Klik jika berminat

Khamis, 30 Disember 2010

Ibarat adik mengalahkan abang

http://www.affsuzukicup.com/

Piala AFF Suzuki edisi 2010. Indonesia tewas 4-2 (agregat). Ibarat adik mengalahkan abang. Alhamdulillah. Tiada rasa yang dapat gambarkan perasaan malam ini. Bangga, bersyukur, dan lepas suspens di dada. Sepanjang perlawanan 90 minit, hati aku sentiasa tak tenang. Perasaan ini tak sama dengan menonton EPL, Chelseaku atau mana-mana skuad luar lain, sebab kali ini, aku tengok negara aku sendiri main, perasaan yang sangat rare bagi aku.
Cuma kecewa sedikit dengan semangat Malaysia malam ini, permainan leweh sahaja mungkin selesa dengan 1st leg sebelum ini, simptom biasa pemain kita, terkadang nampak seperti moral down. Tak macam 1st leg di Bukit Jalil, adrenalin aku pun naik menonton, bukan seperti Malaysia tipikal langsung, dan akhirnya kenyang dengan bekalan selesa untuk ke Gelora Bung Karno hari ini. Apa-apa pun tahniah kepada setiap pemain Malaysia, terutama Khairul Fahmi dan Safee Sali, kalian wira di mataku. Tetap ada membalas dan cubaan cantik walau nampak leweh kadang-kadang. Tahniah juga kepada Indonesia, kerana kalah anda, kalah melawan, terpesona dengan semangat kalian. Aku juga kagum terhadap penyokong Indonesia yang over fanatik dalam forum, walaupun agak melampau dan nampak kebodohan (Jawapan untuk penyokong Indonesia), memang aku kagum nasionalisme mereka, trait yang jarang-jarang ada pada kita.
Terima kasih Indonesia, khususnya Bambang Pamungkas, berkat gol kamu, mengalahkan Thailand buatkan Malaysia naib juara kumpulan dan melayakkan ke separuh akhir dan seterusnya tanpa takut-takut bergelar juara menewaskan si abang. Ibarat si abang menolong si adik kelemasan, akhirnya si abang kehanyutan. Memang saudara sedarah ini berbisa di rantau ini! Tahniah Malaysia dan Indonesia. Suka untuk diingat, plot perjalanan Malaysia pada Piala Suzuki kali ini persis bola sepak Sukan SEA 2009, kalau tak salah aku. Menjadi juara pada final dengan mengalahkan pasukan yang tewaskan Malaysia pada saingan kumpulan, iaitu Vietnam. Kali ini mangsa kebangkitan, Indonesia. Benar bak kata Rajagopal, setiap pasukan ada ‘worst performance’ dan ‘best performance’ masing-masing. Malaysia sudah lepas ‘worst performance’ dengan kalah 5-1 kepada Indonesia pada peringkat kumpulan. Tapi ‘best performance’ kita hadir pada final pertama, skor 3-0, dan itu dianggap ‘worst performance’ buat Indonesia. How lucky ‘best performance’ kita hadir waktu final. Umpama 'save the best for the last'. Yeah!!
Inilah kali pertama kita menangi Piala AFF Suzuki yang dulunya dikenali dengan Piala AFF Tiger, dan kita negara ke-4 selepas Thailand (3 kali), Singapura (3 kali), dan Vietnam (sekali). 14 tahun lamanya. Signifikan perubahan bola sepak kita. Teringin sangat jadi macam rakyat negara lain seperti England dan Brazil, yang ada skuad yang boleh diagungkan, dan disokong dengan penuh perasaan bangga dan patriotik. Manis sekali perasaan tersebut. Terlepas satu perasaan seksa malam ini, setelah lama memendam rasa dengan bola sepak kita. Tahniah Malaysia. Terima kasih Rajagopal.

Tiada ulasan: