Cita-cita aku sentiasa ingin menjadi pensyarah. Disanjung dan diampu, walaupun hanya untuk sekelompok kecil (pelajar-pelajar). Umpamanya menjadi seorang raja di dalam kerajaan yang kecil, itu lebih baik dari menjadi hulubalang dalam empayar mega.
Cumanya, aku, terperangkap dalam industri, konon untuk bersikap adil kepada bakal pelajar-pelajar aku, supaya kononnya biarlah aku dilengkapi dahulu dengan pengalaman industri, tidaklah menjadi pensyarah yang kosong.
Dan aku terseksa kerana itu, masih tidak dapat menjadi apa yang aku mahu...
Klik jika berminat
Selasa, 3 Jun 2014
Jumaat, 19 Julai 2013
Masih lagi tak dapat bezakan REDA dan REDHA
Aku akan mendapat alahan perasaan jika penulis akhbar tertukar antara REDA dengan REDHA.
Selasa, 8 Januari 2013
Isnin, 7 Januari 2013
Isnin, 31 Disember 2012
There is only 'If' in alternate universe
![]() |
| Multi Layer Universe |
Khamis, 22 November 2012
Stereoku Monomu
Mono adalah satu. Sebagai penggila bunyi atau audiophile,
mono bukanlah satu pilihan, stereo adalah tahap terendah bagi aku, 5.1 channel
kebiasaan untuk aku. Kelebihan bunyi bukan mono/multi-channel adalah kemampuan memberi
sensasi bunyi yang keliling dan hidup. Dan itu sebab untuk aku kata tidak pada
mono audio.
Isnin, 30 April 2012
Buku pertama Kereta Mayat
"Saya suka penulisan Hamka kerana terasa pemikiran penulis sealiran dengan saya. Gurauan dan pergaulan beliau dengan isteri, hampir sama saja dengan saya dan isteri. Seolah-olah wujud pertalian antara jiwa penulis dan saya. Setiap hujahan yang dilontar, tidak lari daripada apa yang saya fikir seperti artikel “Apa Itu Seks,” yang melontarkan isu perkahwinan awal. Tulisannya yang sinis terhadap orang Malaysia khususnya kaum Melayu ternyata selari dengan pendapat saya. Cumanya, saya tidak sehebat penulis untuk menzahirkan dalam bentuk tulisan. Penulis mampu mencuit pembaca dengan penyampaian dan analogi mudah untuk setiap situasi yang diceritakan. Itulah Hamka. Jiwa Melayu yang universal."
Rabu, 7 Mac 2012
Isnin, 27 Februari 2012
Khamis, 16 Februari 2012
Kaitan lagu dan nostalgia.
Hari ini, aku mengambil peluang pulang ke tempat pertama aku jumpa awek pertama aku. Banyak sangat kenangan di sana. Entah kenapa, benak kepala asyik fikir mahu berjalan ke universiti masa aku belajar dahulu. Hari ini, aku bawa sekali bersama isteri dan anak aku yang genap setahun umurnya beberapa hari lepas.
Empat bulan aku pegang hasrat ini.
Selasa, 14 Februari 2012
Rabu, 8 Februari 2012
Mimpi bunuh orang
Semalam aku mimpi bunuh orang. Entah, aku pun tak kenal siapa. Ia lebih kepada self-defense, tahu-tahu kepala dia sudah tercabut. Serentak itu, bermulanya pelarian aku. Aku diburu, seperti yang aku selalu lihat dalam filem. Akhirnya, filem-filem yang ditonton dijadikan inspirasi oleh reseptor mimpi aku.
Seperti selalu, tak banyak yang kau boleh ingat akan mimpi kau. Bangun, menjatuh diri atas sofa empuk, mengadap komputer, terlihat akaun bankku yang sekian lama muflis angka ke-3, sudah mencapai angka ke-4 nya.
Kadang-kadang, mimpi itu boleh jadi petunjuk benar.
Ahad, 31 Julai 2011
Rabu, 27 Julai 2011
Ahad, 10 Julai 2011
This little Tuna is trying to get some fame abusing Nirvana words
Jumaat, 8 Julai 2011
Bank aku kena rompak
Petang tadi. Bank tempat aku kerja kena rompak. Masa tu aku tengah sibuk end day balancing jam 4. Terkejut aku laki bertopeng masuk sambil pegang pistol menjerit ada rompakan. Spontan je aku tertiarap atas lantai. Damn, dalam hati aku kata matilah aku. Mana guard ni, tak tutup pintu ke? Aku cuma ingat apa yang aku belajar sebulan kat kL lumpur, jangan berlagak hero. Bagi saja apa dipinta. Baring atau tunduk. Wang atau nyawa. Of course nyawa. Wang ada insurans, setiap bank pasti ada. Nyawa ada insurans pun, bukan pulang nyawa.
Perompak datang dekat aku minta wang. Suara macam aku kenal. Aku ingat abang man cuba tenangkan keadaan dan suruh kami bagi saja wang.
Damn, latihan rupanya. Dua perompak itu guard kami dan abang man. Benda ini macam fire drill, wajib buat. Oh abang man. kenapa tak khabar awal-awal? Kalau tak aku berlakon lebih serius. Ada yang tahu, ada yang tak tahu. Ada yang tahu, memang steady. Yang tak tahu, ada terketar, ada pucat muka, ada lari ke tandas. Yang paling ekstrem, ada yang baring. Kak Su pesan, kalau jadi macam tu, jangan lari ke tandas. Nanti kena rogol kat belakang. Wang dapat, sedap pun dapat
Aku tertipu sebab tak sempat tengok perompak kedua (abang man) masuk terkedek-kedek pakai helmet, sambil pegang gulungan kertas. Sekali perompak kedua itu masuk, itu spoil. Yang dah nak pucat tak jadi nak pucat tengok gaya perompak kedua, dengan baju ofis dan kertas. Sedang aku masih berbaring. Tapi serius shit, lakonan perompak pertama betul-betul real.
Aku tertipu sebab tak sempat tengok perompak kedua (abang man) masuk terkedek-kedek pakai helmet, sambil pegang gulungan kertas. Sekali perompak kedua itu masuk, itu spoil. Yang dah nak pucat tak jadi nak pucat tengok gaya perompak kedua, dengan baju ofis dan kertas. Sedang aku masih berbaring. Tapi serius shit, lakonan perompak pertama betul-betul real.
Itu cuma tindakan spontan aku berdasar apa yang aku selalu tengok dalam filem.
Dorang boleh gelak tengok ulang tayang CCTV.
Balik rumah aku cerita kena gelak.
Dalam ni aku cerita rasa kena gelak nanti. Rasa macam bodoh je hari ini.
Tapi actually, aku bangga, aku tahu aku buat benda betul. Itu yang aku belajar dan akan buat kalau jadi betul. Gelak sebab hanya dummy robbery. Kalau betul jadi, itu tindakan paling benar.
Rabu, 6 Julai 2011
Ahad, 19 Jun 2011
The Returner
Akhirnya aku kembali. Bukan kali pertama aku cuba kembali. Ada satu hari minggu lepas aku cuba, tapi tak tertulis. Mungkin belum dalam mood untuk menulis. Aku pun tak fikir akan ada yang ternanti tulisan aku, maka aku tenang saja. Tapi, tulisan di shoutbox oleh beberapa rakan blogger sedikit menyentuh aku untuk menulis, di samping cuba memenuhi deskripsi blog ini "update dengan frekuensi yang kecil, tapi konsisten". Dengan kadar frekuensi 1 entri/bulan juga dikira konsisten dari segi bulanan.
Sabtu, 7 Mei 2011
In Hiatus
![]() |
| Google Images |
Blog ini akan direhatkan lebih kurang sebulan. Jika rasa blog ini bersawang dan membosankan tanpa update, sila ke arkib blog ini kerana saya yakin banyak lagi tulisan saya yang tidak dijamah. Atau klik saja link-link di bawah.
- Old Boy (2003)
- Memento (2000)
- Primer (2004)
- Pelajar UiTM, terbaik di dunia
- Chord gitar Tiada Kata Secantik Bahasa – monoloQue (Indiepretasi P. Ramlee)
- TV berhantu...
- Dilema meletakkan nama anak - Bolehkah menggunakan nama Aaron berbanding Harun?
- Jalan Kelam (2007)
- Paradox
Langgan:
Catatan (Atom)









