Klik jika berminat

Isnin, 31 Disember 2012

Khamis, 22 November 2012

Stereoku Monomu



Mono adalah satu. Sebagai penggila bunyi atau audiophile, mono bukanlah satu pilihan, stereo adalah tahap terendah bagi aku, 5.1 channel kebiasaan untuk aku. Kelebihan bunyi bukan mono/multi-channel adalah kemampuan memberi sensasi bunyi yang keliling dan hidup. Dan itu sebab untuk aku kata tidak pada mono audio.

Isnin, 30 April 2012

Buku pertama Kereta Mayat



"Saya suka penulisan Hamka kerana terasa pemikiran penulis sealiran dengan saya. Gurauan dan pergaulan beliau dengan isteri, hampir sama saja dengan saya dan isteri. Seolah-olah wujud pertalian antara jiwa penulis dan saya. Setiap hujahan yang dilontar, tidak lari daripada apa yang saya fikir seperti artikel “Apa Itu Seks,” yang melontarkan isu perkahwinan awal. Tulisannya yang sinis terhadap orang Malaysia khususnya kaum Melayu ternyata selari dengan pendapat saya. Cumanya, saya tidak sehebat penulis untuk menzahirkan dalam bentuk tulisan. Penulis mampu mencuit pembaca dengan penyampaian dan analogi mudah untuk setiap situasi yang diceritakan. Itulah Hamka. Jiwa Melayu yang universal."

Khamis, 16 Februari 2012

Kaitan lagu dan nostalgia.

Hari ini, aku mengambil peluang pulang ke tempat pertama aku jumpa awek pertama aku. Banyak sangat kenangan di sana. Entah kenapa, benak kepala asyik fikir mahu berjalan ke universiti masa aku belajar dahulu.  Hari ini, aku bawa sekali bersama isteri dan anak aku yang genap setahun umurnya beberapa hari lepas.

Empat bulan aku pegang hasrat ini. 

Rabu, 8 Februari 2012

Mimpi bunuh orang

Semalam aku mimpi bunuh orang. Entah, aku pun tak kenal siapa. Ia lebih kepada self-defense, tahu-tahu kepala dia sudah tercabut. Serentak itu, bermulanya pelarian aku. Aku diburu, seperti yang aku selalu lihat dalam filem. Akhirnya, filem-filem yang ditonton dijadikan inspirasi oleh reseptor mimpi aku.

Seperti selalu, tak banyak yang kau boleh ingat akan mimpi kau. Bangun, menjatuh diri atas sofa empuk, mengadap komputer, terlihat akaun bankku yang sekian lama muflis angka ke-3, sudah mencapai angka ke-4 nya.

Kadang-kadang, mimpi itu boleh jadi petunjuk benar.

Getaran Jiwa