Klik jika berminat

Rabu, 10 November 2010

Debut Tanpa Pengenalan


Salam sebagai pembuka bicara. Debut tanpa pengenalan, permulaan tanpa salam. Tak sedar pula setelah empat entri, masih tiada pengenalan dari penulis. Segan pula rasanya. Mendadak pula kemunculan blog ini tanpa muqadimah. Entri pertama dimulakan tanpa salam dan muqadimah, dan secara radikal aku membuat entri. Mungkin pertanyaan acap seorang teman blogger  penulis ‘The Owner of Lonely Heart’ tentang mananya blog penulis buatkan aku menulis secara mendadak (ini bukan blame statement, mungkin penghargaan). Sudah berkira-kira sedikit waktu kebelakang sebelum ini untuk mulakan blog, tetapi kekangan masa (kekangan ciptaan) buatkan debut agak lewat. Dan satu ketika juga, timbul kehilangan mood/semangat untuk menulis blog yang padahal sebelumnya agak boleh tahan berkobar-kobar. Perasaan ini timbul mungkin akibat rasa rendah diri (yang tak berlebihan) semasa lawatan ke blog terkenal blogger2 otai seperti The Owner of Lonely Heart, Irama Kebenaran, Hikayat Kisah Resah Gelisah, Hati Mula Merasa, Bila mulut Diam, Bila Jari Berbicara (nama yang something camnila), dan lain-lain.

Isnin, 8 November 2010

Inception (2010)

  


Baru selesai menonton Inception. Kepuasan yang berbaloi dengan penantian sumber download yang berkualiti. Bukan tak mahu menonton wayang atau beli DVD, tapi memang di Kota Bharu mahu pun Bentong tiada panggung wayang. Secara global pun, sumber DVD baru keluar. Satu keanehan dalam torrent, lambat amat sumber DVD rip muncul, Blu-Ray rip apatah lagi. Tak tahulah kenapa, malas nak cari sebab kenapa, mungkin sebab meletup sangat kot di sana, maka tak keluarkan DVD awal2 (agak je). Nak tunggu BRrip, dah tak sanggup tunggu lama2. Malu nak cakap baru je tonton sedangkan lama diperkatakan. Masih lagi terbayang keindahan plot Memento (2000), dihidangkan pula dengan Inception, teringat pula Dark Knights (2008), tiada apa boleh dikatakan, Nolan memang genius.

Ahad, 7 November 2010

Primer (2004)



Aku jumpa filem ini setelah carian aku tentang time-travel movies meletakkan filem ini antara yang terbaik. Obsesi aku terhadap time-travel menemukan aku dengan filem ini. Bak kata seorang penonton dari Amerika, berani potong jarilah kalau ada orang kata dia boleh faham filem ini dengan tonton sekali saja (potong jari aku tambah). Nasihat aku sebelum tonton filem ini, baca2lah sinopsis dari internet dulu sebagai bekalan pengetahuan semasa menonton. Banyakkan baca review tentang filem ini, banyakkan carian dalam internet tentang parallel universe, paradoxes dan time travelling.

Memento (2000)



Filem ini aku download setelah mencari filmography pengarah Christopher Nolan (Dark Knights, Inception). Pengarah yang suka meggunakan non-linear plot structure seperti filem lainnya Batman Begins dan The Prestige. Mengisahkan Leonard Shelby, bekas penyiasat insurans, lakonan Guy Pearce (The Time Machine, L.A Confidential) selepas insiden isterinya dibunuh, yang mengalami masalah short-term memory loss akibat insiden itu, yang buatkan dia tak ingat langsung perkara2 yang baru terjadi dan dia baru buat. Dalam pada dia nak cari pembunuh, tiap2 orang dan peristiwa sekelilingnya dicatat samada di nota, gambar atau tatu badan dan dibantu oleh Natalie (Carrie-Ann Moss).

Jumaat, 5 November 2010

Old Boy (2003)



Aneh, mengada-ngada dan menjijikkan. Filem yang diadaptasi dari manga Jepun Old Boy ini adalah salah satu siri dari The Vengeance Trilogy, selepas Sympathy for Mr. Vengeance (2002) dan sebelum Sympathy for Lady Vengeance (2005) arahan Park Chan-wook (I'm a Cyborg, But That's OK). Kisah seorang lelaki yang diculik dan dikurung tanpa sebab selama 15 tahun, dan mempunyai masa hanya 5 hari untuk mencari dalang dan sebabnya.