Klik jika berminat

Khamis, 22 November 2012

Stereoku Monomu



Mono adalah satu. Sebagai penggila bunyi atau audiophile, mono bukanlah satu pilihan, stereo adalah tahap terendah bagi aku, 5.1 channel kebiasaan untuk aku. Kelebihan bunyi bukan mono/multi-channel adalah kemampuan memberi sensasi bunyi yang keliling dan hidup. Dan itu sebab untuk aku kata tidak pada mono audio.


Tapi jika dilihat dari segi ketauhidan, mono adalah pilihan mutlak untuk mana-mana agama ibrahim/samawi.  Semestinya jika mono bukan pilihan aku dalam bunyi, tapi mono adalah wajib dalam kepercayaan agama. Aku, kamu yang membaca atau sesiapa saja berumat islam memegang kepada kepercayaan monotheism. 

Berbeza dengan agama bukan ibrahim seperti Hindu, mereka percaya kepada konsep polytheism. Yakni banyak dewa yang perlu disembah dengan pelbagai fungsi. Ada yang memberi rezeki, ada yang memberi  bala, ada yang memberi bencana alam.

Cemas jika tulisan ini sensitif, tetapi suka untuk aku nyatakan, di sini sudah nampak lohong, apa mereka tidak mempunyai satu tuhan yang sangat berkuasa yang memiliki segala kuasa? 

Kenapa dengan penulisan ini? Tiada apa, aku cuma tertarik dengan perkataan mono ini. 

4 ulasan:

sahidzan berkata...

masing-masing berbalah memenangkan tuhan yang sama.

AkuMuzikFilem berkata...

yalah, betul la tu. akhirnya tetap tuhan yang sama

lavender harum wangi berkata...

haritu dah datang sini, dah taip komen, lepastu tak jadik.





ah.




ah.




ah.






okbai.

Tanpa Nama berkata...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....