Akhirnya aku kembali. Bukan kali pertama aku cuba kembali. Ada satu hari minggu lepas aku cuba, tapi tak tertulis. Mungkin belum dalam mood untuk menulis. Aku pun tak fikir akan ada yang ternanti tulisan aku, maka aku tenang saja. Tapi, tulisan di shoutbox oleh beberapa rakan blogger sedikit menyentuh aku untuk menulis, di samping cuba memenuhi deskripsi blog ini "update dengan frekuensi yang kecil, tapi konsisten". Dengan kadar frekuensi 1 entri/bulan juga dikira konsisten dari segi bulanan.
Kepergian aku atas urusan kerja, sebagai orang baru, aku kena pergi kursus selama sebulan di kota Kuala Lumpur. Perginya aku atas nama program Graduate Training Programme. Tiga minggu di branch asal memberi aku pengalaman kerja sebelum berangkat ke k.L Lumpur bertemu dengan trainee lain. Ada yang tak report lagi, ada yang dah repot di branch macam aku. Sedikit kelebihan untuk kami yang dah masuk branch. Sekurang-kurangnya kami dah tahu serba sedikit mental picture tentang skop kerja. Semua trainee macam aku saja, fresh graduate, umur lingkungan 22-26. This is my really first job. Sebelum ni cincai saja, tapi boleh buat duit juga kerja cincai sebelum ni.
Bekerja di syarikat yang minoritinya Melayu, terlihat trainer di kalangan bangsa sendiri sedikit sejuk di hati. Tapi, ini bukan pasal bangsa, mereka professional. Ini pengalaman pertama aku bergaul dengan bersungguhnya dengan bangsa lain. Dengan trainee-trainee yang lebih kurang sebaya, cuma aku dan seorang lagi yang jantan melayu. Entah, aku rasa takde masalah dengan bangsa lain, sangat sekepala dan berfikiran sama. Jiwa muda, lawak hamsap, semua tercampur dan sebati. Sambil menikmati keramahan amoi-amoi made in malaysia. Damn, aku terbayang sekolah satu aliran saja di Malaysia ini.
Pandangan dari tingkap hotel sekitar jalan TAR, seraya aku berkata kepada member bilik aku, terasa macam di Indonesia pula, penuh dengan setinggan dan pendatang. Bila berjalan sekitar jalan TAR dan Chow Kit, mengesahkan lagi perasaan keindonesiaan aku. Aku sebilik pun dengan member cina, bergurau dan buat lawak gaya melayu, macam aku bergurau dengan member-member melayu saja. Bila Malaysia nak jadi macam Indonesia? Kasihan kawan-kawan cina kita cakap Melayu masih dalam pelat mereka. How come as Malaysian, they can't speak in their own country official language? Cina Indonesia bercakap Indonesia cair seperti jati Indonesia sendiri. Itu yang tak terjadi di Malaysia. Satu saja yang aku nampak, sistem pendidikan. Di sana tiada sekolah vernakular, hanya satu aliran, iaitu kebangsaan. Ya, prinsip Pancasila di sana mewujudkan sistem satu aliran ini. Untuk perbandingan lain, cina di amerika juga bercakap dengan slang amerika yang sangat cantik. It's all about system.
36 ulasan:
Can I say YEAA?
:)
encik senior..
selamat kembali
entah bila malaysia akan menjadi hak milik rakyatnya betul betul
memang,
lagi lagi bila hujung minggu
dan musim perayaan
jalan TAR dah macam bukan di malaysia
penuh dengan warga asing.
senior.
saya mahu tukar kos.
:) selamat kembali.
KL mmg macam tu -.-
Nak buat macam mana aihh.
Oh selamat hari bapaa weh!
oh...berkursus rupenye...xpe la...amek pengalaman bro.lgipun company tanggung semua kan.huhu...
xpectation orang tu jadikan sebagai cabaran utk bejaya...
papepun, selamat kembali...haha...
welkom back... :-)
welcome back brother...
satu jer nak cakap...rakyat malaysia tidak memiliki bahasa tetap.melayu cuma asas.yang lain pengabungan.
ya betul. this is about the education system.
ingat ulasan Filem The Returner tadi.hehe..patot la lama ko menghilang..nway,good luck 4 ur new job.
gua pegi Nilai, rasa macam kat bangladesh, gua pegi Klang, rasa macam kat Indonesia...
rasa gua ni yg foreigner kat negara sendiri...
hey welkum back..=)
welcome back the returner.. hehe..
Welcome back.. :D
kirim salam ke anak bini. best nye da kawen..er kbai
akhirnya,,
aish, kamu kata nak hiatus dlm sebulan, tapi rase2nye bkn sebulan..lebih dr tu..huhuhu
erm,, cina indo x sama dgn cina malaysia.hu~
penulis yang juga turut gilakan muzik dan filem datang untuk follow dan komen peminat muzik n filem selain dari dirinya sendiri
;D
Cina indo,namanye pun ala2 indonesia..once vokalis dewa tu cina gak kan?
ramai sgt yg bantah membuta tuli cdgn skolah 1 aliran sdgkan manfaatnye byk utk perpaduan...
selamat kembali. inilah Malaysia bro. :)
sahabat..aku datang..
senyum...angguk..
oh tanah tumpah darahku...
kita sama sama sebok kan...
bebas........................
faham ape yg dirasai.. sbb itu yg kualami ketika ini.. akulah sekuntum bunga mekar yg dikelilingi para jejaka japan.. masih ku ingat saat mula2 aku menjejakkan kaki ke dunia baru yg serba berbeza.. namun itu bukanlah satu penghalang besar utk aku terus menderap langkah..
aku sdri takut berjalan seorang diri di sekitar kota raya KL yg makin dipenuhi dgn warga asing.. aku jd takut dan tidak tentera di negara sdri.. how can we totally get back ur country ??... really hope for that..
selamat kembali sahabat.
Tertarik ttg cina di indonesia yg boleh bercakap bahasa indoensia dgn fasih( mcm cina kelantan bercakap dialek kelantan), benar sekali kesilapan sistem pendidikan yg menyebabkan semua ini terjadi. saya sebagai guru dan mengajar student2 cina, dapat merasai betapa teruknya kedudkan bahasa melayu di kalangan mrk.
kau pun suka review filem. aku pun ada slot filem kat blog aku iaitu 'ulas malas' sebab aku tak reti buat review.
selamat menjadi profesional.
selamat menjadi profesional.
bukan cina sahaja. melayu pun negeri sendiri ada loghat sendiri, baku2 tak reti.
mereka di indonesia, ada juga loghat nya, tapi bahasa kebangsaan mereka? fasih semuanya!
Selamat kembali bro.. Bertuah la ko dapat join training 4 bintang camtu. Paling kurang pun ko dapat sesuatu tuk ko bawak ke alam kerja.. Yang terbaik bro!
Rindu pulak aku ngan suasana KL.. Tak sah kalau berjalan kaki tak berselisih bahu dengan warga asing kan...
welcome back, aku aktif kat kontrol histeria sekarang ni. hehe
xpe lah bro .. tenangkan hati .kita semua tak lepas dr dosa cuma kita mampu bertaubat kembali..
xlame lg sy bakal stop menulis juga
wecom back. sy pun jarang update blog..cuma bila cuti panjang je ley ngadap lama2..bila da bermula urusan,menghilang buat seketika~
warga asing di sana sini..diri sendiri pula terasa asing~
patut senyap je..jngn senyap smpai bila2 okey :)
aaaaahhhhh~~~~~
gua dtg.. ada hapdet rupanya..
keh keh keh..
rilexlah.. gua hapdet pn hancuss..
idea masuk memantul2 pastuh hilang ditiup sang bayu~~~
(>______<)
lama x ke sini
:)
selamat bekerja.
"update dengan frekuensi yang kecil, tapi konsisten". :) sy akan ingat sampai mati!
sy nk g jalan tar juga tp takut kene santau dgn indon..
jalan TAR waktu hujung minggu penuh dengan orang kami juga..
lulz~
sebetulnya tanah ni milik siapa?
pribumi kan?
bahasa nya?
bahasa melayu ke?
aku ini sendiri pendatang, mungkin.
warganegara cuma pada IC.
tapi asalnya aku bukan melayu TULEN.
*semakin luntur patriot dalam diri bila mengenang diri di-anaktiri di negara sendiri*
sigh~
selamat bekerja bro. aku pun sama jugak kadang2 malas nak update entri. tapi aku suka baca penulisan kau. sangat simple dan ayat dia pun sedap di baca. selalu la update ye boleh aku datang baca. hehe
Catat Ulasan