Aku kira ini entri yang pendek. Lewat dari kehangatannya, biarlah, bagi aku, menyatakan kebenaran tiada tarikh luput. Tak banyak nak dikatakan kali ini, tak terfikir pun untuk menulis tentang ini. Cuma terasa ‘bertanggungjawab’ untuk menulis, nak-nak terbaca Utusan hari ini, ada tajuk “Ana Raffali terkilan kemenangannya di AJL25 dipertikai”. Ana Raffali menang. ok ape? M. Nasir kot juri, ingat dia buta seni ke. Takkan nak bagi budak AF plak, lagi haru.haha. Faizal Tahir? Its not Faizal Tahir, its his song composer. Ini juara LAGU. So komposer la menang, dan dia deserve untuk persembahan terbaik kan. Lagi satu, sesuatu lagu bukan diukur atas populariti, tapi kualitinya, ini bukan anugerah lagu popular kan? Tapi aku lagi prefer lagu Pelita dari A.P.I (Angkatan Pemuzik Indie kot?) untuk AJL kali ni. Takpelah, mana-mana sama je, ini tanda kebangkitan pemuzik bebas yang buat lagu sendiri, takde komposer pun boleh hidup, better dari bagi budak AF menang kan, buat lagu pun tak pandai (kecuali Aizat), takde orang buat lagu, hidup segan, mati pun tak mahu. Akhir sekali, aku tulis ni bukan sebab dia kakak member aku (satu batch dulu), si Ana pun tak kenal aku siapa. Hehe. Tapi memang fakta kenapa kemenangan dia tak wajar dipertikai.