Klik jika berminat

Isnin, 7 Februari 2011

Dilema meletakkan nama anak - Bolehkah menggunakan nama Aaron berbanding Harun?


Google Images

Entri ini agak berkait rapat dengan aku, bulan ini saja. Dah lama aku simpan tulisan ini, sedari aku belum ber’blogging’ lagi. Tunggu masa untuk publish. Aku tulis masa aku bagi komen kat blog carlsamsudin.  Aku kira kena dengan masanya, di samping sebagai menyahut kempen menulis artikel Islamik oleh Anak Pahang Blogger. Sambil menyelam minum air.

Bolehkah menggunakan nama Aaron berbanding Harun?

Salam. Pada pendapat saya yang naif ini rasanya boleh (saya tidak membuat fatwa  baru, ini pendapat saja, nama pun ‘rasanya’). Hujahnya begini. Sememangnya Islam menggalakkan meletakkan nama yang  baik, tapi tidak dinyatakan secara khusus dalam bahasa tertentu. Nama adalah do’a, tapi juga pilihan. Nama-nama nabi dalam sebutan bahasa atau mengikut bangsa tertentu tidak menjadi masalah asalkan mempunyai makna yang baik. Cuba bandingkan nama Aaron & John (sebutan nasrani untuk nabi Harun dan Yahya) dengan nama Abdul Khamar, kedengaran seolah-olah indah nama Abdul Khamar (contoh sahaja), iaitu dari bahasa arab. Tapi tahukah apa maksudnya? Iaitu hamba arak. Jadi mana yang lagi baik, Aaron John iaitu nama nabi kita dalam sebutan agama lain atau Abdul Khamar dalam bahasa Arab? perlu diingat, mereka Nasrani dan Yahudi ini dulunya pun juga ahli kitab yakni percaya akan keesaan Allah melalui nabi-nabi mereka dahulu, sebelum diseleweng menjadi Kristian dan Yahudi seperti hari ini, dan nama-nama nabi dalam kitab mereka seperti Injil, Zabur dan Taurat disebut dengan lughah (pelat) dan ejaan mereka.

Tak lama dulu di negara kita pernah berbangkit isu mualaf baru peluk islam samada perlu menukar kepada nama Islam berbinkan Abdullah atau mengekal nama asal mereka. Polemik di kalangan tokoh agama menghasilkan pelbagai pendapat, tapi di kalangan mereka cenderung mengatakan tidak salah mengekalkan nama asal dan nama ayah/keluarga mereka demi menjaga keturunan dan silaturrahim saudara-saudara mereka yang bukan Islam. Asalkan nama mereka itu mempunyai maksud yang baik, dan lagi afdhal jika mualaf-mualaf ini menyelitkan nama islam di samping mengekalkan nama asal mereka. Siapa tak kenal Ustaz Ridhuan Tee, siapa tak kenal Ustaz Farid Ravi Abdullah. Mereka inilah tokoh-tokoh agama bukan melayu yang terkenal di negara kita. Itu contoh zaman moden, bagaimana pula dengan contoh zaman kesultanan Melayu Melaka, laksamana China Cheng Ho? Beliau juga muslim seperti melayu di sini, azali ISLAM, sedari dalam perut ibu sememangnya Islam, tiada masalah untuk menggunakan nama dalam bahasa beliau (Diakui ada nama Islam khusus untuknya, tapi dia lebih dikenali dengan nama cinanya, ini yang ingin ditekankan).

Nama orang Indonesia juga kuat dengan penggunaan bahasa daerah yang tidak berunsur Islam terutamanya masyarakat Jawa, MEREKA TETAP ISLAM. Timbullah nama2 seperti Bambang, Susilo, Sukarno, Suparman dll. Adakah nama tersebut berunsur Islam? Tidak kan. Lebih kepada budaya. Tapi yang pasti tentu membawa maksud yang baik dalam bahasa mereka. Sebenarnya perbezaan sebutan nama-nama nabi  seperti Zakaria=Zachariah, Harun=Aaron, Ya'qub=Jacob dan sebagainya hanyalah perbezaan ejaan dan sebutan yang mengikut lidah bangsa/agama masing-masing, tetap menuju kepada tokoh yang sama, maksud yang sama. Samalah seperti perbezaan nama-nama Islam di kalangan orang Melayu dan Arab, kalau di sini kebiasaan dieja 'Karim', di Arab biasanya 'Kareem', 'Mahmud' di sini, di arab mungkin 'Mehmoud', 'Ayesha' di sana, di sini 'Aisyah'.

Bagi aku penggunaan nama-nama dalam Bahasa Arab yang diambil dari nama-nama Allah tanpa awalan Abdul lebih besar isunya dari ini. Di Malaysia ini sudah beberapa kali aku terjumpa orang kita dengan nama-nama seperti Rahman, Rahim dan lain-lain nama Allah sahaja tanpa pangkal Abdul. Perlu diingat nama-nama Allah tanpa awalan Abdul adalah tidak dibenarkan kerana kita tidak boleh disamakan dengan tuhan, WAJIB dipangkalkan dengan abdul bermaksud 'hamba'. Apa-apa pun, lebih mudah rasanya jika letakkan nama anak kita dengan nama yang familiar dengan budaya kita.

Ini sekadar pendapat saja. Saya ini pun bukan sempurna, amatlah berfikiran terbuka. Segala teguran dan perkongsian pendapat dialu-alukan, teguran berhemah dan matang sangatlah dihargai. Disebabkan isu ini tidak melibatkan pokok asas dalam agama (Aqidah), sekadar pecahan dari akar ke dedahan, tidaklah terasa berat untuk berbicara tentangnya.

Link-link berkaitan
http://kongsakongsi.blogspot.com
http://www.darulkautsar.net
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com

51 ulasan:

. berkata...

gua nak namakan anak gua hendrix khairul hisyam. sangat cool kan? haha

AkuMuzikFilem berkata...

Uik, rock n roll giler bunyi! haha. Teruskan kalau maksudnya baik. xd hal punya. tapi menjawablah kau dengan mertua. haha

ans berkata...

salam bro,minda separa konservatif aku ni cenderung untuk memilih harun dari aaron :P..tak tau kenapa,mungkin sebab aku orang melayu,berhidung pesek,dan makan belacan maka macam tak kene untuk aku bagi nama anak aku aaron,ok gurau je,didikan dari kecil lah kot,kita mengenal seseorang itu kadang-kadang melalui nama,yang melambangkan agama dan bangsanya,sepertimana bahasa dan budaya melambangkan bangsa(cliche),tapi tidak salah nak letak nama macam aaron ke abraham ke noah ke,boleh jer,yang pasti nama tu baik,aku punye lagi pelik,aku suke nama-nama melayu hindu purbakala,nak letak nama anak sri dharmaraja chandrabanu boleh?hihi

Khaisya berkata...

org skang letak nama anak sbb ikut trend.. konon2nya moden.. ntah la.. yg pasti letak la nama yg punya maksud yg baik..

cik bunga berkata...

aaron pun cun gak.hehe. sy sgt terbuka soal ni sebab yang penting menamakan anak dengan makna yg baik. sebab panggilan kita terhadap anak juga adalah sebagai doa. jadi jgn hanya nak nama yang ikut trend tapi tak bermakna.adanya....

Jari Berbicara berkata...

Ohhoooo...
Apa la agaknya nama anak aku nanti.

AkuMuzikFilem berkata...

Anassirjahat,

Aku juga orang melayu,berhidung mancung, eh, dan makan belacan. haha..Tapi aku terbuka dalam hal ni. Cuma kalau aaron tak la, cam over sangat kot, kena consider pandangan orang lain juga, terutamanya orang tua, yela orang melayu kita ni bukan semua yang open, yang rigid masih ada. Aku pun sekadar memberi pandangan je, tak kot nama anak2 aku ada unsur2 hybrid camtu. hehe. Ok je kot sri dharmaraja chandrabanu asalkan baik maksudnya, sebab Muhammad pun disebut sebagai 'Narashangsa' dalam kitab hindu. tapi tak payah la kot, banyak lagi nama dalam bahasa arab. haha.

AkuMuzikFilem berkata...

Khairul Antasha,

Terasa kawan pedasnya. huhu. Biasalah cik Antasha, orang zaman sekarang nak yang glemer saja, atau bernilai sentimental cam gabungkan nama mak ayah, tapi takde maksud. itu lagi berat dari bubuh nama nabi dalam sebutan budaya lain kan? ke camne?

. berkata...

aku suka dengar nama-nama indon macam bunga cinta lestari, dan berbagai macam sungguh cool kalo nama dimelayukan dari diarabkan. entahlah itu pandangan aku. haha. teringat nama kawan aku romeo (dalam ic betol-betol romeo)

AkuMuzikFilem berkata...

Ikutlah trend, biar kedengaran glemer, tapi biarlah bermaksud baik. Itulah yang terbaik, serampang 3mata sekaligus.haha. Banyak lagi nama2 yang belum diteroka, dalam bahasa parsi contohnya.

AkuMuzikFilem berkata...

Jari Berbicara,

Oh, ada satu nama yang sangat rare, jarang2 dipakai d malaysia, luar negara pun belum tentu, boleh kata 1 in the world la. apa kata 'mohd sa'atarinur, cahaya keberanian maksudnya. hehe.

AkuMuzikFilem berkata...

khairul hisyam,

"aku suka dengar nama-nama indon macam bunga cinta lestari, dan berbagai macam sungguh cool kalo nama dimelayukan dari diarabkan. entahlah itu pandangan aku. haha. teringat nama kawan aku romeo (dalam ic betol-betol romeo)"

Kalau member kau romeo terbaca mesti sengih sorang. Wah, setujulah dengan bro sham. aah, sedap gila dengar. Aku dengar ceramah link kat bawah, nabi suka nama2 bunga ni, tak kira dalam bahasa apa. sebab tu dulu orang2 kita ada nama melor, cempaka, mawar dan segala jenis bunga. lagi satu aku suka nama 'asmirandah', empunya nama pun cun tak hengat. tapi tak tahulah maksud apa, tapi indah didengarlah.

Khaisya berkata...

letak la nama apa sekalipun asalkan mksdnya baik2 je.. pastu lagi satu, jgn susahkan pegawai kat jbtn pndaftaran..family sy ada yg keja kat bhgn pndaftaran kelahiran nih. ada pasangan suami isteri tu letak nama "moden"..ejaan pun moden gak..pastu time isi form sendiri x sure dgn ejaan..kan ke menyusahkan..itu hnya pndapat sy & berdasarkan pngalaman org terdekat..

hmmm..bg contoh nama2 dlm bahasa parsi? :)

AkuMuzikFilem berkata...

kat link kat bawah ada bagi tahu nama dalam bukan bahasa arab :

Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:

* Fairuz
* Sirin (manis –bahasa Farsi)
* Rustam
* Sarfaraz (mulia)
* Sibawaih (wangian epal)link kat

tu la pasal orang sekarang nak letak nama anak panjang2 je tanpa fikir senang ke susah nama camtu. kalau ada maksud baik, alhamdulillah la. saya kalau boleh nak elakkan sampai 3 4 perkataan pastu pendek2 je, tapi bermaksud

. berkata...

nama penuh gua panjang weih
jimmy marshall hendrix khairul hisyam

haha.. tipu je.

AkuMuzikFilem berkata...

Pandai bergurau cik khairul kita ni. Inilah pengaruh artis idola terhadap anak muda. haha. legend tu!

Raden berkata...

nk bg name christina tp nk islamic sikit tukarla jd qistina. suci je bunyik die..^^

AkuMuzikFilem berkata...

Kalau Christina memang tak bolehlah, sebab ada pangkal 'christ'. Nak convert ke arab pun takde kot, cam isaac ke ishak, tak tahulah kalau ada. Tapi kalau Qistina okeylah, maksudnya 'keadilan'.
sumber : http://names.crazyartzone.com/index.asp?cat=Perempuan&ch=Q

APAN berkata...

erm...aku nak cakap pun kurang knowledge gak...
tpi ko mmg ade point kat situ...
cume tak pernah lagi dengar org bincang isu ni...
:)

Jari Berbicara berkata...

Mohd Sa'atarinur????
Time kasih jela.

AkuMuzikFilem berkata...

Apan,

Takpe, di sini kita kongsi pandangan, kalau tak pernah dibincang, anggaplah pertama dibincang. ada dibincang blog lain, cuma tak mendalam seperti yang saya huraikan ni la, tulisan saya ni pun, saya edit balik dari komen saya kat blog carlsamsudin, berkenaan tentang ni jugak.

Talking Fingers,
Welcome=)

Zulazri Kamarul berkata...

apa ada dgn nama sampai nk kecoh2? haha..

Cik SHiNJU berkata...

Salam rodong...

Mekasih berkongsi info.. :)

Unknown berkata...

salam, yang penting makna bagi nama tersebut tidak menggambarkan sesuatu yang buruk dan ganjil terutama yang bercanggah dengan Islam...

Imran nyambek berkata...

biasa2 pun oke.tapi jangan terlalu kampung sangat.kesian anak nanti.ehe

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum

salam perkenalan..


seeloknya namakanlah dia dengan nama berunsurkan Islam

dear anies berkata...

hannah khalily
harris khalifah

my babies'..just change the spelling bt stil hv gud meaning

. berkata...

"biasa2 pun oke.tapi jangan terlalu kampung sangat.kesian anak nanti.ehe"

bagi nama mohd kampung ke? haha

Tanpa Nama berkata...

Salam, Mana2 pn best.

Nak kongsi sket, dri ayat
'Perlu diingat nama-nama Allah tanpa awalan Abdul adalah tidak dibenarkan kerana kita tidak boleh disamakan dengan tuhan, WAJIB dipangkalkan dengan abdul bermaksud 'hamba'. Apa-apa pun, lebih mudah rasanya jika letakkan nama anak kita dengan nama yang familiar dengan budaya kita' .

Perkataan 'tidak boleh' disamakan dengan Tuhan, 'Wajib' dipangkalkan dengan Abdul(hamba). Saya sokong ngat entri neh. moh kita berkongsi skit. word 'tidak boleh' dan 'WAJIB' tu kan lagi baik jika tuan beritau dari mana sumbernya, atau mana2 rujukan yang tuan salin/ambil. menidakkan/mewajibkan tu perlu jelas skit..boleh je kongsikan dri mana sumbernya. dri Quran: terjemahan dri siapa?, Hadis: hadis yang mana? Ijmak ulama? Imam berempat? dll. sebab agama kita ni banyak cabang2nya(furu), supaya tidak menimbulkan fitnah di kalangan kita sesama muslim.Besh entri ini. TQ

Dari Puak16

eza zularyeza berkata...

mcm maria n mariam, musa n moses..nama tak jadi masalah asalkn tak rosakkan imej anak dgn maksud nama yg pelik..nama saya hasil gabungan mak bapak..hasilnya, nama saya jarang2 org pakai..tp susahnya kt kelas cikgu jarang nk sebut psl ssh nk igt..

AkuMuzikFilem berkata...

Tanpa Nama Puak 16,

Salam puak16, gerun dengar nama. Cam nama kongsi pula. Hehe. Syukran atas perkongsian dan saling mengingatkan. Saya tak terfikir untuk memberi citation perenggan saya yang ini kerana pada hemat saya isu ni common, dengan anggapan sudah ramai yang tahu. Untuk menyatakan dari sumber mana secara detail (Quran: terjemahan dri siapa; Hadis: hadis yang mana; Ijmak ulama; Imam berempat; dll.), Saya tak dapat nak beri sebab saya tak mengkaji sejauh tu. Paling jauh pun saya menghabiskan bacaan ‘sejarah 4 imam mazhab utama’ (kisah hidup sedari kecil dan aliran pemikiran, negara/kawasan mana yang diliputi oleh aliran pemikiran setiap imam). Memang untuk lebih jauh, saya tak dapat dari sumber sahih yang mana, sekadar itulah pemahaman saya selama ni yang mana asma ul husna mesti dinisbahkan dengan pangkal Abdul. Tapi kalau sumber link2 berkaitan, ini yang saya dapat cari. Yang mana antara link2 tersebut ada nyatakan sumber dari mana.

LINK 1
“Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. JANGAN NAMAKAN ANAK DENGAN NAMA-NAMA YANG KHUSUS KEPADA NAMA ALLAH SEPERTI AHAD, AR-RAHMAN, AL-KHALID DAN SEBAGAINYA. SEKIRANYA NAMA INI HENDAK DIBERIKAN KEPADA ANAK KITA MAKA HENDAKLAH DISERTAI DENGAN NAMA LAIN DI HADAPANNYA SEPERTI ABDUL RAHMAN, ABDUL KHALID DAN SEBAGAINYA.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.”

Sumber>http://www.perjalanansuci.com/Informasi/Nama-NamaIndah.htm

AkuMuzikFilem berkata...

Sambungan..

LINK 2
“NAMA-NAMA YANG DIHARAMKAN dalam syariat adalah nama-nama berikut:
1. Para ulama sepakat mengenai haramnya memakai nama yang mengandung makna penghambaan diri kepada selain Allah, seperti Abdul ‘Uzza, Abdusy Syams (hamba matahari), Abdud Daar, Abdur Rasuul, Abdun Nabi dan lain-lainDiriwayatkan dari Hani bin Zaid bahwa ketika ia datang menghadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai utusan beserta kaumnya, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mendengar mereka memanggil salah seorang di antara mereka dengan nama Abdul Hajar (hamba batu). Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya, “Siapa namamu?” Ia menjawab, “Abdu hajar.” Beliau bersabda, “Tidak, kamu adalah Abdullah (hamba Allah) bukan Abdu Hajar (hamba batu)!” (lihat kitab Shahihul Adabil Mufraad, halaman 623)Termasuk pula dalam hal ini adalah pemberian nama Abdul Haarits, karena al-Hariits adalah manusia. Adapun “Haarits” itu sendiri bukanlah nama Allah. Yang ada adalah Allah disifati dengan adz-Dzaari’ (menanam, menumbuhkan) dann itu bukan termasuk nama Allah.
أَفَرَأَيْتُم مَّا تَحْرُثُون أَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ
“Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam. Kamukah yang menumbuhkan atau Kami-kah yang menumbuhkan.” (QS. Al-Waaqi’ah: 63-64)
2. Memberi nama dengan nama-nama Allah, seperti ar-Rahman, ar-Rahiim, al-Khaliq dan al-Bari.Syaikh Utsaimin memiliki penjelasan yang bagus berkenaan memberi nama dengan nama Allah Ta’ala. Pemberian nama ini memiliki dua sisi:Sisi pertama, terbagi menjadi dua macam:
a) Penyebutan nama dengan huruf alif dan lam. Yang dimikian tidak boleh diberikan kepada selain Allah, seperti al-’Aziz, as-Sayyid, al-Hakiim dan lain-lain Alasannya karena dengan adanya penambahan alif dan lam berarti menunjukkan kepada ushul dari makna yang terkandung dalam nama tersebut.
b) Maksud pemberian nama untuk menunjukkan sifat yang terkandung dalam nama tersebut walau tanpa alif dan lam. Sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengganti kunyah Abu Hakam karena teman-temannya selalu minta putusan hukum kepadanya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya, “Sesungguhnya Allah adalah al-Hakam dan hanya Dia-lah yang berhak menetapkan hukum.” Lalu beliau memberi kunyah dengan nama anak sulungnya yang bernama Syuraih. Ini menunjukkan apabila seseorang memiliki nama dengan salah satu dari nama Allah yang mengandung makna sifat (sengaja disesuaikan dengan sifat, pekerjaan atau keadaan penyandang nama), maka hal itu dilarang syariat.

Sisi kedua:

Menamai dengan nama-nama Allah tanpa didahului alif dan lam dan tidak bermaksud menyesuaikan dengan makna sifat yang terkandung dalam nama tersebut. HAL INI DIBOLEHKAN SEPERTI NAMA HAKIIM. DI ANTARA SAHABAT ADA YANG BERNAMA HAKIIM BIN HIZAM. Seorang sahabat yang pernah dinasehati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jangan kamu menjual sesuatu yang bukan milikmu.”
TETAPI ADA NAMA ALLAH LAINNYA YANG TIDAK PANTAS DIJADIKAN SEBAGAI NAMA MANUSIA, SEPERTI JABBAR, MESKIPUN TIDAK BERMAKSUD MENETAPKAN MAKNA SIFAT YANG TERKANDUNG DALAM NAMA TERSEBUT. KARENA BISA JADI NAMA ITU MEMPENGARUHI DIRI ORANGNYA SEHINGGA DIRINYA MENJADI ORANG YANG SOMBONG, ANGKUH DAN TAKABBUR TERHADAP ORANG LAIN. (Al-Majmu’ Ats-Tsamiin (I/144))

Sumber>http://muslimah.or.id/pendidikan-anak/tuntunan-pemberian-nama-nama-nama-yang-haram.html

Tulisan di link ini agak besederhana dalam memberi pandangan tentang penggunaan nama Allah, yang mana, ada nama yang boleh digunakan tanpa Abdul, ada yang wajibkan Abdul.

AkuMuzikFilem berkata...

Sambungan..

LINK 3
“Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.”

Sumber>http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/

LINK 4 (Nama2 makruh, masih lagi berat, tapi sedikit ringan dari haram)

Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi NAMA-NAMA YANG MAKRUH. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: FIRAUN, QARUN DAN HAMAN.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: HIMAR (KELDAI), DAN AL-KALB (ANJING).
- Nama-nama YANG DIGABUNGKAN DENGAN PERKATAAN ‘AL-DIN’ (AGAMA) DAN ‘AL-ISLAM’, SEPERTI: DHIYAUDDIN, SAIFUL ISLAM, NURUL ISLAM, DAN SEUMPAMANYA. TUJUANNYA UNTUK MEMELIHARA KEDUA-DUA NAMA INI (AL-DIN DAN ISLAM) DARIPADA MENJADI NAMA INDIVIDU YANG TIDAK LAYAK.
- Nama-nama yang DIGABUNGKAN DARIPADA DUA NAMA. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: MUHAMMAD ALI, AHMAD YUNUS DAN LAIN-LAIN.

Sumber> http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/

Link ke-4 ni, nama2 yang makruh. Kenapa saya masukkan? Untuk perbandingan. Yang Makruh dan yang Haram. Berdasar bacaan link2 di atas tadi, dapat disimpul bahawa nama2 asma ul husna yang tidak dipangkalkan Abdul, adalah diharamkan. Meletak nama seperti di atas(link 4) ni masih dianggap makruh jika dibandingkan dengan JABBAR (nama2 tuhan) yang HARAM kerana tiada pangkal ABDUL.
“Tetapi ada nama allah lainnya yang tidak pantas dijadikan sebagai nama manusia, seperti jabbar, meskipun tidak bermaksud menetapkan makna sifat yang terkandung dalam nama tersebut. karena bisa jadi nama itu mempengaruhi diri orangnya sehingga dirinya menjadi orang yang sombong, angkuh dan takabbur terhadap orang lain. (Al-Majmu’ Ats-Tsamiin (I/144))” > petikan link 2

2011 Februari 10 00:39

AkuMuzikFilem berkata...

Cik SHiNJu,

Salam rodong...sama2, ini sekadar pandangan, kalau rasa boleh diambil, ambillah mana yang benar, jika salah boleh tegur=_)

Abhamz,

Ya. Asalkan ada maksud yang baik. Jangan dengar moden, tapi takde makna.

Imran nyambek & Khairul Hisyam,

Haha ada2 je kau ni nyambek n khairul. Tapi betul la tu, kesian kat anak nanti. nama kedengaran kampung ok lagi dari 'mohd kampung'. tak boleh blah.

sahromnasrudin,

Salam perkenalan. Ya, seeloknya dinamakan berunsur Islam. Itu ada saya nyatakan di perenggan terakhir. Entri ini sekadar pandangan saja=)

http://aniesandyou.blogspot.com,

"hannah khalily"
"harris khalifah"

Sedap. tapi apa maksudnya? orang tua tak marah ke, cam kontroversi je bunyi.huhu

AkuMuzikFilem berkata...

eza zularyeza,

Takpelah, kalau gabungan tu ada maksud baik, bagus. kalau takde, at least lebih baik dari yang bermaksud jelik.

Tanpa Nama berkata...

Salam, mekasih tuan tanah dgn penjelasannya. Selaku Muslim berhak menegur sesama umat. Jadi apa yg tuan tanah buat ini sgt2 lah bermakna dan bagus sekali. Menyebarkan risalah Islamiah, tidak kira ia Fekah, Usulludin mahu pun Tasawuf. Fardu ain ini bersamalah kita hayati dan amalkan kerna pada zaman ini lebih ramai org berilmu pada Buku(bahan bacaan) bukannya pada Dirinya sendiri. Sama2 lah kita mengambil pelajaran dari risalah/nota yang diberi oleh tuan tanah ini.

OK, mari kita perkongsikan;Perhatikan LINK 2 bahagian 2 (a): Penyebutan nama dengan huruf alif dan lam. Yang dimikian tidak boleh diberikan kepada selain Allah, seperti al-’Aziz, as-Sayyid, al-Hakiim dan lain-lain Alasannya karena dengan adanya penambahan alif dan lam berarti menunjukkan kepada ushul dari makna yang terkandung dalam nama tersebut.- hingga sisi kedua.

Dikatakan pengawalan ALIF dan LAM didahului dan tanpa didahuluinya, dibolehkan (hanya pada Asma/bersifat pada Allah) dan tidak dibolehkan seperti keterangan yang ada.

Bagaimana pula dengan Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.(seperti didalam LINK 3) bukankah bermula dengan Alif dan LAM? ini bertentangan dengan Link 2. Ya disini wujudnya perbincangan kita, bukan dengan hanya mengambil dan menampal tanpa pengetahuan dan penerangan.(maaf)

Yang jelas nama2 Syaitan itu tersurat dalam hadis/Quran/Kitab2/Risalah2 dll persuratan dunia ISLAM. Nyata ia ke pengetahuan kita, sememangnya nama itu wujud. dan siapa yang memberinya? dan adakah hanya dalam Perbincangan umat Islam yang menyebut nama itu?
Kekok untuk menerangnya bukan? Inilah yang akan menimbulkan fitnah(kesalahan anggapan) dikalangan org yang tidak tahu seperti nasihat dari Puak16 itu.link2 dan 3 itukan berbeda.

Nyatakan terus ini hanya kepada yang AHLI atau UMUM? Pokok pangkalnya posting ini hanya menyebut nama yang baik yang perlu diberi juga nasihat2nya. bukannya monolog kepada keseluruhan umumnya penamaan Insan Manusia. Ramei yang masih kecetekan ini. Inilah kecelaruan! Masih kurang penerangannya. jadi nasihatnya; katakan terus matlamatnya mengikut bidang apa? furu yang mana? baru gampang kita berbincang.

bagaimanapun, secara kasarnya sangat bagus tuan tanah mengambil dan menyebarkan kabaran nasihat berbentuk Islamiah ini, namun berhati2lah. Saya menyanjung usaha tuan.

Kepada puak16: mekasih nasihatnya.

Ayuh. lagikan baik kita kembali ke pokok asalnya Fardu ain itu sebelum pergi jauh. selamat beramal sekalian umat Muhammad.

/HambaAllah

ghost berkata...

macam mana dengan nama 'ophan bunjos'...agak2 masih boleh kah sapa meneka kalau dia seorang muslim atau non muslim?

aku setuju dengan apa yang kamu tulis dan perjelaskan...jangan sebab nama kita nak budayakan sama.

nama 'ophan bunjos' tuh nama sebenar gua.

AkuMuzikFilem berkata...

ophan bunjos. apa maksud? wah unik sekali dengar nama bro. memang nama orang sabah begini ya. jap, sabahan ke? nama bro wa jumpa sebagai MU fans kat skysport. itu sedare ke? hehe. nama tak semestinya dalam bahasa tertentu saja.

AkuMuzikFilem berkata...

Hamba Allah Tanpa Nama

Salaam. Terima kasih atas teguran berhemah. Rasanya tiada pertentangan besar antara semua link yang saya letak, semuanya menuju pada satu maksud, iaitu pengharaman atau pelarangan menggunakan nama Allah tanpa awalan Abdul. Asalnya entri saya ni tak cite mana2 sumber pun, tapi atas nasihat berhemah Puak 16 yang sarankan lebih afdhal jika dinyatakan dari mana sumber hukum 'mewajibkan meletak awalan Abdul dengan nama Allah' samada al-Quran, hadis, ijmak ulama, atau imam berempat. Maka terus terang saya tak dapat beri sebab pada pemerhatian saya tak ke tahap itu, tambahan saya anggap perkara ini common, semua tahu, umpamamya, jika saya menasihat kawan saya untuk sembahyang, tak terfikir pula untuk menyatakan mana sumbernya yang mewajibkan sembahyang samada quran atau lain sumber, sebab rasanya semua orang tahu sembahyang itu wajib. Tapinya, atas dasar nasihat Puak 16 itu, saya berusaha juga melalui carian internet, dan link2 di atas yang saya letak itu ada nyatakan dari mana sumbermya samada quran, hadis atau lain2. Dan semua tulisan di link tersebut menjurus kepada larangan nama Allah tanpa awalan Abdul, bezanya cuma ada yang berpandangan keras, ada yang bersederhana pendapat dalam menyatakan hukum larangan tersebut. Kalau rasa pandangan saya tentang ini salah, bolehlah kiranya meletakkan nama tersebut kepada anak dan lihat jika nama tersebut sesuai atau tak dengan empunya nama, atau mampukah anak tersebut menanggung besarnya keramat nama tersebut. Tentang penggunaan Alif Lam itu, wahai Hamba Allah, fahami betul2 apa link tersebut mahu sampaikan. Maksud "Yang dimikian tidak boleh diberikan kepada selain Allah, seperti al-’Aziz, as-Sayyid, al-Hakiim dan lain-lain" merujuk pada 99 nama Allah yang lain. Baca dengan hati yang ikhlas, jujur dan berhati-hati. "Selain Allah" di sini BUKAN merujuk pada selain nama-nama Allah (99 asma ul-husna), tapi merujuk pada nama khusus "Allah" itu sendiri. Maksud link itu, selain Allah, nama-nama Allah yang lain dengan awalan alif lam juga tidak dibenarkan. Sebab itu ditulis begini "Yang dimikian tidak boleh diberikan kepada selain Allah, seperti al-’Aziz, as-Sayyid, al-Hakiim dan lain-lain", bukan ditulis begini "Yang dimikian tidak boleh diberikan kepada selain Allah, seperti Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.”. Nama syaitan, samada ada alif lam atau tak, takkan la nak pakai pula kan? Apa-apa pun, syukran sekali lagi atas nasihat dan perkongsian ya 'Abdullah, saling menasihati sebegini sangatlah menguntungkan kita sesama Islam. Dari tulisan kamu, berlenggok Indonesia? Dari sanakah? Salam dari Malaysia=)

AkuMuzikFilem berkata...

Hamba Allah

Maksud link 2.

Selain Allah = nama-nama Allah yang lain

Selain Allah BUKAN SAMA DENGAN selain dari nama-nama Allah.

Harap pencerahan ini benar-benar mencerahkan=)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaika ya Abdullah.

Trimas atas pencerahan cabangannya itu. Udah jelas bukan? Gaya penulisan yang jujurnya mengakui di ambil dari artikal sahabat yang lain sahaja. namun pabila kita bermuzakarah gini udah diterangkan secara lebih halusi. ya yang ini yang di-mau nya. Pabila menempel harusnya diterangkan lagi agar lebih faham dan cerah seperti tulisan tuan sendri di ruangan komentar ini.udah nampak bezanya? jelas kita masih berilmu. usah disimpan saja.. aduhh enak skali begini. Saya menyokong gaya penerangannya. tanda ilmu itu berkembangan. seperti juga nasihat si puak16 tanpa nama itu barangkali. yang di mau nya pencerahannya.. bagus sobat. moga Allah merahmati kita.

Hamba Allah
asalnya sebrang namun mastautin di malaysia.

Unknown berkata...

aku xthu plak pasal nama2 ni? tp yg pasti aku pun klu ada anak nk letak nama orgh putih jgk la.. hehe

ghost berkata...

yup tak tahu maksud ape...im sori.

kat skysport tuh memang saya pun...saya MU Die Hard Fan..hihi

Unknown berkata...

ape2pun letak nama biar sedap dan ada makna yg elok.. hehe

catherine- berkata...

hai, nama saya gadis

:)

♥sophie♥ berkata...

nice info ! sgt berguna untuk panduan bg nama anak nty ! hee

lavender harum wangi berkata...

aku nak letak nama bunga. :">

vampire's lovex berkata...

ala..aku x pikir lagi nak letak nama anak aku nanti apa..tggu kawen dlu la..hehe

MuMmyLiL berkata...

hubby saye tetibe nk namakan anak yg 2nd nie Aaron..kebetulan die pn minat aaron Aziz..sy pon minat jugak..ngandongkan bb nie penah mimpi aaron aziz..yg musykilnye ade ke maksud aaron nie..my 2nd bb ni da scan boy..ape nk letak ek..?? accually sy n hubby pakai nama anak pangal 'A' & 'I'..anak sulung gurl namanya Amni Insyirah..so lelaki depannye nak 'I' dlu... pastu letak Aaron... :) kalau bole bg idea :)

AkuMuzikFilem berkata...

iKLiL HuDa..

saya memang tak minat pun aaron aziz ni, tapi kombinasi yang ada nama aaron ni memang saya suka dan diakui kedengaran moden. kalau tanya saya, memang saya jawab maksud baiklah sebab merujuk kepada nama nabi cuma dalam langgam budaya/bahasa lain. tapi lebih baik tanya ustaz atau yang lebih arif. entri ni just luahan fikiran saya je, tidaklah pula boleh dibuat sebagai hujah mutlak. saya pun takde idea pangkalnya bermula 'I', tapi kombinasi yang paling saya suka dan saya selalu guna ialah Aaron Yahya=).

Unknown berkata...

Nama anak saya Aaron Len yg mbawa mksud dlm agama sy ( bible ada tercatat) aaron adalah lembah yg subur ...Len merupakan bulan mulia di mana penganut agama sy berpuasa dgn cara agama kami .... Tapi nak tahu maksud ini kena lah betul2 meneliti bible...tau apa maksud bible ? BASIC IMFORMATION BEFORE LIVING EARTH........May God Bless U Aaron Len