Klik jika berminat

Jumaat, 5 November 2010

Old Boy (2003)



Aneh, mengada-ngada dan menjijikkan. Filem yang diadaptasi dari manga Jepun Old Boy ini adalah salah satu siri dari The Vengeance Trilogy, selepas Sympathy for Mr. Vengeance (2002) dan sebelum Sympathy for Lady Vengeance (2005) arahan Park Chan-wook (I'm a Cyborg, But That's OK). Kisah seorang lelaki yang diculik dan dikurung tanpa sebab selama 15 tahun, dan mempunyai masa hanya 5 hari untuk mencari dalang dan sebabnya.

Dalam tempoh kurungan, berkira2 untuk balas dendam pabila bebas, listing prospek pengurung, cubaan melarikan diri (yang akhirnya sebelum sempat lari, dibebas secara percuma) dan belajar banyak perkara melalui TV (yang disediakan pengurung), sesekali TV tersebut menjadi modal seks. Aneh sebab watak utama nampak pelik je, begitulah agaknya setelah berbelas tahun dikurung . Ditambah plot yang twisted, memang weird la filem ni. Sedikit ngada2 sebab still tak dapat lari dari imej filem Korea lain yang ada unsur2 macam nak buat kelakar gitu (bukan dari segi dialog, tapi dari gaya lakonan, mimik muka). Aku assume filem ni filem serius, sebab tema dendam, tapi takdela kelakar sangat pun (bagi aku je  kot nampak lucu), masih filem serius, mungkin stail Korea macam tu kot atau saja dia pengarah ni. Menjijikkan tengok hubungan terlarang antara anak-beranak dan adik-beradik. Sedikit gory tapi tidaklah se’gory’ sesetengah filem Hollywood, dan aku memang suka Hollywood style yang ada unsur2 gory yang direct, ganas, sadis, darah memancut-mancut (walaupun kadang2 nampak tak real). Gory filem ini tak direct, tapi takpe, bukan sebab gory, filem ini menarik.

Bagi aku, kegilaan watak, kedua-dua yang dikurung dan pengurung mempunyai motif yang sama kuat untuk berdendam, pastinya watak utama dikurung kerana sesuatu yang dibuat pada waktu lampaunya. Kalau filem ini dibuat dari perspektif pengurung pun takde masalah rasanya. Quote penting filem ni,”jangan tanya soalan yang salah, kerana sampai bila2 takkan dapat jawapan sebenar, tanya soalan yang betul, baru dapat jawapan”.”jangan tanya kenapa aku kurung engkau, tanya kenapa aku lepaskan kau?”.  Pandangan peribadi aku, objektif dendam pengurung ialah buatkan yang dikurung bercinta dengan anak dia, sama seperti yang dialami si pengurung (dengan kakak). Pengurungan itu hanyalah untuk pisahkan dan buatkan dia tidak kenal akan anaknya. Matlamat utama, buat si ayah jatuh cinta dengan anak, perancangan rapi 15 tahun, kerana si anak pun dibela pengurung.

Keseluruhan, aneh tapi menghiburkan, sedikit twisted tapi masih boleh difahami. Aku tak cerita semua pun, sedikit klu2 besar je, twisted tu masih boleh dirasai, kalau rasa spoiled, maaflah. Kategori wajib tengok.Rating penulis? 8.5 out of 10. Tak lupa, filem ini dianggap masterpiece oleh karyawan barat.

Tiada ulasan: