Ibarat abang marahkan adik. Sementelah kita menang Piala Suzuki AFF 2010, pelbagai tuduhan dilempar penyokong Indonesia terhadap kita, dengan alasan yang childish dan bodoh kedengaran. Sangatlah memalukan diri mereka sendiri. Ini jawapan untuk mereka :
Klik jika berminat
Jumaat, 31 Disember 2010
Khamis, 30 Disember 2010
Ibarat adik mengalahkan abang
![]() |
| http://www.affsuzukicup.com/ |
Piala AFF Suzuki edisi 2010. Indonesia tewas 4-2 (agregat). Ibarat adik mengalahkan abang. Alhamdulillah. Tiada rasa yang dapat gambarkan perasaan malam ini. Bangga, bersyukur, dan lepas suspens di dada. Sepanjang perlawanan 90 minit, hati aku sentiasa tak tenang. Perasaan ini tak sama dengan menonton EPL, Chelseaku atau mana-mana skuad luar lain, sebab kali ini, aku tengok negara aku sendiri main, perasaan yang sangat rare bagi aku.
Jumaat, 17 Disember 2010
Pelajar UiTM, terbaik di dunia
![]() |
| MARA Retro |
Hebat bukan tajuk ini. Takdelah aku terbaca akhbar Inggeris NST bertajuk "Best in The World!-UiTM student posts highest score in accounting score", bertarikh 29 Nov 2010, edisi Isnin. Artikel Tentang Khalid bin Kamaruzaman yang dianugerahkan ‘World’s Best CAT Graduate’ dalam Certified Accounting Technician (CAT). Aku tak tahu sangat apa CAT ini, yang aku tahu benda ni macam satu sijil profesional untuk orang akaun lah kan, macam CFP untuk finance, cuma yang ni mungkin lebih bersifat international dan berprestij yang ditawarkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) berpusat di UK. Genius dari UiTM Shah Alam Fakulti Perakaunan ini skor markah tertinggi 474 (daripada 500), atau hampir 95%.
Rabu, 10 November 2010
Debut Tanpa Pengenalan
Salam sebagai pembuka bicara. Debut tanpa pengenalan, permulaan tanpa salam. Tak sedar pula setelah empat entri, masih tiada pengenalan dari penulis. Segan pula rasanya. Mendadak pula kemunculan blog ini tanpa muqadimah. Entri pertama dimulakan tanpa salam dan muqadimah, dan secara radikal aku membuat entri. Mungkin pertanyaan acap seorang teman blogger penulis ‘The Owner of Lonely Heart’ tentang mananya blog penulis buatkan aku menulis secara mendadak (ini bukan blame statement, mungkin penghargaan). Sudah berkira-kira sedikit waktu kebelakang sebelum ini untuk mulakan blog, tetapi kekangan masa (kekangan ciptaan) buatkan debut agak lewat. Dan satu ketika juga, timbul kehilangan mood/semangat untuk menulis blog yang padahal sebelumnya agak boleh tahan berkobar-kobar. Perasaan ini timbul mungkin akibat rasa rendah diri (yang tak berlebihan) semasa lawatan ke blog terkenal blogger2 otai seperti The Owner of Lonely Heart, Irama Kebenaran, Hikayat Kisah Resah Gelisah, Hati Mula Merasa, Bila mulut Diam, Bila Jari Berbicara (nama yang something camnila), dan lain-lain.
Isnin, 8 November 2010
Inception (2010)
Baru selesai menonton Inception. Kepuasan yang berbaloi dengan penantian sumber download yang berkualiti. Bukan tak mahu menonton wayang atau beli DVD, tapi memang di Kota Bharu mahu pun Bentong tiada panggung wayang. Secara global pun, sumber DVD baru keluar. Satu keanehan dalam torrent, lambat amat sumber DVD rip muncul, Blu-Ray rip apatah lagi. Tak tahulah kenapa, malas nak cari sebab kenapa, mungkin sebab meletup sangat kot di sana, maka tak keluarkan DVD awal2 (agak je). Nak tunggu BRrip, dah tak sanggup tunggu lama2. Malu nak cakap baru je tonton sedangkan lama diperkatakan. Masih lagi terbayang keindahan plot Memento (2000), dihidangkan pula dengan Inception, teringat pula Dark Knights (2008), tiada apa boleh dikatakan, Nolan memang genius.
Langgan:
Catatan (Atom)

