Klik jika berminat

Ahad, 6 Mac 2011

Jalan Kelam (2007)

Eli ?
Sudah lama review telefilem ini dalam draf aku. Tahun lepas lagi. Bukan mudah bagi aku untuk tertarik dengan drama Melayu. Tapi telefilem Jalan Kelam berjaya buatkan aku melekat di sofa rumah aku yang padahal sebelum itu aku pergi ke dapur untuk minum air. Sutradara oleh Along Kamaruddin. Aku ingat pengarah ni, berlakon drama thriller seram, ‘Radio’ waktu aku kecik-kecik dulu. Serius cerita radio tu memang aku suka, takut je rasa, kira paling best la masa tu. Benchmark aku sebagai budak masa tu kot, sekarang tengok mungkin rasa tah pape.

Okay, Jalan Kelam diceritakan dari tiga perspektif. 1. Dua sekawan bapok. 2. Pasangan baru kahwin. 3. Pasangan lama suami isteri berbangsa cina. Okay pasangan baru kahwin Basri dan Narimah. Mula-mula okay je, tapi Basri setelah terjebak dengan dunia gigolo oleh kawan 1 gim. Datin cina lakonan Louisa Chong antara mangsa dan memang feeling gila dengan Basri. Mulut manis padu punyala kira ni. Basri mula tak lekat rumah, tapi sangatlah pandai mulut manis hingga Ima pun tak sedar kegiatan hitam Basri. Dan.. bukan setakat gigolo, make a love pula dengan bapok nama Eli. Oh, biseksual rupanya. Sebagai penyeri cerita, Eli ada kawan nama Ziana ( konfem bapok juga). Ziana ni kira pendengar terbaik bagi Eli apa-apa masalah semua cerita kepada Ziana. Ziana ni aku kira sebagai matang sebab dia nasihatkan Eli jangan berlebih jadi bapok sampai nak bedah-bedah, demi cinta pada Basir. Memang percaya gila-gila yang Basir ni betul-betul cintakan dia. Kelakar betul waktu tengok dorang lafaz cinta sesama sendiri, Basri pujuk Eli merajuklah apa. Bayang sendirilah laki dengan laki.  

Ending? Pengakhiran yang mudah tapi sangat dramatik. Semua kena AIDS. Datin cina pesan kat anak-anak, “mama nak pergi jauh, mungkin tak pulang”. Oh mati bunuh diri sambung paip ekzos dalam kereta. Ima balik kampung merana kena azab HIV, muka sopak-sopak kena virus, minta ampun dari mak ayah sebab kahwin tak restu. Eli? Sempat pesan kepada Ziana, "nanti aku mati kau hantar jenazah aku ke kampung tau, tanam aku sebelah kubur atuk aku, dan bubuh nama Razali". Oh Eli singkatan Razali rupanya. Tapi tak mati, tunjuk masuk wad gila, sambil sebut nama Basri. Bak doktor gila tu kata, “dia ni tak kenal orang dah”. Scene ni agak kelakar jugalah walaupun menginsafkan. Si lahanat Basri ni punyalah ego taknak mengaku bukan dia pembawa AIDS. Boleh pula dia tuduh isteri dia dan datin cina tu buat seks dengan orang lain. Ima tu, digambarkan dalam cerita tu punyalah suci dan taat. Lakonan Sherry Merlis, bayang sendirilah lakonan wanita ‘super innocent’ dia bagaimana. Datin yang cinta gila kat Basri tu pula dituduh ada ‘anak ikan’ yang lain. 
 
Okay, kenapa aku puji telefilem ni? Dialog-dialog yang dilontar juga agak natural dan rapat dengan realiti sebenar, bukanlah ayat-ayat stereotaip drama tempatan kebiasaan. Nak-nak dialog antara maknyah, serius tak plastik langsung dengar dan lakonan dorang memang berkesan. Memang bakat semulajadi maknyah kan? Aku suka cara watak-watak dalam ni dipertemukan. Babak Ima pergi kedai handphone tempat Ziana kerja (malam menjual, siang kerja halal rupanya), Ziana tengok handphone Ima, ada gambar Basri, Ziana tegur, “Muka suami akak macam Zach X-factor la”. Serius aku geli hati, Basri tu memang Zachery berlakon pun. Jadi, balik kerja apalagi, beritahu Eli Basri dah ada isteri, dan hasilnya, memang Eli tak percaya, dia anggap Basri sangat jujur dalam percintaan (Haha). Basri ni di pejabat memang ramai yang pelik camne dia boleh hidup mewah, walhal datang pejabat pun lewat, kadang lunch tu sampai petang baru balik. Bos dia cina, dan memang bising la kat Basri, rupanya bos dia ni Dato’ kaya suami kepada Datin cina, sugarmummy Basri. Aku suka, cerita ini straight, telus dan jujur. Aku rasa memang ini pun yang berlaku sekarang kan? Seorang isteri yang gersang sebab suami sibuk cari harta. Pergolakan jiwa maknyah. Kegilaan lelaki yang ada jalan halal, memilih jalan kelam, sebab duit dan nafsu. Ketaatan seorang isteri yang sebenarnya dicurangi. Peh skema ayat. Tapi inilah point dia.
 
Lakonan Zach boleh dipuji walaupun mimik muka agak bersungguh, ada cubaan meniru stail intonasi Jalaluddin Hasan, lakonan dia memang berkesan sebab aku benci gile tengok dia dalam telefilem tu, rasa nak belasah je kalau depan mata aku, yalah mentang-mentang aku kuat dan masuk gim. Aku pernah dengar yang pondan ramai jadi gila dan nak bunuh diri lepas bedah. Agaknya itu yang jadi kat Eli kot. Akhir sekali, aku paling tersentuh tengok watak Ziana berpelikat, bersongkok dan berbaju melayu lengkap semasa sembahyang. Penuh simbolik walaupun agak lucu juga.

Klik sini untuk download (jika aktif lagi)


35 ulasan:

Raden berkata...

kenape ko letak gambo nie..mngganggu kosentrasi aku bace entry ko oke

nway..cite ape ini? zaman bile weh?

AkuMuzikFilem berkata...

haha nakal la kau, menggangu kosentrasi konon, pe yang ganggu, yang bergayut tu ke? hahaha. ni cite tahun 2007. cite sempena kempen kesedaran seks bebas dan HIV. lama dah. tapi aku baru tyengok bulan11 tahun lepas. cuma baru nak tulis sekarang. ada kat astro ulang2. yang aku tengok pun tayangan tengah malam. kalau nasib baik, dapat tengok la. tak pun download jela. ada. cari mesti jumpa link download tu

Unknown berkata...

gmbr tu mmg x boleh blah! hahaha aku pnh tgk cye ni boleh thn jgk pengajaran jgk la cte pasal hubungan songsang

. berkata...

kene layan cerita ni nanti. hehe

ghost berkata...

bila menyentuh soal telefilem nih yang aku agak lemah sikit bila part visual dan kualiti audionya..tapi mungkin pengajaran yang dibagi tuh straight dan mudah utk difahami jalan citernya..agak bagus juga di situ.

sama macam citer Jalang,dikatakan filem tapi lebih kepada telefilem..aku masih cuba timbulkan minat untuk layan telefilem melayu.selalu gagal dan merungut.

James Dean berkata...

Kenapa entri picture cmtu?? Err..

AkuMuzikFilem berkata...

nick irfan
dah tengok tahulah camne lakonan bapok. part tu aku paling puji. tingat setiap fasa tempat belajar aku, mesti jumpa golongan2 ni.

khrlhsym

kena tengok. aku suka lakonan bapok tu. kelakar tapi menyentuh

ghost writer

aku seperti kau, bukan peminat drama melayu, malah penjelik drama melayu kita ni. memang bab kualiti audio visual aku takleh consider. drama atau filem melayu bukan dalam list aku. kau masih mencuba untuk memupuk minat, tapi aku memang tak pernah cuba. telefilem ni betul2 satu kebetulan, dan aku boleh bagi pujian atas plot dan skripnya.

AkuMuzikFilem berkata...

james dean

oh sesuai la dengan watak transgender dalam drama ni.hehe

wahida berkata...

aku musykil ngan gambar tu...hahaha!!

salam, thanks drop by my blog, awat x follow sekali? x pe, biar saya yg follow dulu, saya tunggu tau!!

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali berkata...

gambar xle bla...btol2...mganggu konsentrasi ja...

axuerha berkata...

semua readers blog ni diganggu oleh imej tersebut..haha..

Cik SHiNJU berkata...

Terkedu koi tgk gambo ter..
Koi x bape suka citer2 maknyah nih..
xtau nape..mcm geli sket..

skandaLdariLangit berkata...

apsal gambau tu macam takda kena mengena je? haha

bdw. ska pun bukan peminat filem melayu. but certains mmg ok kot. kot~ cm adnan sempit tu so sori ska tak tahu mana datang orang kata best nya best nya.

this one. okay. if u like it, maybe ill like it too~

Unknown berkata...

kdg2 aku meluat golongan ni kdg2 kesian pun ada...

Ms.ze berkata...

ape motif gamba tu?

AkuMuzikFilem berkata...

adeh yang tanya gambar ni tak baca habis ke n3 ni? huhu. gambar tu ada kaitan dengan watak dalam cerita ni. yup nick. aku pun benci. tapi kadang2 best bergaul dan selami perasaan dorang

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali berkata...

memag ade kaitan bro..tp mgagu aja konsentrasi nya..malu sy sbg perempuan okee! agaga..

waaaaaa

si para para berkata...

endingnya...so sad..tapi macam tu la tiap tiap perkara buruk yang kita buat. pasti akan dapat balasan buruk.

mungkin moralnya sampai..


err kurang sikit tengok cerita... tu yang tersasul nak komen tu.hehe

Unknown berkata...

kretip gaban gambor tu..ehhe

AkuMuzikFilem berkata...

siti fatimah nama diberi

ok faham. saya anggap rakan2 blogger semua dewasa dan open minded. saya minta maaf gambar kontroversi itu. tapi saya tak berpatah balik. hehe


male fairy

sokong dengan pandangan bro. moralnya sampai. yeah. tapi aku tak pandang moral dalam cerita tu, aku suka lakonan bapok dan plot cerita tu. moral? benda tu sendiri leh fikir baik buruk ke tak


jiji yu

wah terharu, ada juga komen tidak blame aku tentang gambar tu. hehe

skandaLdariLangit berkata...

LOL. ketawa guling2 baca komen semua. disamping senyum2 simpul2 kagum2 sengih2 semua ada. huhu

alah setakat gambar mata. mana boleh kata cantik. isk3

link lama? nanti lah. lusa. tahun depan ke. hue hue

AkuMuzikFilem berkata...

ska

haha. nakal. takpe, tak perlu, already found=p.

boleh. bagi saya serpihan pun, saya dapat gambarkan keseluruhan.

skandaLdariLangit berkata...

serius? sudah jumpa??

AkuMuzikFilem berkata...

yup serius. serius lawa. eh

skandaLdariLangit berkata...

haha. sengal. mana jumpa? serius jumpa blog lama? adeh

skandaLdariLangit berkata...

*masih tak percaya*

AkuMuzikFilem berkata...

percaya atau tak, terpulang. yang penting kau bukan gemuk pendek. berwajah melayu lembut. memang taste aku

skandaLdariLangit berkata...

ewah. smpat mmg taste tu pulak. haihh.

bacalah kata, usah baca wajah~

bdw, tak pelik jika terbongkar. cuma selesa begini. rakan2 tahu. yg baru biasanya kurang ambil tahu~

APAN berkata...

awek dlm gambo tu ade ekor la...
haha...

AkuMuzikFilem berkata...

ska

ops, memang baca kata. wajah itu sekadar menyatakan saja itu taste saya. jangan salah sangka. kenal dan terpesona tulisan kamu dahulu baru tahu wajah. dan aku masih tak terbongkar. hehehe

AkuMuzikFilem berkata...

apan

haha steady bro apan ni

skandaLdariLangit berkata...

haha. tak apa. kalau betul tak mahu terbngkar dari awl boleh simpan.

kalau tak mana mungkin kwn2 rapat tkejut bila ska reveal siapa.

semua xsgka~

tahu ini pn lepas ghost writer buat entri psl blog skndal.

awal2 kmunculannya~ dan awal2 ska reveal~

AkuMuzikFilem berkata...

ska

tul2 takleh cakap kat sini. 10 bulan lagi ok?

Raden berkata...

mne entry terbaru??

penglipur berkata...

ape benda yg bergayut tu..haha..daya penarik suh bace entry nih..=)