Klik jika berminat

Rabu, 10 November 2010

Debut Tanpa Pengenalan


Salam sebagai pembuka bicara. Debut tanpa pengenalan, permulaan tanpa salam. Tak sedar pula setelah empat entri, masih tiada pengenalan dari penulis. Segan pula rasanya. Mendadak pula kemunculan blog ini tanpa muqadimah. Entri pertama dimulakan tanpa salam dan muqadimah, dan secara radikal aku membuat entri. Mungkin pertanyaan acap seorang teman blogger  penulis ‘The Owner of Lonely Heart’ tentang mananya blog penulis buatkan aku menulis secara mendadak (ini bukan blame statement, mungkin penghargaan). Sudah berkira-kira sedikit waktu kebelakang sebelum ini untuk mulakan blog, tetapi kekangan masa (kekangan ciptaan) buatkan debut agak lewat. Dan satu ketika juga, timbul kehilangan mood/semangat untuk menulis blog yang padahal sebelumnya agak boleh tahan berkobar-kobar. Perasaan ini timbul mungkin akibat rasa rendah diri (yang tak berlebihan) semasa lawatan ke blog terkenal blogger2 otai seperti The Owner of Lonely Heart, Irama Kebenaran, Hikayat Kisah Resah Gelisah, Hati Mula Merasa, Bila mulut Diam, Bila Jari Berbicara (nama yang something camnila), dan lain-lain.

Sejurus menonton Oldboy (2004), terus berkata ini masa mulakan blog, dan entri tentang filem tersebut jugalah yang menjadi ‘anak sulung’ blog ni. Terima kasih juga kepada teman blogger bernama Ralphsody_25 (The Owner of Lonely Heart) yang menjadi follower pertama. Dua follower yang tidak dikenali dengan nama yang sama dikenalpasti sebagai pemilik blog ini yang mendaftarkan diri secara tidak sengaja dek kerana masih hijau dalam arena per’blog’an ini. Agak segan di situ dan sampai sekarang masih tidak undurkan balik proses follow tak sengaja kepada tidak follow. Tolong? Terima kasih juga kepada follower bernama kay_bai, cubaan membalas untuk menjadi follower beliau tidak berjaya kerana tidak disertakan link blog beliau seperti kebanyakan yang blogger lain buat, apabila kita klik kat nama follower, keluar link blog dia kan, tapi dia takde. Tolong? Seingat-ingat penulis, blog menarik beliau tu nama yang something macam ni, ‘bila jari berkata’, ‘bila jari ada mulut’, ‘bila jari berbicara’, ‘pabila jari berleter’, yang lebih kurang macam tu la. Cubaan mencari blogger misteri ini dikecewakan dengan paparan blog2 dari blogger lain dengan nama blog yang seakan-akan. Diharap blogger misteri dengan blog menarik ini membuat tindakan susulanan. 

Maaflah andai blog ini nampak kosong, padanlah dengan taraf rookie dalam arena per’blog’an ni, masih hijau, tidak pandai untuk berhias. Lagipun memang jiwa penulis bukan jenis nak make-over blog ini berlebihan, sekadar menjadikan ruangan maya ini padang perkongsian ilmu, idea dan minat. Tanpa gajet /widget yang pelik2, penulis tetap menulis walau tanpa sambutan. Mungkin produk yang bagus terjual sendiri? (melawan hukum Marketing). Walau begitu, dari semasa ke semasa, akanku naik taraf blog ini, tidak boleh juga kita tolak kemajuan yang ada, kan? Blog yang kemas pasti selesa ditatap, yang menarik pasti disinggah.  

Keseluruhan blog ini bukan berkisar kepada hidup peribadi aku (lagipun kisah peribadi aku biasa2 kot), sikit2 mungkin ada nanti. Di sini aku menggunakan blog untuk berkongsi idea2 aku tentang filem, muzik dan sedikit hal semasa yang relevan. Berdasar pemerhatian aku terhadap blog2 yang lebih terkenal seperti Hanis Zalikha dan mistisfiles.blogspot, blog yang berdasar kehidupan peribadi seperti 'kisah saya dan kucing saya' (contoh saja, jika mempunyai persamaan harap maaf) mempunyai kepayahan untuk mencapai hits yang tinggi, selain mempunyai kebarangkalian tinggi pembaca akan muak. Melainkan blog kisah harian tersebut mempunyai sifat unik yang tidak ada pada blog2 similar dengan ‘hari ini kucing saya sakit perut’. Sifat unik tersebut mungkin penulisan yang menarik, penggunaan bahasa yang cantik, kosa kata luas, unsur humor yang menjadi; dan yang paling penting kehidupan peribadinya memang benar2 menarik atau; kehidupan yang biasa tapi disampaikan dengan cara yang kreatif dan menarik atau; kehidupan peribadi yang berdasarkan kepada pemerhatian kejadian sekeliling atau; merangkumi kesemuanya. Blog contoh seperti The Owner of Lonely Heart boleh dijadikan contoh, subjek utama blog ialah ulasan filem yang kadang2 diselangkan dengan cerita perkara2 yang penting dibuat (tidaklah kucing sebagai subjek), dan mengaitkan filem dengan kehidupan. Blog Hikayat Kisah Resah Gelisah  pula penuh dengan unsur sinikal dan kritis terhadap kejadian sekeliling yang berlaku sepanjang kehidupan penulis. Blog Hanis Zalikha pula dengan gaya gedik tapi matured, humor spontan, penggunaan bahasa yang dekat dengan pembaca, walau mungkin kisah hidup biasa2 saja, tapi sentuhan penulisannya.. (buatkan pembaca2 tersenyum sendiri).

5 ulasan:

Saudara Terpuji berkata...

Blog yang sinis dan padat dengan humor. Pembetulan, Himpunan Kisah Resah Gelisah.

AkuMuzikFilem berkata...

Haha maaf silap. Ya blog kau memang seperti yang kau kata. Masih menanti entri terbaru kau, jangan biarkan berkulat, ramai menanti aku kira. Hujahan kau tentang provokasi Indonesia Malaya mana?

lavender harum wangi berkata...

salam kenalan kembali~ :">

penglipur berkata...

berpeluh aku bace entry nih..tapi ok la tu..aku pun mula2 mcm tu jugak..aku start buka akaun blog jun 2009..tapi usaha tu terbantut sebab sibuk dengn kerja..so tak post entry pape..cume 3 bulan lepas jela sebb kerja dah slow..tak ada ape nak buat..layan kan aje..mula2 malu gak takut kene gelak..haha

AkuMuzikFilem berkata...

haha kau baca ye entri ni, awal2 aku berblog. kalau aku suka tengok entri awal2 blog orang. nak tengok hasil blog mula2 blog. ada noob, nerd, lonely kan. aku lonely je mula2 dulu. huhu. noob je rasa cam orang bodoh keseorangan takde sape kenal