Tersebut cerita di sebuah kopitiam
Pelayan Kopitiam : Ye encik nak minum apa?
Pelanggan Muka Hitam : White coffee satu ya.
Pelayan Kopitiam : Makan?
Pelanggan Muka Hitam : Taknak.
5 minit kemudian
Pelayan Kopitiam : Ini encik kopinya.
Pelanggan : Ini bukan white coffee, ini kopi hitam! (dengan nada membentak)
Pelayan Kopitiam : Oh yeke. Sorry encik.
Pelanggan : Apa kau dah tak pandai beza mana putih, mana hitam ke?!
Pelayan kopitiam : Ek eleh, sedap mulut kau je. Yang putih tu hati aku, yang hitam muka engkau!
Ini dialog drama yang aku baru tonton beberapa hari lepas. Sesekali mendengar skrip melayu yang sinis seperti ini menangkap telinga juga. Aku anggap skrip drama melayu sangat klise dan mendatar. Kadang tidak menggambarkan realiti sebenar percakapan seharian orang kita. Terlalu disusun atau tak natural bunyinya. Berlainan dengan hollywood yang bagi aku jujur walaupun kasar dan lucah, kerana itulah cara percakapan mereka seharian bagi yang mana mengamalkannya. Ia tidak terlalu disusun atau terlalu kemas, sarkastik mereka tanpa maksud tersembunyi.
5 ulasan:
drama kita nampak sgt macam ikut skrip
yup, kita strictly scripted. yang aku tahu, sesetengah pelakon kat sana, improvise dialog dorang. maksudnya dorang boleh tambah dialog menyerupai situasi sebnar percakapan, mimik muka, ekspresi suara, body language, asalkan tak lari dari konteks babak
Hm, drama skrg sangat klise ...
depa blakon
sama2 blakon
Hai bang, lamanya hiatus! :D
Ah, konon-konon kan budi bahasa budaya kita. Dalam drama wujud la gitu. Realitinya, hah kita sama tau.
Catat Ulasan