Klik jika berminat

Jumaat, 31 Disember 2010

Jawapan untuk penyokong Indonesia

Ibarat abang marahkan adik. Sementelah kita menang Piala Suzuki AFF 2010, pelbagai tuduhan dilempar penyokong Indonesia terhadap kita, dengan alasan yang childish dan bodoh kedengaran. Sangatlah memalukan diri mereka sendiri. Ini jawapan untuk mereka :

Khamis, 30 Disember 2010

Ibarat adik mengalahkan abang

http://www.affsuzukicup.com/

Piala AFF Suzuki edisi 2010. Indonesia tewas 4-2 (agregat). Ibarat adik mengalahkan abang. Alhamdulillah. Tiada rasa yang dapat gambarkan perasaan malam ini. Bangga, bersyukur, dan lepas suspens di dada. Sepanjang perlawanan 90 minit, hati aku sentiasa tak tenang. Perasaan ini tak sama dengan menonton EPL, Chelseaku atau mana-mana skuad luar lain, sebab kali ini, aku tengok negara aku sendiri main, perasaan yang sangat rare bagi aku.

Jumaat, 17 Disember 2010

Pelajar UiTM, terbaik di dunia

MARA Retro

Hebat bukan tajuk ini. Takdelah aku terbaca akhbar Inggeris NST bertajuk "Best in The World!-UiTM student posts highest score in accounting score", bertarikh 29 Nov 2010, edisi Isnin. Artikel Tentang Khalid bin Kamaruzaman yang dianugerahkan ‘World’s Best CAT Graduate’ dalam Certified Accounting Technician (CAT). Aku tak tahu sangat apa CAT ini, yang aku tahu benda ni macam satu sijil profesional untuk orang akaun lah kan, macam CFP untuk finance, cuma yang ni mungkin lebih bersifat international dan berprestij yang ditawarkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) berpusat di UK. Genius dari UiTM Shah Alam Fakulti Perakaunan ini skor markah tertinggi 474 (daripada 500), atau hampir 95%.