Baru selesai menonton Inception. Kepuasan yang berbaloi dengan penantian sumber download yang berkualiti. Bukan tak mahu menonton wayang atau beli DVD, tapi memang di Kota Bharu mahu pun Bentong tiada panggung wayang. Secara global pun, sumber DVD baru keluar. Satu keanehan dalam torrent, lambat amat sumber DVD rip muncul, Blu-Ray rip apatah lagi. Tak tahulah kenapa, malas nak cari sebab kenapa, mungkin sebab meletup sangat kot di sana, maka tak keluarkan DVD awal2 (agak je). Nak tunggu BRrip, dah tak sanggup tunggu lama2. Malu nak cakap baru je tonton sedangkan lama diperkatakan. Masih lagi terbayang keindahan plot Memento (2000), dihidangkan pula dengan Inception, teringat pula Dark Knights (2008), tiada apa boleh dikatakan, Nolan memang genius.