Klik jika berminat

Ahad, 9 Januari 2011

Chord gitar Tiada Kata Secantik Bahasa – monoloQue (Indiepretasi P. Ramlee)

Allahyarham P. Ramlee

Loque Butterfingers a.k.a monoloque


Jujur cakap, payah gila cari chord lagu ni. Sangat mencabar. Stail muzik P. Ramlee. Semua chord kemungkinan berbunyi seakan-akan. Ditambah pula dengan perasa monoloQue. Memang masterpiece la lagu ni. Cabaran yang lebih kurang dengan lagu Getaran Jiwa, running chord berganti-ganti, terpaksa abaikan. Peh. Cuma Getaran Jiwa familiar dengar, banding yang ni, baru dengar dengan beria sebab monoloQue buat cover tribute untuk Projek P. Ramlee… Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi. Tidak menafikan kehebatan versi kugiran lain untuk projek ini, tapi bagi aku versi monoloque adalah cover terbaik. Keaslian dia macam tak terjejas sangat, jiwa lagu itu masih lekat lagi. Masih beralun Melayu dan asli. Malah jujur kata, tanpa menafikan kehebatan yang asli, aku lagi suka versi monoloque ini. Lebih berperisa dan berirama dengan bunyi gitar 'kotor'. Yeah!

Chord gitar Kekanda Adinda - monoloQue ft. Atilia


Entri pertama untuk tahun 2011, ialah lirik dan chord lagu 2010. Ketinggalan juga aku ni. Takpelah, aku saja cari chord gitar dalam internet (bosan lama tak main gitar, asyik ngadap movie je, dan buat sales), takde satu pun kena dengan telinga aku, maka aku pun bercadang cari sendiri. Kurang-kurang dapat satu entri untuk blog aku ni. Dan sememangnya antara objektif utama ‘penubuhan’ blog ni. Kekanda Adinda, monoloQue ft. Atilia. Lagu ni memang menangkap betul lirik dia, ada jalan cerita dan sinis bunyinya. Seperti biasa dari Loque. Gadis-gadis yang tak pernah kenal siapa Loque (genius muzik dari kugiran Butterfingers) ini pun kalut meletakkan video dalam Facebook masing-masing. Haha inilah penangan monoloQue.

Jumaat, 31 Disember 2010

Jawapan untuk penyokong Indonesia

Ibarat abang marahkan adik. Sementelah kita menang Piala Suzuki AFF 2010, pelbagai tuduhan dilempar penyokong Indonesia terhadap kita, dengan alasan yang childish dan bodoh kedengaran. Sangatlah memalukan diri mereka sendiri. Ini jawapan untuk mereka :

Khamis, 30 Disember 2010

Ibarat adik mengalahkan abang

http://www.affsuzukicup.com/

Piala AFF Suzuki edisi 2010. Indonesia tewas 4-2 (agregat). Ibarat adik mengalahkan abang. Alhamdulillah. Tiada rasa yang dapat gambarkan perasaan malam ini. Bangga, bersyukur, dan lepas suspens di dada. Sepanjang perlawanan 90 minit, hati aku sentiasa tak tenang. Perasaan ini tak sama dengan menonton EPL, Chelseaku atau mana-mana skuad luar lain, sebab kali ini, aku tengok negara aku sendiri main, perasaan yang sangat rare bagi aku.

Jumaat, 17 Disember 2010

Pelajar UiTM, terbaik di dunia

MARA Retro

Hebat bukan tajuk ini. Takdelah aku terbaca akhbar Inggeris NST bertajuk "Best in The World!-UiTM student posts highest score in accounting score", bertarikh 29 Nov 2010, edisi Isnin. Artikel Tentang Khalid bin Kamaruzaman yang dianugerahkan ‘World’s Best CAT Graduate’ dalam Certified Accounting Technician (CAT). Aku tak tahu sangat apa CAT ini, yang aku tahu benda ni macam satu sijil profesional untuk orang akaun lah kan, macam CFP untuk finance, cuma yang ni mungkin lebih bersifat international dan berprestij yang ditawarkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) berpusat di UK. Genius dari UiTM Shah Alam Fakulti Perakaunan ini skor markah tertinggi 474 (daripada 500), atau hampir 95%.