Klik jika berminat

Sabtu, 19 Mac 2011

Aku anti blog plagiat !



Diperoleh dari sini melalui Google Images

Aku ada jumpa satu blog yang disyaki plagiat dari usaha aku. Entri carian chord aku. Chord Gitar Tiada Kata Secantik Bahasa dari monoloque. Aku gunakan perkataan ‘disyaki’ dahulu kerana taknak membabi buta menuduh. Walau begitu, aku ada sebab kenapa aku SYAK carian chord aku itu dicopy tanpa beri kredit kepada aku.


1.     Waktu mula-mula aku publish entri chord tu, aku dah cek kat google takde lagi chord tu orang publish. Sebab niat aku nak cari dan publish chord lagu yang takde dalam internet lagi. Entri aku tu bertarikh 19 Jan 2011. Refer sini. Entri blog yang disyaki plagiat itu bertarikh 30 Jan 2011. Refer sini. Mungkin ini tak cukup kuat lagi untuk jatuhkan hukum.
2.      Dia punya susunan abjad kord tu, kord tu sendiri dah sebijik. Tapi aku kira ini masih belum cukup kuat untuk menuduh. So, aku syak baru. Yela, kalau dah lagu yang sama, mesti chord sama. Okey. (tapi masih tertakluk kepada terma dan syarat)
3.      Blog tu kata, melalui komen, “chord lagu tiada kata secantik bahasa ini dijumpai disebuah majalah dan dikongsikan bersama.”. Sampai sekarang dia tak jawab dari majalah apa. Okey, di sini, sama ada dia plagiat atau tak dari aku, dia tetap buat salah sebab dia tak bagi kredit kepada majalah tersebut.
4.      Best of the best. Ini reason paling kuat aku untuk syak blog tu. Aku tak boleh langsung nak bagi komen kat blog tu guna nama AkuMuzikFilem dan link entri aku yang diplagiat. Sampai aku give up. Dengan jasa baik khrlhsym, aku guna link dan nama pena maya lama beliau. Terima kasih encik akta Janganlah risau, aku takkan komen membabi buta, aku ini rasional dan berfikir dulu orangnya. Aku cuma nak tulis elok-elok saja. Macam ni. "salam.bro cari sendiri ke? kalau bukan, ada bagi kredit kat blog asal? sekadar bertanya.". Serius aku memang panas, tapi aku cuba untuk rasional dan beradab, aku taknak membabi buta marah, taknak tuduh takde pasal. Sebab tu aku gunakan term ‘mengesyaki’. Tak percaya, cuba korang komen guna link blog aku, dari entri aku yang disyaki diplagiat tu, dengan nama AkuMuzikFilem, boleh ke tak? Pastu, cuba korang komen guna link korang sendiri. Tak tahulah kalau benda tu jadi atas ketidakcelikan aku bab komputer. Tapi serius memang aku dah try banyak kali .

Dapat dari sini melalui Google Images

Serius. Ini bukan entri menuduh. Ini entri mengesyaki. Mengesyaki bermakna kau tak disabitkan bersalah lagi. Bermakna aku tak tuduh kau plagiat lagi.  Mungkin benar kau plagiat, mungkin tidak. So kalau datang nak emo kat sini, minta maaflah, aku takde tuduh kau plagiat pun lagi, baru syak. Buktikan kau layak untuk tidak disyaki dulu, baru aku delete entri ini. (bukan buktikan kau tidak bersalah, sebab aku bukan tuduh kau, kau disyaki baru).  Kalau betul kau tak bersalah, aku tanpa rasa segan akan minta maaf walaupun aku tak tuduh pun lagi, baru syak.

Aku tahu, chord lagu hak umum, semestinya untuk dikongsi bersama. Tapi tolonglah sekelumit penghargaan untuk orang yang tak tidur malam semata-mata nak cari chord ni, sifat itu sangatlah dipuji. Serius, lagu Allahyarham P.Ramlee ni bukan senang nak cari. Pula itu, digubah kembali oleh monoloque, chord yang kita rasa betul pun, ada lagi chord yang seakan-akan nak masuk. Yang itulah cabaran sebenar, nak cari pure chord tu. Setakat general chord, suku jam setel dah. 

Ada keanehan tentang claim ‘yang disyaki’ tentang ambil dari majalah. Biasanya kalau yang dari majalah ni, chord rasmi dari artis tu sendiri ke? Wah kalau rasmi dari artis tu sendiri, memang hebatlah aku boleh cari sebijik cam artis tu punya. Haha. Tapi, aku jamin chord aku takkan sama dengan monoloque sebab aku dah tengok youtube camne chord monoloque, ada beza sikit. Aku punya fully depend on bass. Chord monoloque takkan semudah chord aku. Okey, kalau yang dari majalah tu bukan rasmi dari monoloque, mungkin dari jurnalis majalah itu sendiri yang cari chord. Wonder la juga camne pemikiran kami boleh sama. Come on la, ini bukan lagu semudah lagu Akim yang mempunyai universal chord yang boleh diulang-ulang pakai. Ini chord lagu dari genius muzik. Aku tak jamin setiap orang sekepala untuk chord lagu sebegini. Lagu semudah ‘Kalau Berpacaran’ pun aku tengok banyak variasi chord dari pelbagai sumber internet. Mungkin jurnalis tu copy aku punya? Okey, dengan tanpa segan aku andaikan yang majalah tu copy dari aku punya blog, andaikan saja. Di situ sudah ada percanggahan timeline. Aku publish pertama kali pada 9 Jan 2011, seawal-awal untuk majalah itu publish majalah dorang, patut bulan Februarilah kan? Tapi, entri ‘yang disyaki’ itu bertarikh 30 Jan 2011. Okey-okey, cukup, senang cerita aku cuma nak tahu majalah apakah itu?? Edisi bila?? Page berapa?? Kau boleh jawab tak?? Aku terasa-rasa yang majalah itu majalah khayalan.

wildensyah.blogspot.com

Mana-mana rakan blogger yang baik hati tu, tanya-tanyalah sikit kat ruangan komen tu. Kalian cuba nilai sendiri. Saya sendiri tak dapat nak komen kat blog ‘yang disyaki’, terpaksa pinjam link orang.
 
#Aku yang mengesyaki.

21 ulasan:

admin berkata...

terasa pula aku...
dh la entri aku byk ambik kat forum..
tp bg kredit balik la kat forum tue..
hehehehehe..
ttg kes ko nie,hemmmmmmmm..
x tahu nk kata apa..
just tanya elok2 jer la..
itu jer mampu aku ckp..

Imran nyambek berkata...

ak paham perasaan ko.cari chord bukan senang beb...ak pernah gak wat dulu.aarrggh tensen.ape2pun lu tunggu jelah die reply cmne nanti.tapi gua rase die takkan reply...

si para para berkata...

kalau tak silap kod tu keluar kat buku rottw..

hmm kalau copy n paste ni memang tak bagus la..memang betul time belajar dulu aku pun pernah buat. tapi tak la copy bulat bulat.kena la edit edit.opsss aku bukan sokong copy n paste..

betul la..nak kongsi..tapi kena la tahu cara..sebagai rujukan tu tak pe la...buat olahan sendiri...

last...jangan buat orang lain marah.

:)

James Dean berkata...

Lah!! ANTI PLAGIAT!! Nak copy bg credit, susah apa?

Sang Gabriel berkata...

loque nye lagu biase gune kord luar dari biase. berkeley music kot...haha

ko dh try tgk plagiat kat
http://www.copyscape.com/

aku xterer sgt web, computer ni
sekadar membantu

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali berkata...

ak cube paham...n da paham pon..hehe..

btw, ak suka ayat ni...Janganlah risau, aku takkan komen membabi buta, aku ini rasional dan berfikir dulu orangnya...soalan sy, yeke??? hehe..

xla, gurau je babe! jgn mara na..

ye2, kredit untuk tanda meghargai..tak g2,kredit tok diri saya..

skandaLdariLangit berkata...

bacalah balik pasal entry copy paste kt blog lama. hik3

tapi benda ni memang la menimbulkan kemarahan. buat entry tu bukan snang nak garu kepala pikir ayat pikir isi ni pakai ngap je.

same la ngn chord tu apetah lagi.

eh. terer men gtar ni. hik3 :P

AkuMuzikFilem berkata...

SK

Tak perlu terasa. copy la sepuas-puasnya asalkan bagi kredit. penulis asal lagi suka karya dia tersebar. saya pun suka tak minta izin pun takpe, janji bagi kredit, kita buat pun memang untuk berkongsi. yang jadi masalahnya, bila tak bagi kredit kepada pembuat asal.


imran nyambek

wah, bagus tul empathy kau ni. lucah2 pun, berperasan juga member kita ni. haha. thanx. aku pun rasa cam tu. tiap jam aku buka blog tu tunggu jawapan.


si para-para

oh. nak tahu edisi bila? saya taknak wat orang lain marah. saya nak jawapan je. tak tahu lagi betul ke tak


james dean

tu la pasal. kalau betul plagiat.

AkuMuzikFilem berkata...

gabanMorka

i think its not about berkeley. its all about loque himself. hehe. tapi betul la, pas balik ngaji sana, preferences muzik dia sedikit berubah, masih kekal dengan akar lama, loque tetap loque, cuma lebih kepada eksperimentasi. gerakan muzik gerila.


Siti Nur Fatimah Mohamad Ali

bagus dah faham. tak marah pun. tak profesional kalau kita main tabur je tulis. aah memang tanya elok2 je, tapi tak dapat lagi jawapan. huhu


ska

dah baca pun. takdela terer sangat, cuma dikurnia sedikit bakat kepekaan. skil teknikal masih jauh lagi. huhu. dah dapat dah lagu yuna random awesome. nanti main untuk kamu. nak? hehe.

APAN berkata...

taiko gitar rupenye...kalo dekat boleh dah nak soh ko ajar...
lme x main gitar ma...
haha...

aku de try gune link blog ko...mmg x bole komen...
aku pun x bpe phm ngan mende2 ni gak...
tpi aku da komen dah...
aku soh die bace entri ko ni trus...
sng sket...
kalo nak gi maki hamun bitau ar...
kite kumpul kerabat2...
haha...

si para para berkata...

err kalau tak silap edisi 165..hehe

maksud aku orang tu..yang copy tu..jangan buat orang lain marah..kan tak elok..
ambik atas usaha orang lain..

tak pe la..sabar eh.. kata orang tiap yang baik ada balas..yang buruk pun ada jugak..

last, aku sokong blog ni..
aku anti blog plagiat!!

Sang Gabriel berkata...

sebab otak loque dh wired bg aku, die dh matang

baca entri aku ni
http://gabanmorka.blogspot.com/2011/03/mellowed-ego.html

nak lebih baca latestnye ROTTW, cover monoloque

haha

ghost berkata...

betul soal copas nih betul2 buat kita makan hati.aku pernah terasa macam tuh bilamana banyak puisi aku yang terbit di metro atau majalah lain dimasukkan ke dalam blog individu tertentu tanpa kredit.tapi jenis aku takper lar,sebab aku masih ada salinan asal,so esok2 kalau dia claim yg itu dia punya..baru lar aku 'balun' sama.

jap nanti nak masuk link dia.(encik akta tuh kan...?)

AkuMuzikFilem berkata...

apan

tak taiko pun apan. masih belajar lagi untuk naik satu level dalam pengajian gitar. haha. baguslah kau tak main tabur je dulu, aku pun tak tuduh terus, syak je baru, takut silap.


si para-para

thanx sebab sokong. thanx juga time aku rasa cam takde sapot moral tentang ni, kau si para-para kesayangan antara yang pertama. nanti aku masuk vid tiada kata secantik bahasa untuk kau sebab kau kata nak belaja kan. hehe


gabanMorka

dah baca. hehe. thanx juga untuk kau gaban sebab inform aku tentang persamaan tu di kala aku meraban cari mag tu. aku pegang kata kau jela ni.


ghost writer

kau pun ghost, antara pertama juga. thanx. tercari-cari mr. karl, lama menghilang, tahu mana? tak cukup sekadar ada salinan, orang senang nak counter balik, bukan bukti solid. kau kena paten/daftar ke karya kau ke. ada akta hak cipta kan benda ni. tak pun, leh daftar kat internet, ada web dia, ke apa, lebih kurang gitula, tak ingat nama apa, ni kira macam security sementara la. cam aku ni takyah la, kord lagu memang hak umum, bukan lagu aku pun. hahaha

AkuMuzikFilem berkata...

apan

thanx apan sebab mewakili aku untuk komen. kau pun antara terawal di kala aku rasa tiada teman

. berkata...

rottw atau majalah konsert, tu dulu ada isu rasanya, masa tu tahun 2004~2006 macamtu, dia copy satu blog otai rock malaya punya entri, blog tu kira otai giler, dia dapat kumpul semua band-band rock melayu dulu-dulu punya info, banyak info. pastu majalah ni copy paste. brader tu bengang dan tutup blog tu terus. ni copy info bukan satu bai, hampir semua sekali.

catherine- berkata...

awak, thankx sudi jenguk belog saya

:)

APAN berkata...

ayat pujangga mne ko pinjam ni bro? haha...no hal la...huhu...

adwafarahin berkata...

copy bole tp kasi kredit la kat blog mane2 yg dicopy tu

Tanpa Nama berkata...

bro, key yg loque nyanyi lain ek ngan key p.ramlee nyanyi?? aku respect sape leh cari key lagu2 p.ramle nie..susah kot nk cari key lagu2 dia..no wender he's lagend..

Semut..

D'ya Marshmello berkata...

tak suka org copy membabi buta jer, kalau nak copy pun biarlah credit! love this entry :P

jom singgah:-

LATEST ENTRY : Meet Lisa Surihani (Ombak Rindu) at TGV Wangsa Walk