Klik jika berminat

Ahad, 7 November 2010

Memento (2000)



Filem ini aku download setelah mencari filmography pengarah Christopher Nolan (Dark Knights, Inception). Pengarah yang suka meggunakan non-linear plot structure seperti filem lainnya Batman Begins dan The Prestige. Mengisahkan Leonard Shelby, bekas penyiasat insurans, lakonan Guy Pearce (The Time Machine, L.A Confidential) selepas insiden isterinya dibunuh, yang mengalami masalah short-term memory loss akibat insiden itu, yang buatkan dia tak ingat langsung perkara2 yang baru terjadi dan dia baru buat. Dalam pada dia nak cari pembunuh, tiap2 orang dan peristiwa sekelilingnya dicatat samada di nota, gambar atau tatu badan dan dibantu oleh Natalie (Carrie-Ann Moss).

Filem ini tak bergerak lurus, kebelakang naratifnya, jadi tips utama menonton ialah penamat cerita ini pada permulaan filem, tetapi teka-teki terjawab pada permulaan cerita iaitu akhir filem. Semestinya filem yang twisted, mind-blowing sifatnya, maka jangan tertipu apa yang diceritakan Leonard, tumpuan yang penting. Watak Sammy (Stephen Tobolowsky), pelanggan insurans Leonard yang diceritakannya antara klu yang penting, Sammy juga berpenyakit sama.

Rating aku? Filem yang memeningkan, plot bergerak terbalik, kadang2 hilang tumpuan tonton filem ni, stop tonton hari lain demi jaga tumpuan, tapi masih filem yang bagus dan twist yang dijelaskan tanpa falsafah yang berat, dapat difahami, aku terpesona dengan endingnya,  8.5/10. Semestinya antara masterpiece Nolan. Akhir kata, kasihan Teddy (Joe Pantoliano).

p/s : Mahu tahu filem apa yang remake balik filem ini? Filem 'Ghajini' lakonan Aamir Khan. Remake Memento versi Bollywood. Boleh bayang? 

8 ulasan:

James Dean berkata...

Ini juga from TORRENT?? huhuhu,
Aat, ayat ko bagus... Suka!

AkuMuzikFilem berkata...

sgt mudahla dgn torrent, percayalah, btjunkie pula search engine yang paling user friendly, banding isohunt, mininova ke ape..pas2 yg penting kena ada downloader software untuk torrent, yang paling familiar utorrent dgn bittorrent..blu ray rip bersepah gila kat torrent

khairul hisyam berkata...

kenapa aku lagi suka cerita ni? idea penceritaan yang infiniti sebenarnya. susah aku nak terangkan aku kene tengok cerita ni balik. kene buat review yang begitu mendalam untuk menceritakan kembali. pasal apa yang aku faham sekarang ni susah untuk disusun menjadi perkataan. haha

apa yang boleh dikatakan secara general Leonard Shelby ni dah banyak bunuh orang. dia gunakan kelemahan dia sebagai advantages juga. macamtu la lebih kurang

AkuMuzikFilem berkata...

*apa yang boleh dikatakan secara general Leonard Shelby ni dah banyak bunuh orang. dia gunakan kelemahan dia sebagai advantages juga. macamtu la lebih kurang*

Haha ok2 faham dari quote kau yang ni. Kekurangan dia tu dalam tak sedar buat ramai yang disyaki dibunuh, tapi sebenarnya yang disyaki pun tak bersalah, isteri dia bukan mati dibunuh.

khairul hisyam berkata...

macamtu lebih kurang; dia sendiri memanipulate diri sendiri di samping itu orang-orang lain juga mengunakan dia. haha.

khairul hisyam berkata...

Many medical experts have cited Memento as one of the most realistic and accurate depictions of anterograde amnesia in any motion picture.

ni juga salah satu sebab; mengunakan sesuatu yang telah wujud tapi komplicated untuk dijadikan bahan cerita menyebabkan cerita ini sungguh genius.

AkuMuzikFilem berkata...

khairul hisyam

*macamtu lebih kurang; dia sendiri memanipulate diri sendiri di samping itu orang-orang lain juga mengunakan dia. haha.*

Ok dia sendiri manipulate kekurangan dia seolah-olah untuk 'menghalalkan' perbuatan dia. Ok2. Suka pandangan ni.

*Many medical experts have cited Memento as one of the most realistic and accurate depictions of anterograde amnesia in any motion picture.

ni juga salah satu sebab; mengunakan sesuatu yang telah wujud tapi komplicated untuk dijadikan bahan cerita menyebabkan cerita ini sungguh genius.*

Ok2. Respek kau jumpa maklumat ni.haha. Biasalah orang sana, buat filem guna otak, berlandas fakta dan ilmu.

Tanpa Nama berkata...

Jaadi.. Lenny yg bunuh bini dia sendiri kan??