Klik jika berminat

Isnin, 30 April 2012

Buku pertama Kereta Mayat



"Saya suka penulisan Hamka kerana terasa pemikiran penulis sealiran dengan saya. Gurauan dan pergaulan beliau dengan isteri, hampir sama saja dengan saya dan isteri. Seolah-olah wujud pertalian antara jiwa penulis dan saya. Setiap hujahan yang dilontar, tidak lari daripada apa yang saya fikir seperti artikel “Apa Itu Seks,” yang melontarkan isu perkahwinan awal. Tulisannya yang sinis terhadap orang Malaysia khususnya kaum Melayu ternyata selari dengan pendapat saya. Cumanya, saya tidak sehebat penulis untuk menzahirkan dalam bentuk tulisan. Penulis mampu mencuit pembaca dengan penyampaian dan analogi mudah untuk setiap situasi yang diceritakan. Itulah Hamka. Jiwa Melayu yang universal."