Klik jika berminat

Ahad, 7 November 2010

Primer (2004)



Aku jumpa filem ini setelah carian aku tentang time-travel movies meletakkan filem ini antara yang terbaik. Obsesi aku terhadap time-travel menemukan aku dengan filem ini. Bak kata seorang penonton dari Amerika, berani potong jarilah kalau ada orang kata dia boleh faham filem ini dengan tonton sekali saja (potong jari aku tambah). Nasihat aku sebelum tonton filem ini, baca2lah sinopsis dari internet dulu sebagai bekalan pengetahuan semasa menonton. Banyakkan baca review tentang filem ini, banyakkan carian dalam internet tentang parallel universe, paradoxes dan time travelling.

Diarahkan oleh Shane Carruth (bukan orang filem pun), bekas jurutera dan ahli matematik. Berkisar tentang dua orang saintis, Aaron (Shane Carruth) dan Abe (David Sullivan) yang tak sengaja mencipta sebuah alat yang membolehkan mengembara ke masa lepas (dalam filem ini sekadar hari atau minggu yang lepas saja). Dan menggunakan untuk menipu dalam meramal pasaran saham. Akhirnya mesin itu digunakan untuk setiap aspek hidup mereka yang buatkan timeline jadi chaos. Ada babak di mana ada watak lain yang tidak sengaja guna mesin itu, babak di mana Aaron kembali beberapa hari sebelum untuk menghalang Aaron waktu tersebut. Babak paling aku suka di mana Aaron merakam dialog kejadian yang telah berlaku dan kembali ke kejadian tersebut, gunakan earphone untuk dengar dan ulang semula percakapan itu.

Aku memang tak dapat faham filem ini sepenuhnya. Filem ini berat dengan falsafah saintifik  dan fiziknya. Dialog2 yang digunakan penuh dengan terma-terma fizik dan saintifik mungkin sukar dicerna oleh manusia yang tanpa latar belakang fizik yang kuat, macam aku. Minat, tak semestinya master. Sudahlah twisted, didasari pula dengan falsafah yang berat2, memang confirm payah nak faham. Kadang2 tu, dalam masa yang serentak entah ada berapa banyak Aaron, boleh dipanggil dengan Aaron1, Aaron2, Aaron3. Antara klu ialah earphone yang dipakai Aaron dari awal lagi ialah untuk dengar dialog kejadian yang telah berlaku, yang bagi Abe hanya sedang berlaku. Sebenarnya banyak perkara yang Abe tak tahu, kehadiran mesin kedua, rakaman kejadian lepas, pengetahuan Aaron tentang timeline dan situasi sebenar mereka advanced. Yang paling aku faham sekali ending dia, Aaron sedang bikin projek mesin itu besar-besaran di Perancis. Hehe.

Filem ini betul2 gaya indie dengan bajet rendah la, projek mesin masa dorang pun buat kat garaj belakang rumah saja. Walau bajet rendah, penerimaan filem ini positif. Kalau filem  sains dibuat ahlinya (jurutera dan ahli matematik), beginilah hasilnya. Review ini sekadar perkongsian pendapat, bagi siapa-siapa yang faham sepenuhnya, boleh kongsi, bagi yang tak pernah tahu atau tonton, boleh mula cari dan tonton, kemudian kita kongsi. Tak dapat bagi rating, sebab tak faham sepenuhnya. Penulis kena tonton balik berulang kali. Tapi memang filem yang bagus bagi penggemar time-travel dan parallel universe (multiverse), filem yang bagus bagi penggemar cult movies. Tak sabar tunggu filem Carruth kelak, The Topiary.

11 ulasan:

James Dean berkata...

nak link?? Nak download!! Macam best...~

AkuMuzikFilem berkata...

http://btjunkie.org/torrent/Primer-LiMiTED-DVDRip-XviD-DoNE/4358a0e21ea21e2b060904bc601f46497658f25630db

AkuMuzikFilem berkata...

lepas tonton, cerita balik kat aku..haha..aku sorang2 xmampu nak faham, nak tengok balik rasa malas..tapi akan tengok juga

James Dean berkata...

hahahaha....
Ala, guna torrent ke?? xreti!

AkuMuzikFilem berkata...

sgt senang la, g kat btjunkie..

khairul hisyam berkata...

aku dah tengok cerita ni dah. hehe. cite ni dalam general dia nak stopkan diri dia yang telah buat time machine dari mengunakan time machine.

AkuMuzikFilem berkata...

Generalnya begitulah, tapi detail timeline (ada timeline ke?) atau plot camne dia buat semua tu yang aku pecah kepala, dengan term2 fizik dia. giler.

AkuMuzikFilem berkata...

satu review dari kau khairulhisyam takde? mahu tahu dari kau

azka berkata...

nati aku cuba sedut kat btjunkie. cuba donlop cite phi (1998) cerita lama, layan juga tambah2 yang ada asas math.

salam

CikguShikin berkata...

Hadui..memang pening tengok cerita ni cuma bila tengok tu kena expect the unexpected..sebab bukan semua Abe dan Aaron yang kita tengok dari awal adalah orang yang sama..tapi kalau tengok ulang kali boleh perasan tali leher yang dipakai. yang saya perasan first Aaron pakai tali leher belang hitam merah dan first Abe pakai tali leher belang hijau putih..sekarang dah banyak review, baca review kat Wikipedia memang detail.

Filem ni ala-ala cerita pendek kat Hallmark Channel. Pertama kali tengok saya nangis tak tahu kenapa.

CikguShikin berkata...

Zaman sekolah dulu ada cerita Spellbinder. Cerita seorang budak lelaki yang pandai dalam subjek sains terperangkap di dunia selari. Spellbinder 2: Land of the Dragonlord, cerita tentang mesin masa yang boleh mengembara ke dunia yang selari (bukan ke masa lalu) pada frekuensi berbeza. Ada banyak dunia lain yang selari (dalam cerita tu la). Yang menariknya, Spellbinder 1 ada cerita tentang Sains..sebab tu CikguShikin suka.