Baru selesai menonton Inception. Kepuasan yang berbaloi dengan penantian sumber download yang berkualiti. Bukan tak mahu menonton wayang atau beli DVD, tapi memang di Kota Bharu mahu pun Bentong tiada panggung wayang. Secara global pun, sumber DVD baru keluar. Satu keanehan dalam torrent, lambat amat sumber DVD rip muncul, Blu-Ray rip apatah lagi. Tak tahulah kenapa, malas nak cari sebab kenapa, mungkin sebab meletup sangat kot di sana, maka tak keluarkan DVD awal2 (agak je). Nak tunggu BRrip, dah tak sanggup tunggu lama2. Malu nak cakap baru je tonton sedangkan lama diperkatakan. Masih lagi terbayang keindahan plot Memento (2000), dihidangkan pula dengan Inception, teringat pula Dark Knights (2008), tiada apa boleh dikatakan, Nolan memang genius.
Bak kata seorang sahabat, Harun Yahya + The Matrix = Inception. Ingin kutambah persamaan di sini, Harun Yahya + The matrix + Albert Einstein = Inception. Inception dalam Melayunya (kamus elektronik Indonesia dalam laptop aku) ialah permulaan, lahirnya. Ada siapa2 boleh beritahu kaitan tajuk dengan filem ni? Jujur aku cakap (tanpa bangga diri), filem ini tiadalah sukar sangat untuk difahami, teori mimpi dalam mimpi masih mudah difahami, dan di dalam mimpi lagi-lapisan ke-3 (mesti ada antara korang pernah alami kan?). Kita faham ada berlapis2 dunia mimpi, masa menonton jangan keliru, aku masih dapat membezakan mana satu realiti pertama atau realiti kedua (mimpi pertama) atau realiti ketiga (mimpi kedua). Twist juga dijelaskan dengan baik di mana kita tahu isteri Cobb mati semasa alam realiti, bukan alam mimpi, akibat dari masih mempercayai dunia yang diduduki alam mimpi lagi. Cuma sesekali penulis tak faham istilah dan teori mimpi yang dibincangkan semasa perbualan antara watak2, yang mungkin agak berat sikit (bagi aku, mungkin tidak orang lain, how lucky!). Memetik dari karya Harun Yahya yang juga dipetik dari philosopher silam (tak ingat nama), "Bolehkah siapa-siapa jamin dunia yang aku tinggal ini bukan mimpi? salah2 akan ada orang bangunkan aku". Kalau korang faham pemikiran Harun Yahya, mesti korang boleh faham The Matrix. Bila dah faham dua2, mesti senang sikit nak faham Inception. Kedua2 menyatakan bahawa dunia hanyalah persepsi semata2. Tiada siapa boleh jamin bahawa dunia yang kita tinggal benar2 realiti. Cuma Harun Yahya menyentuh dari sudut agama, The Matrix sebagai memenuhi kehendak komersil dan keuntungan.
Tapi bagi aku, kalau2 betullah dunia ini persepsi@mimpi (kebarangkalian tinggi, aku tak dapat tolak), since ini saja dunia yang paling real kita ada, boleh nampak, nikmati dan rasai, so live it on, enjoy our life. Aku tetap bercita-cita miliki rumah selesa, kereta BMW dan sebagainya. Haha. Albert Einstein sohor dengan teori relativiti beliau. Sekadar pandangan peribadi yang dahaga ilmu. Prinsip nisbah/pandangan masa di alam nyata dengan alam mimpi, dengan lapisan mimpi kedua dan seterusnya berganda mengikut lapisan, macam nak sama dengan teori masa itu relatif Albert Einstein. Menyatakan pandangan masa tak mutlak, bergantung kepada individu. 1 minit bagi orang lain terkena api, mungkin tak sama dengan 1 minit kita bersebelahan kekasih. Setahun di akhirat, tak sama dengan setahun dunia. Masa itu relatif, bergantung pada kedudukan pemerhati masa. Sama juga dengan konsep malam Lailatul Qadar, dinisbahkan 1 malam tersebut sebagai lebih kurang 83 tahun ibadat, air kelihatan kaku (actually mengalir, tapi dengan kadar sangat perlahan), sebab masa pada malam itu bergerak sangat perlahan, umpama 83 tahun lamanya. Sekadar pandangan saja.
Pendapat peribadi, filem ini lebih mudah berbanding Memento, tetapi dengan tema dan falsafah yang lebih kompleks, mungkin mudah bagi aku kerana exposure terdahulu aku terhadap falsafah2 berkaitan. Mungkinlah. Rating penulis 9.5/10. Last, macam familiar muka watak Robert Fischer (Cillian Murphy), patutlah, jumpa dalam 28 Days Later (2002), actually banyak juga Nolan ambil dia berlakon. Kagum tengok Tangga Penrose dalam Inception, paradoks gila, nampak cam nak naik, tapi turun, nampak nak turun, tapi naik, tak tahu mana satu. Melawan hukum, imej yang mind-blowing, takjub. Akhir kata, kesemua di atas hanyalah pendapat peribadi. Yang salah harap diperbetul.

15 ulasan:
jalan cerita memento lagi menarik kerana konsep jalan penceritaan berkonsep kebelakang. bagi aku cerita memento atas skit dari inception. :)
Sebenarnya banyak lagi cerita yang agak kompleks yang agak menarik juga seperti fight club (1999) dan sixth sense (1999) juga antara yang terbaik.
Actually dah update full review kat blog aku. aku cuba mengolah bukan daripada penceritaan mimpi tapi lebih kepada general.
http://khairulhisyambox.blogspot.com/2011/01/inception-ending.html
Macam aku cakap, filem ini lebih mudah berbanding Memento, tetapi dengan tema dan falsafah yang lebih kompleks. Memento dengan tema yang lebih mudah (hilang ingatan), tapi dengan aliran plot yang lebih kompleks bagi aku, sebab watak utama sendiri pun tak pasti apa yang berlaku, apatah lagi kita sebagai pemerhati. Setiap klu dan adegan perlu dicerna betul2 supaya kita tak hanyut. Last2 memang dapat faham.
Of course la fight club, Ed Norton! List karya agung untuk aku juga tu. 6th sense memang fenomena la masa tu, sekarang slow dengan Shyamalan.
Bila baca balik, baru faham kenapa 'Inception'.
hmm biasa aku tka tulis review penuh pun. hehe. tapi kau ada cara tersendiri mengreview movie menbuatkan aku tertarik nak tulis full review. apapun apa yang ada kat blog aku cuma pendapat sendiri. cerita oldboy ngan primer tak tengok lagi. masa untuk download yeah.
Dulu aku tak sedar cara aku memandang filem yang aku tonton bagaimana, lama setelah menulis tentang filem, baruku sedar, aku bukan nak bercerita tentang filem itu sangat, tapi lebih kepada ilmu2 dalam filem atau falsafah berkaitan dengan filem tersebut. Mendalami stail filem dan pemikiran pengarah itu yang aku suka. Sinopsis atau jalan ceritanya permukaan sahaja aku sentuh. Lagipun bagi semua, spoil la untuk pembaca,hehe, general ok la. Blog aku tak sampai lagi kepada Martin Scorsese, Guy Ritchie, Darren Aronofsky dan beberapa kerat lagi. Tak sabar menulis. Tapi tiada masa betullah. Menulis pun memerlukan mood dan masa khusus. Yeah, tonton dan kongsi dengan aku, paling tak fahamlah dengan Primer.
Cik Khairul kata Memento lebih baik dari Inception, saya memang tak tolak, pandangan kita unik, tak sama satu sama lain. Rating saya untuk Inception mungkin tinggi sebab subjek filem itu sendiri subjek obses, kesukaan saya zaman lepas habis SPM dulu2.
setuju! saya gemar mengulas tentang isu atau ilmu yang digunakan dalam sesebuah filem. antara filem yang saya gemar kupas isunya (sudah tentu berulang kali menontonnya) adalah inception, the matrix trilogy namun belum pernah menonton memento itu. harap dapat tonton kerana membaca review anda sangat mengujakan!
haha bagusla cik izuan ni. ok2. kena tengok memento tu. memento dengan tema yang lebih mudah tanpa falsafah atau tema fizik yang pelik, tapi dengan plot ynag lebih unik dan kompleks.
Aku suka karya Christopher Nolan.
Berikut adalah carta film beliau di mata aku:
1. The Prestige
2. Batman Begins
3. Memento
4. The Dark Knight
5. Inception
Yang lain belum tengok, dah tengok, mungkin kedudukan akan bertukar. : )
Persepsi yg bernas buat filem ini. Sering aku jumpa mereka yang menganggap filem inception ini sekadar filem fantasi remeh.
Thumb up!
dah lame nak tgk cite ni..sampai sudah tak tengok2..haha
Hamka..
1. The Dark Knights
2. Batman Begins
3. Inception
4. The Prestiges
5. Memento
cuba 'imsomnia', remake filem norway, oleh nolan.
Mutalib attholib..
Mungkin mereka kurang sense terhadap filem sebegini. bagi yang tak faham falsafah filem ni, memang payah nak hadam filem niu. sekadar terhibur nikmati babak dan efek grafik sajalah.
cinonex coreyan..
download saja, sekarang bersepah sumber BRRip=)
*insomnia. al pacino berlakon tu
inception memang bagus.
movie bergenre mystery lainnya yang bagus
donnie darko
the prestige
memento
Catat Ulasan