Klik jika berminat

Ahad, 30 Januari 2011

Chord gitar Curiga - Statik


Kugiran Statik - Ihsan blog haziq atau bagak melalui Google Images

Betul sangkaan aku, ini lagunya dari kugiran Statik. Acap main di radio X-fm, tapi lama juga baru tahu lagu siapa. Sebab stail X-fm tak beritahu pun siapa artis, tahu-tahu lagu dah main. Masa lagu baru keluar, announce la juga siapa penyanyinya (selalunya terlepas). Mula-mula tak endah sangat, tapi sebab lagu ni catchy dan kedengaran familiar, aku amati, suara persis vokalis Statik, Haziq@Bagak Statik. Buka Youtube, yeah right! Inilah lagu pertama dari Statik yang sekali dengar terus menangkap telinga aku. Maaf, jujur aku cakap sebelum ni aku pernah fuck Statik sekejap masa single 'Nikmat Sementara' keluar, wtf, terang-terang ciplakan lagu 'Can't Smile Without You' dari Barry Manilow. Yang mana sebelum tu L'Arc-en-Ciel melalui lagu 'I Wish'. Cuma L'Arc-en-Ciel kadar ciplakan yang kurang sedikit banding Statik. Aku boleh terima teknik ‘chord recycle’ dari lagu-lagu hits atau dari band-band perintis sebelumnya, seperti yang biasa The Times buat lagu, janji ada originaliti dan kedengaran baru. Takpelah, itu cerita dulu. Aku terus berubah terhadap Statik lepas tengok ada seorang mamat buat video cover lagu Nikmat Sementara Statik, yang aku ingat cover, rupanya Haziq sendiri, terus aku terpesona dengan Haziq. Sangat berbakat. Cuma tambahkan originaliti lagi. Dan semestinya lagu ‘Curiga’ ini tak lari dari lagu yang seakan-akan pernah dengar sebelum ini, ya, tidaklah sama, tapi chord flow dia seakan-akan dari ‘Creep’ Radiohead. Tapi kali ini dengan originaliti Statik, takkan perasan ‘Creep’ bagi yang kurang perasan. Lagu yang fast dan menangkap telinga aku. Yeah.

p/s : bagi siapa-siapa yang tak tahu, Haziq ni adik kepada salah seorang line-up band The Official, Magoo. Sumber : komen-komen di Youtube

Khamis, 13 Januari 2011

Ana Raffali menang, saya okay!

Dipetik dari laman Facebook cik Ana

Aku kira ini entri yang pendek. Lewat dari kehangatannya, biarlah, bagi aku, menyatakan kebenaran tiada tarikh luput. Tak banyak nak dikatakan kali ini, tak terfikir pun untuk menulis tentang ini. Cuma terasa ‘bertanggungjawab’ untuk menulis, nak-nak terbaca Utusan hari ini, ada tajuk “Ana Raffali terkilan kemenangannya di AJL25 dipertikai”.  Ana Raffali menang. ok ape? M. Nasir kot juri, ingat dia buta seni ke. Takkan nak bagi budak AF plak, lagi haru.haha. Faizal Tahir? Its not Faizal Tahir, its his song composer. Ini juara LAGU. So komposer la menang, dan dia deserve untuk persembahan terbaik kan. Lagi satu, sesuatu lagu bukan diukur atas populariti, tapi kualitinya, ini bukan anugerah lagu popular kan? Tapi aku lagi prefer lagu Pelita dari A.P.I (Angkatan Pemuzik Indie kot?) untuk AJL kali ni. Takpelah, mana-mana sama je, ini tanda kebangkitan pemuzik bebas yang buat lagu sendiri, takde komposer pun boleh hidup, better dari bagi budak AF menang kan, buat lagu pun tak pandai (kecuali Aizat), takde orang buat lagu, hidup segan, mati pun tak mahu. Akhir sekali, aku tulis ni bukan sebab dia kakak member aku (satu batch dulu), si Ana pun tak kenal aku siapa. Hehe. Tapi memang fakta kenapa kemenangan dia tak wajar dipertikai.

Ahad, 9 Januari 2011

Chord gitar Tiada Kata Secantik Bahasa – monoloQue (Indiepretasi P. Ramlee)

Allahyarham P. Ramlee

Loque Butterfingers a.k.a monoloque


Jujur cakap, payah gila cari chord lagu ni. Sangat mencabar. Stail muzik P. Ramlee. Semua chord kemungkinan berbunyi seakan-akan. Ditambah pula dengan perasa monoloQue. Memang masterpiece la lagu ni. Cabaran yang lebih kurang dengan lagu Getaran Jiwa, running chord berganti-ganti, terpaksa abaikan. Peh. Cuma Getaran Jiwa familiar dengar, banding yang ni, baru dengar dengan beria sebab monoloQue buat cover tribute untuk Projek P. Ramlee… Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi. Tidak menafikan kehebatan versi kugiran lain untuk projek ini, tapi bagi aku versi monoloque adalah cover terbaik. Keaslian dia macam tak terjejas sangat, jiwa lagu itu masih lekat lagi. Masih beralun Melayu dan asli. Malah jujur kata, tanpa menafikan kehebatan yang asli, aku lagi suka versi monoloque ini. Lebih berperisa dan berirama dengan bunyi gitar 'kotor'. Yeah!

Chord gitar Kekanda Adinda - monoloQue ft. Atilia


Entri pertama untuk tahun 2011, ialah lirik dan chord lagu 2010. Ketinggalan juga aku ni. Takpelah, aku saja cari chord gitar dalam internet (bosan lama tak main gitar, asyik ngadap movie je, dan buat sales), takde satu pun kena dengan telinga aku, maka aku pun bercadang cari sendiri. Kurang-kurang dapat satu entri untuk blog aku ni. Dan sememangnya antara objektif utama ‘penubuhan’ blog ni. Kekanda Adinda, monoloQue ft. Atilia. Lagu ni memang menangkap betul lirik dia, ada jalan cerita dan sinis bunyinya. Seperti biasa dari Loque. Gadis-gadis yang tak pernah kenal siapa Loque (genius muzik dari kugiran Butterfingers) ini pun kalut meletakkan video dalam Facebook masing-masing. Haha inilah penangan monoloQue.