Klik jika berminat

Selasa, 14 Februari 2012

This is the end of the line my friends.

R.I.P




Aku masih dalam fasa berkabung. Sedih, laman kesayangan aku ditutup secara sukarela. Sumber utama movie dengan definisi tinggi aku terputus. Mengharap pada yang lain, kemungkinan laman lain dengan fungsi yang sama juga menurut jejak mereka. Langkah defensif ini diambil setelah kes megaupload.com. Dimulakan dengan megaupload yang tidaklah sukarela memberhentikan operasi, tetapi dikenakan tindakan undang-undang. Semuanya kerana akta baru yang digubal bernama SOPA. Sudah lama selesa dengan produk digital percuma, tertutup segala positifnya akta ini untuk jangka masa panjang. Mana tahu, selepas ini, kita lebih menghargai produk seni  kerana yang sukar diperoleh itu lebih dihargai, bukan?

Terlepas aku untuk download Matrix Trilogy dengan kualiti definisi tinggi Blu-Ray di btjunkie. Sudah berkira-kira menjadi pengumpul Blu-Ray. Tapi semua itu dunia saja. Blue pill or red pill?

5 ulasan:

ewanthology berkata...

semua dah kena ban, teruk

APAN berkata...

kaki download gak rupanya ko ni bro...x penah dengar lagi website kegemaran ko tu.ye la, aku bukan kaki download. kaki copy kat org je....tpi mmg puas dpt tngok HD punya...

AkuMuzikFilem berkata...

delarrocha..
mat sopa punya pasal la ni


apan..
mau tak, tengok saja aku manifestasikan nama blog ni dengan hobi masa senggang aku. kaki heavy download aku ni, bergig gig, semua BRRip, tengok plak guna speaker 5.1 channel. haha.

APAN berkata...

baru teringat pasal nama blog ko ni...mmg kena la kalau gitu...

azka berkata...

Rip... The best of torrent site btjunkie. Sejak pakai 2006 sapa last the steady service. Kawe skrg pkai kt.ph jah, tp seeder slow skit.

Zaman nak melanun dah abis