 |
Google Images |
Entri yang tersangat pendek. Teringat dulu kata-kata lecturer aku, berkenaan gila, dalam dunia ni ada macam-macam jenis gila. Ada gila bayang, gila talak, ada gila babi, gila seks, gila pada; apa-apa yang merujuk pada obsesi atau kecanduan individu terhadap sesuatu. Ada satu jenis gila baru zaman sekarang; gila status kat facebook. Hatta sekecil perkara pun mahu shout. Kelakarlah. Ya aku akui, di kalangan sahabat pemikir aku pun suka shout status kat wall masing-masing, tapi aku suka, status masing-masing ada isi. Bukan kecil punya isu. Ya aku suka, sekurang-kurangnya dengan status member-member la aku tahu kugiran kegilaan The Strokes keluar album baru, yang dah 5 tahun rasanya tak keluar album baru. Bukan semua gila tak berguna. Paling tak boleh blah status orang perempuan. Korang faham-faham sendirilah. Status yang terus terang seperti takde kat rumah juga boleh mengundang bahaya.