Aku jumpa filem ini setelah carian aku tentang time-travel movies meletakkan filem ini antara yang terbaik. Obsesi aku terhadap time-travel menemukan aku dengan filem ini. Bak kata seorang penonton dari Amerika, berani potong jarilah kalau ada orang kata dia boleh faham filem ini dengan tonton sekali saja (potong jari aku tambah). Nasihat aku sebelum tonton filem ini, baca2lah sinopsis dari internet dulu sebagai bekalan pengetahuan semasa menonton. Banyakkan baca review tentang filem ini, banyakkan carian dalam internet tentang parallel universe, paradoxes dan time travelling.
