Hari ini, aku mengambil peluang pulang ke tempat pertama aku jumpa awek pertama aku. Banyak sangat kenangan di sana. Entah kenapa, benak kepala asyik fikir mahu berjalan ke universiti masa aku belajar dahulu. Hari ini, aku bawa sekali bersama isteri dan anak aku yang genap setahun umurnya beberapa hari lepas.
Empat bulan aku pegang hasrat ini.
Apa yang aku buat sejurus sampai ialah meneroka bandar dekat dengan universiti aku, mengimbau tempat yang aku selalu lepak date dengan bekas awek aku. Sambil itu aku tak lepaskan peluang merasa cuba KFC yang masa zaman aku tak wujud lagi. Walau pun aku tahu sepatutnya rasa KFC standardize untuk setiap cawangannya, kuat hati aku rasa , rasa KFC berbeza mengikut tempat. Tapi apa dalil untuk membenarkan apa yang hati aku rasa?
Selain kenangan dengan ex awek aku, kenangan rumah sewa juga memberi impak besar pada aku. Walau sebentar, cukup diingati. Kawasan rumah sewa itu aku jenguk. Masih wujud lagi meja ping pong saksi kehebatan batting aku. Melalui kawasan masjid kecil kawasan itu cukup mengingatkan aku kenangan bulan puasa. Masjid itulah tempat kurniaan rezeki berbuka puasa untuk pelajar muflis macam kami. Sejurus kenyang, terus halimunan. sekurang-kurang aku cuba untuk kekal sampai isyak walau tak berterawih. Orang masjid hanya nampak kami pada bulan itu saja.
Aku tak terfikir pun untuk melepas rindu ke dalam universiti walau hati kata mahu. Pada hemat aku, apa alasan guard yang sudah bertaraf polis bantuan sekarang ini, akan membenarkan aku orang asing masuk ke dalam. Sebagai lelaki Melayu yang optimistik, aku bersahaja berkereta ke pos pengawal. Turun aku dari kereta dengan jelingan tajam oleh polis bantuan bertaraf guard itu, aku membuka mulut. Dengan bakat marketing yang ditimba semasa universiti, aku bernegosiasi dengan polis bantuan itu.
Aku : Salam encik (sambil menghulur tangan disulami senyuman manis yang tampak semulajadi seperti aku mengayat prospek customer). Saya nak masuk dalam boleh tak?
Guard bertaraf polis bantuan : Salam dijawab. Nak buat apa?
Aku : Saya nak jalan-jalan dalam ni, jumpa bekas lecturer saya (bukan pun). Dulu saya belajar kat sini, grad 2008.
Guard : Awak dah buat temujanji ke? dah telefon lecturer awak tu?
Aku : Err tak. (sambil aku memancing pandangan guard itu ke arah isteri dan baby Noah aku, dengan harapan sentimen kekeluargaan mencairkan hatinya)
Guard : Okay takpela. Tinggal IC, ambil Pas Sementara.
Kebetulan juga sticker konvokesyen ke-78 masih di cermin hadapan. Taklah sesukar yang aku fikir. Masih aku jumpa guard yang bertimbang rasa dan memahami tanpa syak buruk. Mungkin senario guard tak bertimbang rasa zaman aku sudah bertukar.
Banyak pembangunan dan benda baru muncul, yang sedikit sebanyak membibit rasa cemburu aku sebagai bekas pelajar. Cemburu tak sempat nikmati. Apa yang diperjuangkan zaman kami, yang batch baru ini juga yang dapat.
Aku mengimbau kenangan jalan-jalan yang aku dan ex awek aku lalu, melihat gajah menyusur dari jauh, itulah gajah menyusur yang aku lalu hantar pulang ex awek aku balik hostel hari-hari.
Kebiasaannya, di bawah pokok depan hostel gadis di penghujung gajah menyusur itulah juga titik terakhir kami bertemu sebelum masing-masing pulang. Sebelum pulang, berkata aku, "Nis, esok nak ke kelas, jumpa depan surau ye kita jalan sama". Hek eleh, dah dekat nak jalan sama juga. Biasalah untuk kekasih manja macam aku.
Di kelas itu, itu, itu dan juga beranda perpustakaan itulah aku dan ex aku bercanda belajar. Sebelum pulang, "Nis, esok kita buat soalan past sem, 6 sem marathon ye?".
Di dewan besar itulah tempat aku kantoi membawa nota dalam kalkulator sehingga aku naik mahkamah dan hampir digantung 1 sem. Mujur saja Arwah Pengarah Kampus seorang melayu yang bertimbang rasa. Haru sekali ditangkap oleh lepasan SPM. Dan itu mengajar aku supaya menjadi penyeludup nota yang lebih cerdik.
Luar kawasan dewan besar, pangkin-pangkin kosong adalah medan membaca terakhir sebelum menjawab peperiksaan. Terkadang, bernasib baik apa yang dibaca saat akhir, muncul sebagai soalan pertama. Barang segar, perah habis.
Terlalu kuat ingatan aku pada tempat ini. Dengan sumbangan terbesar nostalgia, oleh ex awek aku. Di sinilah aku direjek dua kali oleh bekas kekasih aku, putus sambung di awal babak sangat menyeksakan. Terasa kejam sekali kekasih aku itu. Dengan prinsip kalau aku nak, mesti dapat, aku terus berusaha. Dan bait lagu Dewa masih lagi terngiang-ngiang "Aku bisa membuatmu jatuh cinta kepadaku, Meski kau tak cinta".
Itulah nostalgia aku dan tempat belajar aku. Benarlah, lagu itu menggambarkan period sejarah. Segalanya akan terimbas kembali.
Jangan risau, ex awek aku tu dah jadi isteri aku.
11 ulasan:
mengimbas kenangan lalu ya
amboi, sweet nya :p
delarocha..
yup. melayan kehendak hati
lavender harum wangi..
sweet la untuk laki manja macam aku
lamanya baru nampak.. mesti baby dh besar dh skang..tunjuk gmbr.. :)
haha akhirnya jadi wife dah .. ! byk betul kenangan tapi best kan bila imbau2 balik hihihi ..
tapi kalau terlalu sering dengar lagu kenangan, kenangan dalam lagu jadi samar. Seperti luntur.
Haha hoi! Mengadanyaaaaa. Untunglaa dapat kawin dengan kekasih hati :)
Moga kau sama isteri terus kekal selamanya ya abang anuarzain. Heh
terima kaseh atas komen yg panjang lebar..sy folo sini
lirik lagu tue ! risalah hati ! XD
suka sgt entry nie. dpt smgt baru. bab cinta nie :')
Jum hayati di sini (^o^)
jiwa-jiwa #1
ceh...pelik gak aku, sporting gila bina ko nak teman ko melayari kenangang silam ngan awek lama.rupanya 2 2 pun di tempat kejadian...mmg bertuah la bro.haha...
nasib baik uia bleh masuk bebila masa suka~ ^^
mmg sgt syahdu bila dpt kembali mengimbau memori~ =)
*hebat cinta kalian berdua..smoga di bawah lindungan Allah sentiasa~ =)
Catat Ulasan