Filem ini aku download setelah mencari filmography pengarah Christopher Nolan (Dark Knights, Inception). Pengarah yang suka meggunakan non-linear plot structure seperti filem lainnya Batman Begins dan The Prestige. Mengisahkan Leonard Shelby, bekas penyiasat insurans, lakonan Guy Pearce (The Time Machine, L.A Confidential) selepas insiden isterinya dibunuh, yang mengalami masalah short-term memory loss akibat insiden itu, yang buatkan dia tak ingat langsung perkara2 yang baru terjadi dan dia baru buat. Dalam pada dia nak cari pembunuh, tiap2 orang dan peristiwa sekelilingnya dicatat samada di nota, gambar atau tatu badan dan dibantu oleh Natalie (Carrie-Ann Moss).
