Klik jika berminat

Selasa, 3 Jun 2014

Terperangkap dengan prinsip

Cita-cita aku sentiasa ingin menjadi pensyarah. Disanjung dan diampu, walaupun hanya untuk sekelompok kecil (pelajar-pelajar). Umpamanya menjadi seorang raja di dalam kerajaan yang kecil, itu lebih baik dari menjadi hulubalang dalam empayar mega.

Cumanya, aku, terperangkap dalam industri, konon untuk bersikap adil kepada bakal pelajar-pelajar aku, supaya kononnya biarlah aku dilengkapi dahulu dengan pengalaman industri, tidaklah menjadi pensyarah yang kosong.

Dan aku terseksa kerana itu, masih tidak dapat menjadi apa yang aku mahu...