Klik jika berminat

Khamis, 16 Februari 2012

Kaitan lagu dan nostalgia.

Hari ini, aku mengambil peluang pulang ke tempat pertama aku jumpa awek pertama aku. Banyak sangat kenangan di sana. Entah kenapa, benak kepala asyik fikir mahu berjalan ke universiti masa aku belajar dahulu.  Hari ini, aku bawa sekali bersama isteri dan anak aku yang genap setahun umurnya beberapa hari lepas.

Empat bulan aku pegang hasrat ini. 

Rabu, 8 Februari 2012

Mimpi bunuh orang

Semalam aku mimpi bunuh orang. Entah, aku pun tak kenal siapa. Ia lebih kepada self-defense, tahu-tahu kepala dia sudah tercabut. Serentak itu, bermulanya pelarian aku. Aku diburu, seperti yang aku selalu lihat dalam filem. Akhirnya, filem-filem yang ditonton dijadikan inspirasi oleh reseptor mimpi aku.

Seperti selalu, tak banyak yang kau boleh ingat akan mimpi kau. Bangun, menjatuh diri atas sofa empuk, mengadap komputer, terlihat akaun bankku yang sekian lama muflis angka ke-3, sudah mencapai angka ke-4 nya.

Kadang-kadang, mimpi itu boleh jadi petunjuk benar.

Getaran Jiwa