Ihsan Google |
TV berhantu...
Kisah ini benar-benar berlaku pada malam tahun baru cina baru ni. Malam itu, sekitar jam 9.00, aku keluar jumpa customer, dan lepak dengan kawan sekolah dahulu. Sebelum itu, aku dah khabarkan kepada isteriku (Oh dah kahwin rupanya aku ni), yang aku nak jumpa customer. Malam itu juga, aku menanti kawan seijazah aku dari Kota Bharu mahu balik ke Kuala Lumpur. Malam itu aku lepak restoran TMK yang kononnya kedai mamak tersedap di Bentong. Sudah jam 11.30 malam, kawan aku dari Kelantan sampai bersama Honda City yang baru dibeli 4 hari (Cet, kenapa tak ambil Inspira dengan aku), bersama juga dengan gadisnya. Lepak jap, dorang pun kata nak tengok isteri aku camne sekarang, nak tengok perut orang 8 bulan camne (Oh bakal ayah dah aku rupanya). Serentak itu, aku dapat mesej dari isteriku kata ada sesuatu tak kena dalam rumah. Minta aku balik cepat, dia tengah takut. Aku tanya kenapa, dia juz tulis, “takut, balik cepat, plez”.
Sudah jam 12.00. Hujan masih tak berhenti dari tadi. Aku pun, tanpa buang masa, ajak member aku folo dari belakang gerak waktu tu juga. Oh damn! Sesuai dengan bandar yang dipenuhi cina, kena pula dengan waktu raya dorang, jalan nak masuk taman aku jem. Aku punya gelabah, anis berterusan mesej, katanya tak mampu untuk bercakap, sekadar mesej saja. “Cayang, lambat lagi ke? Ayang tak mampu nak bercakap, honey plez, sampai cepat.”Arghh. Aku perlu cepat, dah la dia tengah sarat mengandung anak aku, cuak aku jadinya. Secara drastik aku kona, lari dari jem, pusing jauh untuk shortcut. Sampai akhirnya. Rilek je aku tengok isteri aku ni, tadi bukan main mesej ketakutan. Kebetulan member kami ada, mungkin dia cuba kawal perasaan kot. Lepas borak-borak, baliklah member kami sekelamin. Isteri aku pun cerita kat aku apa terjadi. Dia kata, masa tengah tengok TV, ada cerita hantu kat Astro Prima, tajuk “Tangisan Langsuir” dia pun alih siaran, dia takut tengok sorang2. Tiba2 channel tu tukar sendiri kat cerita hantu tadi, aik, dia pun peliklah, dia tukar channel balik, tetap jadi balik, berulang kali la gak. Isteri aku ingat remote rosak, dia pun buang bateri. Tapi, tetap sama, ah sudah. Terus dia tutup TV naik atas. Dia ingat ada benda nak kacau dia. Aku sampai baru dia turun.
Langsuir yang menyakat isteriku? |
Rupanya........ Mertua vs menantu, duk berlawan remote dua orang tu. Masa dia nak ambil kunci dari bilik mak aku kat tingkat atas (sebab aku dah sampai) dia dengar bunyi TV kat atas, oh rupanya mak aku yang tukar channel nak tengok cerita hantu kat astro. Dia tak tahu, bilik mak aku baru pakai TV sambung dengan dekoder bawah. Aku pun,”Hekeleh”. Hahahaha. Yang aku tak tahan part buang bateri tu, dah buang pun jadi gak, terus menggelabah dia. Ingat Langsuir nak kacau dia, tak tahan betul aku. Aku masa mula2 dia cerita tu aku dah dapat agak dah. Adeh. Nampak comel la dia kena camtu. Kelakar rasa.
Oh ini rupanya yang 'mengganggu' isteri aku |
25 ulasan:
kngn manis yg xdpt dilupakan =P
ye. cukup manis.
cett, ingat cerita hantu betul hahaha
hehhehe...sory2..terlupa letak yg utk follow tu...ok2..skunk da bole follow..hehhe
he3 klako... tq ya follow blog saya... following u back...happy blogging ya bro =D
Anon,
Kira kenangan manis ke tu? Bukan pengalaman yang memalukan ke? haha
Khairul hisyam,
Ops sori. hehe
Cullen
Ni gf edward ke? haha. Saya ni baik hati siapa2 follow saya, saya akan balas balik sebagai penghargaan tak kiralah bentuk camne blog orang tu. Tapi kalau takde butang follow, tak dapatlah nak tolong=p
kukukata
Welcome. Memang saja follow blogger baru yang follower tak cecah 100. Tapi tengok jenis blog jugalah. Bukan senag aku nak follow melainkan orang follow dulu. Prinsip blog aku sama macam fb aku. Jom buat gerakan baru nak tak di kalangan bloggers baru untuk saling meng'follow'. haha. Tapi aku paling respek blog yang dah bertahun-tahun lamanya, followers seciput, iklan nuffnang pun takde. Respek2. Ikhlas giler nampak.
adakah aku encik akumuzikfilem? haha gua ada nuffnang tapi gua prefer adverlets pasal ntah kenapa. haha
wa dah update wa punya blog pakai iklan nuffnang. teehehe
Aah kamulah antaranya cik khairul. Tapi paling respek sekali, followers beribu, tapi iklan sikit pun takde. haha.
Oh, blog anda juga sudah bermotifkan keuntungan juga. haha. Takpe2, sapa taknak duit, sambil menyelam minum air, sambil menulis buat duit. Baru smart. Aku baru dapat rm10.50. "RM39.50 before u get paid" en. nuffnang tulis. haha
aku dulu pakai nuffnang ni. dalam 2 tahun juga la tapi tak pernah achieve target. haha. so pakai yang lain test market. haha. tapi try balik nuffnang ni.
Konsistensi itu penting. Okey aku dah klik banyak2 kau punya tadi. Hit me back ok. Hehe.
bro; blog lu hari2 gua masuk haha.
Oh terharu gua. Kau la major contributor rm10.50 aku rupanya. haha. Pasni update selalulah.
Anis sgt comel boleh x?? Lawak,aku gelak sorg2 baca entri nie..hahahaha,
Itulah pasal, lawaj giler la bini aku yang sorang ni. Comel doh kena camtu, tak tahan tul aku.
hehehe seram cute hehe
seram ala2 chomey gitu. adeh.hehe
pehh..siot. da kawen n da nk jd ayah tp xikhlas nk ngaku. haha
Eh mana ada. umur i baru 23 tahun. hehe
:P
cian dik nis saya...
comel lah anis...hehe
Hantu tv sama ker dengan takut tv wakakakak..
bro...muda nyer...bro ni...bagus lah...mesti bro orang yang berwawasan kan...kalau tak kan nak terima tanggungjawab yang besar ni kan...tahniah bro...maya singgah cni...sori lah lambat singgah...maya ni student...banyak keje nak buat...tambah lak final year...lagilah...nak buat yg terbaik ni...hehehe...follow u bro...atas id omurice...
cik bunga datangla lawat.
ada je mbe aku yang masuk blog ni dengan tanpa nama
tu la pasal, ni hantu buat sendiri
tingginya pujian, taklah la bervisi sangat, dah mengada sangat nak kahwin awal. zaman sekrang ni elok nikahkan je budak2 kapel. memangla berisiko sebab mentah lagi, kewangan lagi, tapi benda tu leh mematangkan, nak atau taknak kena matangkan diri jika ada tanggungjawab. memang berisiko, tapi lagi berisiko jika tak kahwinkan, tengok jela kes2 sosial sekarang. so, kalaulah dua2 tu berisiko, pilihlah yang mudaratnya kurang sikit. maya, sweet nama tu, cam pompuan.hehe
Catat Ulasan