sekarang, nak tengok perut orang 8 bulan camne (Oh bakal ayah dah aku rupanya). Serentak itu, aku dapat mesej dari isteriku kata ada sesuatu tak kena dalam rumah. Minta aku balik cepat, dia tengah takut. Aku tanya kenapa, dia juz tulis, “takut, balik cepat, plez”. 

Oh Elia Elisa'


Elia Elisa’ ?

Oh Elia Elisa’..

Seindah nama, pasti secantik wajah. Nama yang dah lama bermain di fikiran, terpahat di hati sekian lama. Kehadiranmu aku tunggu dengan sabar dan setia. Aku merinduimu biarpun tidak pernah ketemu. Ah, manis sekali perasaan ini walaupun perit.