Angles - The Strokes |
#Ini bukan review album. Tapi suka untuk aku nyatakan, latest album The Strokes ini mengingatkan aku kepada suara vokalis Black Kids dan Hot Hot Heat.
#Tangga Penrose
Korang perasan apa yang tak kena dengan gambar atas? Gambar di atas ialah objek mustahil. Kenapa mustahil? Kerana paradoksnya gambar tersebut.
Apa itu paradoks? Paradoks pada definisi aku ialah-satu keadaan di mana dua perkara berlawanan berlaku dalam satu titik masa yang sama. Satu lagi definisi ialah-Paradox bermula dari satu ‘kenyataan’ atau ‘persoalan’ yang pada zahirnya betul, tapi apabila cuba di simpulkan atau di jawab maka akan berakhir dengan konflik yang tidak dapat dijawab atau tidak dapat diselesaikan (Hamka, Kereta Mayat 2011)
Jadi, apa yang paradoksnya dengan gambar di atas? Cuba lihat betul-betul, ok, sudah dapat? Tangga yang menaik itu, akhirnya bertemu pada titik tangga yang kita sangka paling rendah. Umpamanya kalau naik, takkan pernah habis, infiniti, begitu juga menurun, vice versa. Ini Tangga Penrose versi lebih kompleks. Kadang dipanggil Forever Staircase, never ending staircase.
Tangga Penrose ini juga boleh didapati di pasaraya terdekat, eh, dalam filem Inception. Actually, hampir segala dalam filem ini sangat paradoks. #Lucid dreams
#Paradoks objek/imej
Disebabkan objek itu paradoks, maka mustahil untuk dizahirkan kepada fizikal nyata. Tangga Penrose di atas sebagai contoh. Boleh dizahirkan ke dunia nyata, tapi melalui ilusi optik sahaja. (manipulasi perspektif viewer)
Imej mind-blowing lain :
Escher Waterfall Ambil sini |
Impossible Triangle Ambil sini |
Ambil sini |
Ini pun paradox juga. Kita pernah belajar dulu, keluasan=LxT.
Nikmati video ini tanpa risiko gila isim
#Paradoks pernyataan/ayat
Antara paradoks tertua ialah paradoks penipu (Liar paradox)
1. Saya seorang kacak berkata : Semua kata-kata si kacak adalah tipu.
Benar atau tak apa saya cakap? Kalau benar, maka tipulah apa yang saya cakap, tapi kalau tipu, benarlah kan yang pernyataan saya itu, kalau benar, maka memang kata-kata saya tipu, tapi.......infiniti bla bla. (yang kacak tu benar)
"Pernyataan ini adalah palsu".
Kalau palsu, maka benarlah pernyataan ini, kalau benar, maka palsulah pernyataan ini, tapi kalau palsu, benarlah, kalau benar,.......never ending.
Pinocchio paradox
Pinocchio Paradox Ambil sini |
Maka dahulunya pada zaman silam tinggalnya seorang tukang kayu yang kesunyian bernama Geppeto di hujung perkampungan keturunan Corleone di Sicily. Dek kesunyiannya, terciptalah patung kayu bernama Pinocchio. Tanpa semena-mena, patung yang dinamakan Pinocchio itu hidup. Hiduplah aman damai mereka berdua. Pinocchio yang polos itu telah dibadi dengan hidungnya menjadi panjang jika menipu.
Seraya Pinocchio berkata, "Hidung saya akan jadi panjang", tapi kalau tak panjang, bermakna dia menipu. Tetapinya, kan Pinocchio itu hidungnya memanjang bila menipu, maka dia berkata benarlah. Tetapinya hidungnya tetap jadi panjang walaupun berkata benar.
Ceritera Paradoks (salin tampal dari kotak komen Kereta Mayat)
seorang raja buat pertandingan, siapa paling hebat menipu, dapat hadiah emas 1 kilo..
seorang rakyat, jumpa raja, tuanku, hutang saya 10 kilo emas..
raja kata, kau penipu.
betul, saya penipu, maka berikan saya 1 kilo emas.
eh, tak.., kau betul.
jika begitu, bayar hutang saya 10 kilo emas..
Ceritera Paradoks (salin tampal dari kotak komen Kereta Mayat)
seorang raja buat pertandingan, siapa paling hebat menipu, dapat hadiah emas 1 kilo..
seorang rakyat, jumpa raja, tuanku, hutang saya 10 kilo emas..
raja kata, kau penipu.
betul, saya penipu, maka berikan saya 1 kilo emas.
eh, tak.., kau betul.
jika begitu, bayar hutang saya 10 kilo emas..
Paradox atheis/kafir (dipetik dan diolah dari Kereta Mayat)
Kita tahu Allah itu maha berkuasa, tiada mustahil baginya, kalau Dia kata jadi, maka jadilah. Itu kita tahu. Cuba tengok soalan di bawah.
Soalan 1:
Disebabkan Allah itu maha berkuasa, bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya?
Disebabkan Allah itu maha berkuasa, bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.
Cis. Camne nak jawab ini? Kalau kata ya untuk 1, juga untuk 2, sudah kontradiksi di situ. Mahu dijawab tidak, kontra dengan ''Allah itu maha berkuasa".
Soalan 2:
Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat berat yang tiada seorang pun yang dapat angkat termasuk Allah
Ini lagi satu soalan menganjing oleh Atheis. Try la jawab.
#Paradoks bunyi
Shepard Tone
Bunyi yang terhasil kerana ilusi telinga kita. Apa paradoksnya? Basic concept yang lebih kurang dengan Penrose Stair, sama ada bunyi menaik atau menurun tanpa pernah habis. Kalau nada menurun, turunnya dengan infiniti. Nada menaik, vice versa. Korang dengar sendirilah, susah untuk mengekspres pengalaman telinga melalui tulisan. Follow instructions kat video betul-betul untuk pengalaman sensasi.
Dapat tak?
Franz Ferdinand seingat aku ada menggunakan tone ini. Muse dalam album Absolution. Nolan yang terkenal dengan elemen paradox dalam filem seperti Inception, guna dalam filem Dark Knight untuk memberi Batpod satu 'transmissionless sound' (wikipedia)
Ecsher Hands Ambil sini |
Akhirnya aku cuba membuat kesimpulan sendiri, bahawa konsep paradox wujud kerana kita tertakluk kepada Masa (Time) dan Ruang (Space). Bagi zat yang tak tertakluk kepada Masa dan Ruang, tiada paradoks bagiNya. Paradoks wujud untuk membuktikan kewujudan tuhan. Aku analogikan dengan gambar di atas, gambar ini, tak tahu tangan mana muncul dulu. Tiba-tiba sudah ada, tangan mana yang lukis dulu? Untuk ada tangan satu lagi, kena ada tangan lagi satu juga, tapi tangan lagi satu itu pun kena ada tangan satu lagi...bla bla bla. Nampak dah? So, jangan pertikaikan bagaimana Allah itu tidak bermula. Segalanya tak mustahil bagiNya, walau paradox bagi kita, tidak bagi tuhan. So, sekali lagi jangan tanya bagaimana tuhan itu tiada permulaan, sebab ingat, tuhan tidak tertakluk dengan masa, masa itu juga ciptaanNya, t=0. Begitu juga dengan ruang (space), juga ciptaan tuhan, hanya kita yang tertakluk dengan ruang. Sebab itu ada ayat "Allah itu di mana-mana", tapi jangan difikir.
#Dunia hanya persepsi (Harun Yahya)
#Ada siapa-siapa boleh jamin bahawa dunia yang aku duduki sekarang ini bukan mimpi, salah-salah akan ada orang kejutkan aku (philosopher silam)
#Teringat dulu aku secara tak sengaja mencipta paradox, olahan dari lagu Kasihnya Laila, Jinbara. Bait korus yang aku tukar kepada 'Di sebalik selendang putih warna merah'.
Another mind-blowing videos
61 ulasan:
sebenarnya x bape faham... Rajin skrg ye?? Hows new life papa?
interesting....
macam satu permulaan yang tidak ada penghujung...
interesting....
macam satu permulaan yang tidak ada penghujung...
salam...
ini la antara mende yg paling gua exited... best bila baca mende2 mcm ni...
penerangan yang bermakna! :) .... baru aku tahu apa itu paradox
salam bro...
sory jugak lama tak datang sini..
sebok sikit..kursus dan macam macam lagi.
pernah baca pasal ni kat blog kereta mayat.
kalau tak silap, dia ulasa pasal kematian teoh tu.. bukan di bunuh dan tidak membunuh diri.
hidup ini adalah mimpi..kalau mimpi bila kita jaga? bila kita mati? saat kita tidur, pastu terjaga. adakah kita benar benar terjaga?
ok benda ni memang pening bila di fikir.
oh ya. tadi masa kat tempat kerja aku ada terfikir..kalau hidup ini hidup, bila mati adalah apa? adakah mati yang hidup.atau hidup yang mati?
bagi aku hidup dan mati cuma alam yang berbeza. kita mati di alam ini untuk ke alam seturusnya..
sebab tu kalau yang mencintai ALLAH mereka mendambakan mati. sebab mati itu jambatan ke sana. kalaulah mati itu mati yang sebenar, apa guna kita hidup? apa guna kita mati?
aku rasa makin berat bila fikir pasal ni..
semalam aku bermimpi.tapi aku tak pasti itu mimpi atau tak.
aku tidor awal.belum solat isya. aku biasa tidur dulu baru solat waktu tengah malam/pagi.tapi semalam aku cuba bangun, tapi ada yang halang aku dari bangun, aku rasa itu adalah nyata. sebab aku dapat rasa semua tu.
lama jugak aku lawan orang tu. dan akhirnya aku terjaga dari tidur. dan tangan aku terasa sakit sebab di pegang oleh orang tu..
dan hari ni kepala aku sakit. aku bimbang jugak. bimbang di serang halusinasi aku sendiri..
adakah orang tu wujud? kalau bukan kenapa aku rasa semua tu..
aku tahu serba sedikit pasal halusinasi..mintak jauh la...
komen aku ni agak melampau kan? rasanya tak perlu aku cerita kat sini kan.tapi aku dah tulis.malas nak delete.hehe
emm pasal gitar..maaf bro..aku tak dapat tunaikan...
tulisan aku pun sebenarnya berunsur paradoks juga. :)
tapi aku lebih gemar memanggil sesuatu itu konseptual dari perkataan paradoks. hihi.
maaf akumuzikfilem, aku lambat lagi komen @.@
sebab terlalu banyak membaca aku mudah sekali simpulkan...
jangan persoalkan apa yang kita tidak boleh jangkakan..tanpa menemui jawapan suatu yang sangat mengelirukan..
satu pengenalan tentang apa itu paradox..
dah lame jmpe bnde ni tp xtaw ap nama bnde ni.. nice info,thanks.. :)
n3 apakah ini? aku konpius...
paradoks tu elemen berkait
tapi kaitan antara elemen tu tersangatlah bebas
n ia wujud dalam pelbagai persepsi dari mata yang melihat
betol, ia sangat menggerakkan otak
yer.. jangan jadi katak bawah tempurung yang ada tingkap. buka tingkap luas2. lihat katak2 itu... waaa~
mak aihhh..
pnjangnye entri nie..
penin pale nak mmbaca..
tgk bidio tu pun dh penin dh..
adehhh
keretamayat selalu guna fatwa kaum beruk agar orang lain jangan guna fatwa kaum beruk.., paradox sungguh.., : )
hhmmm.. I understand most of it, and I'm trying to figure it out on my own this whole concept of paradox universe..
different person might have a different meaning/understanding about this issue, right? :D
oh 1 more thing, How's your baby...??? post some more picture please.. :D
As salam...
Perghhh...berpusing otak koi mikirnye..huhuh..petang2 gini otak dah jem..mikir nak makan pisang goreng ngn cucur udang jek dr td...
Apepun,koi dah paham makna paradoks..Mekasih berkongsi ilmu.. :)
paradoks ... dapat tengok melalui picture tu tapi tak berapa paham sangat ..so paradoks tu memerlukan masa dan ruang ?ngeeee
"jangan persoalkan apa yang kita tidak boleh jangkakan..tanpa menemui jawapan suatu yang sangat mengelirukan.."
aku sangat sokong kata ghost ilusi optik adalah berdasarkan perspektif. setiap komplikasi didunia ini pasti ada saja cara menyelesaikannya.
dan ayat kau last itu tentang tuhan itu aku sokong.
wohoo~ aku suka inception. aku suka paradoks.
salam.
Ilmiah sungguh huraian ttg paradox ni.Selalu juga dgr istilah paradox ni, tapi kurang faham maksudnya.
ok.. nk pujuk owner blog nie blik..sori ye..gua busy skit dh nk final exam.. :)
cik bunga
payah nak faham, takyah faham pun takpe, ini ilmu tak tercapai akal. huhu. sekadar nak nikmati keterujaan bolehla.
tak rajin mana pun, 4 5 entri je sebulan, bulan lepas je terlebih sikit. ok la tu sebagai seorang berkeluarga .hehe. okay2 saja life, cuma sedikit serabut sekarang. sukar membuat pilihan, tak best la rasa camtu
FreESiA
yup. never ending. itu bagi kita yang tertakluk dengan t=masa.
republik n9
best kan?
Inspirationalefeks
mind-blowing kan?
si para para
takda hal bro, hidup ni bukan berblog saja kan. hehe. siap kursus semua, berkerjaya gemilang bunyinya=)
aah betul la ada di kereta mayat. ada je aku bagi citation kat dia. siap dia ada komen bawah ni. tapi paradox, time travel semua memang aku adored dari dulu lagi, subjek kesukaan untuk didalami tapi jangan gila isim sudah. hoho. inspired nak tulis sebab cover strokes la ni.
hidup ni mimpi, kita jaga bila kita mati, itu jaga sebenar bagi aku.
macam aku tulis di atas la, korang yakin ke hidup kita sekarang ni bukan mimpi? real atau persepsi? salah2 terbangun. tapi kalau mimpi pun, aku tetap nak pakai inspira dalam mimpi. hehe. materialistik samapai ke mimpi. hoho
anggap saja dunia ini tempat singgah kejap, untuk bekalan waktu kekal di sana.
kau ni dah macam kena lucid dreams je ni. haha. tak berani nak ulas banyak. aku teringat dulu, aku mimpi tengok diri aku tido dalam bilik yang sama aku tido.
chill saja bro. jangan fikir sudah.
yang gitar itu, saja cuit kau. tapi apa salahnya
KHRLHSYM
tulisan kau memang mendalam pun. kena baca 2 3x baru tercapai akal=). ada konflik dalam tulisan kau, kadang aku tewas, selalunya aku tewas. huhu
ya, conceptual kerana masih tak mampu untuk dijelmakan.
better late than never=)
ghost writer
itu yang aku cuba sampaikan di kesimpulan kurang kredibiliti ciptaan aku.
Ibnushukran
sama-sama=)
wahida
ini entri pecah kepala. cuba lagi=)
gabanMorka berkata...
elemen berkait tapi bebas? lebih kurang , berkait tapi tak bergantung? huhu. ceritalah lagi.
pecah otak kan?
catherine
haha. kesian katak bawah tempurung tu. mujur dah pandai buka tingkap
kucarkacir berkata...
pening kan?
Qaseh
paradoks wujud bagi kita sebab kita tertakluk oleh masa dan ruang (ada dimensi). bagi yang mencipta masa dan ruang, tiada paradox bagiNya, segalanya tak mustahil. jangan jadikan ini jawapan mutlak, ini pandangan saya saja. dapatkan pakar yang lebih arif
KHRLHSYM
aku juga menyokong kata-kata ghost, dan mekasih kerana membenarkan pernyataan aku.
lavender harum wangi
best kan?
shameel Iskandar
dah faham sikit kan? jangan anggap ini entri mutlak untuk fahami paradoks=)
firdaus
hahaha bila masa gua merajuk. takdelah, sinis saja itu=p. betul la tindakan bro, jangan berblog selagi tak habis study untuk exam. neway goodluck, lupa pula dah masuk bulan4, tak lama lagi study week biasanya.
Hamka
harap-harap entri saya ini tidak menggunakan fatwa kaum beruk=)
"manusia telah belajar sejarah bahawa manusia tak pernah belajar dari sejarah". kalau masa tak tertakluk kat kita, wujud ke paradox ini? hoho
renee
yeah different person, different view, but still surely share same basic/root idea of the concept=)
two people insist, will upload. get u informed later=)
Cik SHiNJU
salam dijawab. baik makan pisang goreng sebenarnya dari pecah otak fikir goni. haha. sedap pulak terbayang makanan aok tu. sama-sama, jangan anggap entri ini entri mutlak untuk fahami paradoks.
paradoks itu sangat mudah sebenarnya,
ia cuma ayat manipulasi.
yang termanipulasi akan tertipu dalam arus medium yang digunakan.
*hantuk kepala kat dinding*
MATAHARI berkata...
yup semudah sekadar cukup kita tahu paradoks itu memang tak mampu diselesaikan
Khairul Antasha
jangan, nanti benjol. hehe
assalamualaikum..
hebat persoalan yang dilontarkan di entri ini..keep it up ya...
bacaan berupa paradox ini membuatkan sy rase nk makan..lapa..carik nasik jap.
hahaha...
imposible triangle yg plg style bro!!
paradox jgn smpai gila bila terlalu memikirkan benda yg tak tercapai akal
entry yg sgt mind-blowing!
assalamualaikum...
salam ziarah di pagi jumaat :-)
membuat pilihan juga kadang2 bersifat paradoks. buatlah pilihan yang bijak mengikut keadaan, kerana kamu adalah apa yang kamu pilih.
Salam alaik..
hmphh.
ilusi optik. persepsi.
ia mudah di faham jika kita benar2 faham akarnya. yang susahnya jika hanya berada di atas permukaan, bermain2 dengan sesuatu yang akhirnya kepala pening dan otak rasa macam men roller coaster. Ohh,tapi sy suka 'rasa' tu. Rasa otak mcm nenong2,
mengenai Tuhan,
tuhan bukan makhluk.
jadi jgn compare dgn makhluk,
tak layak malah 'comparison' yang tak logik.
apa-apa yang terangkum dalam dimensi. (Dimensi mencangkup dua asas = masa dan ruang) maka itu adalah makhluk. Malah masa dan ruang juga adalah makhluk. Jadi tak boleh dan terdaya akal nak mencerna persoalan2 yang memikirkan mengenai keberadaan Allah di dalam masa dan ruang.
Thats y, Allah dah pesan siap2, fikirkan hikmah ttg Aku, fikirkan kebesaran ciptaan aku, fikir kan apa2 sahaja, tetapi jgn fikirkan mengenai zatNYA..
dzatnya tak tercapai dek pandangan dan nilaian masa dan ruang. Jadi akal kita tak mampu menampung itu semua. Kadang boleh jd gila. Ohh.
mudahkan cerita.
"Buat apa yang Allah suruh buat, dan fikir tentang apa yang Allah suruh fikir, fullstop"
eh..terpanjang bebel. bebelan sahaja, tak semestinya betul. perlukan pencerahan demi pencerahan.
eh lupa pulak.
trima kaseh.
saya sudah lama mencari pengisian sebegini. menggerakkkan akal, mendahagakan daya fikir.
Sebab itu akhirnya sy stop join Beng-beng-boom, sbb sy tak dapat apa2 yang menjernhkan cara fikir saya di situ. Tp, sy tetap hormati beliau sebagai blogger. well, mungkin itu cara dia. just bukan type saya.
^__^
berkait antara satu sama lain, tp di luar normal
cik tim xpaham wooo....
phm jgk la sikit2..
cuba memahami...
thanks sob
aku coba untuk memahami dulu disini
sahromnasrudin..
terima kasih, kamu juga teruskan menulis, suka cara kamu kupas isu dengan gaya matang.
naddia..
ya kamu memang suka makan kan? haha
weedboys..
style kan?
dark half..
ya jangan sampai gila isim. terasa-rasa simpulan 'gila isim' melayu kita ujud, kerna ada yang berfikir dalam ilmu sebegini. ya melayu itu kan bangsa spiritual.
cik bunga..
yup, faham sudah apa maksud membuat pilihan itu paradox. mujur sekali pilihan sukar sudah diputuskan..
mutiara bernilai..
saya juga suka 'rasa' itu, cuma jangan rasa itu buat kita gila. selari saja apa kamu fikir dengan saya fikir. mahu saja dinyatakan dalam tulisan t=masa itu makhkuk, takut ekstrem pula, tapi itulah yang saya faham sepanjang mendalami. thanx atas komen yang bernas, suka ada yang berkongsi rasa yang sama.
tahniah kerana berjaya bebas dari kelompok manusia itu=). sayang sekali penulis seperti kamu jika terjebak dengan kelompok itu.
gabanMorka..
faham sudah, berkait dalam keadaan luar normal.
Siti Nur Fatimah Mohamad Ali..
baca berulang kali, video wajib tengok, dalami dengan minda halus.
NICK IRFAN..
bagus untuk kamu.
http://aniesandyou.blogspot.com
teruskan memahami
Kisah Abu Nawas berkata...
sama-sama. cuba untuk terus memahami..
wah seronok baca sebab dari aku tak tahu maka aku dah tahu sikit
wow !! sangat2 menakjubkan !
betul,banyak yang diperkatakan tu betul.bagi aku paradoks ni satu element yang boleh menimbulkan dua persefahaman yang menentang,ianya juga boleh menimbulkan rasa salah faham dan bersalah seseorang.paradoks jugak dapat ditafsirkan sebagai suatu kejadian yang ada kejadian lain yang tersembunyi disebalik kejadian senang kata double meaning
fuhh..panjang nye entri...huk9
gud info..kne tgk cte inception ni..
interesting. good info ! :))
Desire By Chocolate brown
Here is my page :: best home projectors
Creating a Home Live theater Using Efficient Glue Or perhaps Mass Charged Vinyl
Here is my site ... optoma hd33 projector
Show Night: What To be able to Wear?
my website ... preemption
Toshiba 40e200u Brings Which you New Amazing Picture Flooding With Colors And Amazing Clarity
My site; paday loans uk
Sony Ericsson Xperia X10 Critical Device Is important To Find Success
Here is my website :: wardroom
Catat Ulasan